Tuesday, November 29, 2011

BENGKEL MASAKAN UNTUK REMAJA D"GUA AR RAHMAN


Minggu sudah chef berkongsi ilmu dunia masakan dengan anak-anak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun tapi kali ini chef ingin berkongsi ilmu kepada Remaja-remaja yang ingin bergelar seorang chef yang berjaya di dunia dan akhirat. Pengisian dalam bengkel selama 4 jam termasuk Kebersiahan diri dan dapur, ciri-ciri kesalamtan dapur,bahan-bahan yang biasa digunakan di dapur antara bangsa, cara untuk mebuat menu dan resipi serta teknik memasakan moden.Antara menu yang akan diajar oleh chef adalah seperti berikut.

1. BASIC MAYONNAISE & HONEY LEMON DRESSING
2. MARINATED CHICKEN BREAST
3. BLACK PEPPER SAUCE
4. LEMON BUTTER RICE
5. MANGO LASSY

PROGRAM UNTUK 4 ATAU 5 JAM
9.00pg - Pendaftaran
9.30pg - Senaman minda di dalam gua Ar- Rahman
9.45pg - Petua-petua di dapur - lisan - dalam kelas berhawa dingin
10.30pg - Cara menbuat basic mayonnaise & Honey Lemon Dressing
11.00pg - Cara membuat Ayam panggang
11.30pg - Cara mebuat Sos lada Hitam
12.00tgh - Cara menbuat Nasi lemon & mentega
12.30ptg - Cara menbuat Mango Lassy
1.00ptg - Makan tengahari serta Solat Zohor berjemaah
2.00ptg - Sessi soal jawab & penyampaian sijil.

TARIKH : 10 DECEMBER 2011
MASA : 9.00PAGI - 2.00PETANG
TEMPAT : D"GUA AR RAHMAN
YURAN : RM 300.00 SEORANG termasuk Apron, Chef hat & Paring Knife

UNTUK PENDAFTARAN: 0193974978

BANGKEL MASAKAN D"GUA AR RAHMAN BERSAMA CHEF SABRI




Sempena cuti sekolah penggal ketiga chef ingin berkongsi pengalaman bersama ibubapa, remaja yang berminat untuk belajar sedikit sebanyak ilmu seni kulinari yang mudah dan terbaik . Pengisian dalam bengkel termasuk tip-tip kebersihan diri, keselamatan dapur, mengenali peralatan dapur dan teknik-teknik memasakan yang biasanya di amalkan oleh Chef-Chef yang berkemahiran. Antara menu yang mudah lagi berkat adalah seperti berikut:

ASAS MEMBUAT MAYONIS
POTATO SALAD
TOMATO SALSA
KAMBING MOROCCO
NASI MANDY
MANGO PUDING

PROGRAM SELAMA 4 JAM:
9.00pg pendaftaran
9.30pg senaman di dalam gua
9.45pg Amalan kebersihan diri, keselamata dapur - di dalam kelas berhawa dingin
10.30pg Cara menbuat Myonnaise,Sos Koktail, sos 10000 Island
11.00pg Cara membuat Kambing Morocco
11.30pg Cara menbuat Nasi Mandy
12.00tgh cara menbuat Tomato Salsa
12.30tgh cara menbuat Mango Puding
1.00tgh Cara mebuat Potato salad
1.00tgh Makan tengahari & Solat Zohor berjemaah
2.00ptg penyampaian sijil penyertaan & sessi soal jawab bersama Master Chef sabri

TARIKH : 17 DECEMBER 2011
MASA : 9.00PAGI - 2.00PTG
YURAN : RM 350.00 SEORANG termasuk Apron.Pisau & Chef hat
TEMPAT : D"GUA AR RAHMAN - TAMAN BOLTAN, SELANGOR

UNTUK PERTANYAAN ATAU PENDAFTARAN: Sila hubungi puan Ema- 019-3974978

CERAMAH DUNIA MASAKAN CHEF SABRI DI KK SABAH






jabatan pembagunan Kemahiran ( JPK ) yang berperanan untuk menlahir ketenaga pekerja mahir. Chef pula telah di lantik oleh JPK sebagai Pakar Negara dalam bidang Seni Kulinari yang diberikan tugas untuk berkongsi pengalaman dan memberi caramah petua petua bagaimana untuk bergelar Master Chef. Selepas chef mengembara dari Utara Semananjung hinggalah ke Sabah & Sarawak. ingin chef berkongsi pengalaman semasa berasa di Bandar Kota Kinabalu, Sebenar asal kepak ayam panggang adalah dari bandar ini dan kalau anda ingin menikmati ikan atau hasil tangkapan laut segar di masak ala panggang , maka nasihat chef datanglah ke Sabah..memang best. terutamanya di Pasar Malam yang berdekatan dgn hotel LE Maridein KK>

Sunday, November 27, 2011

PROGRAM JUNIOR CHEF CULINARY WORKSHOP MONTH DECEMBER 2011

Pada hujung minggu ini chef akan adakan bengkel masakan khas untuk kanak-kanak yang boleh berdikari dirumah untuk menyedia hidang yang ringkas untuk keluarga yang tersayang.

Tarikh : 3/12/2011 ( Sabtu)
Masa : 9pagi - 5.00petang
Tempat: D' Gua Ar Rahman Taman Bolton
Yuran: 180. seorang
Tahap umur - 7 tahun - 12 tahun

8.30pg - 9.00pg - Pendaftaran
9.00pg - 9.15pg - Sessi pegenalan
9.15pg - 10.30pg - Adat Masuk kedapur & kebersihan dapur dapur islam
- Kebersihan diri & keselamatan dapur
10.30pg - 10.45pg -http://www.blogger.com/img/blank.gif Tea Break

10.45pg -12tgh - CARA MEMBUAT MAYONNAISE
A. SOS KOKTAIL
B. SOS THOUSAND ISLAND DRESSING
C. MIXED FRESH SALAD BOWL
D. PRAWN COCKTAIL

12tgh -1.00tgh - BASIS SANDWICH
- resipi Tuna Sandwich
- Assorted canapes

1.00ptg - 1.30ptg - Smart Solat & sembahyang berjemaah - zohor
1.30ptg - 2.00ptg - Makan tengah Hari & Rehat

2.00ptg - 3.00ptg - GAME - MEMCARI HARTA KARUN & UKIRAN BUAH

3.00ptg - 4.00ptg - MENU SIHAT
swiss Muesli
Potato Salad
Mango pudding with Whipped Cream

4.00ptg - 4.30ptg - Solat Asar & Minum Petang

5.00ptg - Sessi Soal jawab
- Penyampaian Sijil.

Thursday, November 17, 2011

BAGAIMANA UNTUK BERGELAR CHEF DIDUNIA & AKHIRAT


DAPAT BUKU PETUA-PETUA UNTUK BERGELAR CHEF DARI BUKU SAYA YANG BERTAJUK "DUNIA MASAKAN CHEF SABRI"
HARGA: RM45.00 termasuk penghantaran Pos Ekspress
YANG BERMINAT: SILA HUBUNGI PN EMA - 0193974978

RESIPI DARI MOROCCO



SEMASA CHEF BERADA DINEGARA INI, SEMPAT JUGA SAYA SINGGAH DI PASAR MAKAN MALAM YG TERKENAL YG TERLETAK DI MARRAKESH,BERANEKA JENIS MAKAN YG ENAK-ENAK ADA JUAL DISINI ANTARA NYA KEBAB,ANEKA JENIS SUP, NASI, BUBUR HARIRA. DISINI INGIN SAYA KONGSI BERSAMA RESIPI YANG RINGKAS DAN BERKHASIAT UNTUK ANDA.

Resipi: sup Harira
penyedian: 10 orang
masa: 30 minit
teknik : rebus

2 lit Air
300g Kacang kuda (chick peas) di rendam semalaman
500g Daging lembu - di potong dadu kecil
60g Bawang besar - di cincang halus
1 sudu kecil Saffron
200g Kacang Dal ( lentil)
100g Kacang merah
1 cawan Beras - di basuh berasingan
8 biji Tomato- dicincang halus tanpa biji
1 sudu makan - Tomato pes
1 sudu makan - Daun parsley - di cincang
1 sudu makan - Daun ketumbar - di cincang
2 sudu makan - garam
1 sudu makan - serbuk secukuprasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan rebus selama 30 minit hingga semua kekacang benar-benar empuk.
2. untuk memekat sup, Panaskan kuali , masukkan 3 sudu makan mentega dan 3 sudu makan tepung gandum , kacau hingga menjadi ketulan , kemudian masukkan kedalam sup yang mendidih, kacau hingga sup menjadi pekat.

3. Setelah siap bolehlah di hidang dengan hirisan lemon,buah kurma.
TIP: RESIPI INI SESUAI DIHIDANG DIWAKTU BULAN RAMADAN.

Resipi : Kambing Panggang casablanca
Penyediaan: 8 orang
Masa: 45 - 60 minit
Suhu kietuhar: 160C
teknik: Panggang dalam ketuhar

Bahan:
2.5kg Peha kambing - di potong dadu ( 4 inci)
150g Mentega ( Unsalted Butter)
100g Bawang besar - Di potong dadu
6 ulas Bawang putih - di titik
50g daun ketumbar- di potong kasar
1 sudu makan - Halia - di cincang
1 sudu makan - serbuk cili
1 sudu kecil - Saffron
2 biji - air limau nipis
100g Lobak merah - dipotong dadu
300g Ubi kentang - di potong wedges
2 sudu makan garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk secukup rasa
6 biji Tomato di potong wedges

Cara:
1. Cairkan mentega, masukkan kedalam loyang pembakar,kemudian masukkan semua bahan-bahan kedalam loyang kecuali tomato, dan perap selama 30 minit, sementara itu panaskan ketuhar pada tahap 160c.
2. Setelah ketuhar cukup panas, masukan kambing yg telah di perap tadi dan panggang selama 45 minit.
3. setelah daging kambing benar -benar lembut ( empuk), masukan tomato wedge dan daun parsley yang di cincang kasar.

4. Setelah siap untuk di hidang, hiaskan kambing panggang ini dengan hiris buah lemon,buah tomato dan boleh di hidang dengan minum panas seperti teh o" yang di campur daun pudina.

PETUA DI DAPUR: Semasa kita berada di dapur hendak bersikap lembut bersama pembantu mahu pun dengan anak-anak.kerana Rasulullah SAW bersada: "Sesungguhnya Allah taala itu lemah lembut dan suka kepada lemah lembut, serta memasak dengan jiwa yang murni, setiasa berzikir pada ilahi, nescaya setiap masakan yg bersih itu akan diproses menjadi darah yg suci makan andalah yang akan menlahir insan yg cemerlang dengan masak yang sedap lagi bersih.

Tuesday, November 8, 2011

LEARN ICE CARVING FROM MASTER CHEF SABRI







IF YOU WANT TO LEARN FROM ME, PLEASE CALL MY PERSONAL ASSISTANT : EMA - 019-3974978.
PROFESSIONAL FEES: 1 HOUR - RM 350.00, MIN 5 STUDENT AND MIX 10 STUDENTS- HAND ON. MAX TIME FOR EACH SESSION IS 3 HOURS.

HOW TO SERVE YOUR FOOD WITH PROPER GARNISH






Cooking is arts,serve the food with proper plate and proper garnish. To be a great chef your must serve your dish with style and proper plan.

BASIC COOKING - THE ART OF SEASONING AND FLAVORING


People eat because they enjoy the flavor of good food ,not just because they must fill their stomach to stay alive. Appearance ,texture and nutrition are importance,too,but good taste is the first mark of good cooking.

Enhancement and adjustment of flavor is one of a cooks must critical tasks,a task requiring experience and judgment. the fine art of seasoning and flavoring is too often one of the abused.

The most important flavors of a particular preparation are the flavors of a particular preparation are the flavors of its main ingredients. Roast beef should taste like roast beef,green beans like green beans.

so taste the food before serve to your guest.

TEMPAHAN KAMBING UNTUK MAJLIS AQIQAH






Assalamualaikum, Doa chef semoga anda sekeluarga setiasa mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki. Sekiranya anda memerluka kambing segar dari ladang ternakan yang terjamin bersih untuk sebarang majlis sila hubungi Tuan Haji Rahim-019-2865498.

HARGA ANGGARAN RM 650 - RM 750.00 TIDAK TERMASUK UPAH SEMBELIH

BAGI YANG INGIN RASA MASAKAN CHEF ANTARA MENU PILIHAN:
PACKAGE UNTUK 150 ORANG TERMASUK PENGHANTARAN : RM 2000- 2500.00

MENU :
NASI MANDY
TOMATO SALSA
KAMBING KASMIRI/KAMBING MOROCCO
AYAM GORENG BEREMPAH

NASI BEREMPAH
KAMBING MASAK MADU
ACAR TIMUN NENAS
AYAM GORENG TEPUNG

NASI TOMATO
KAMBING MASAK HITAM MANIS
ACAR TOMATO
AYAM GORENG NYONYA

NASI MENTEGA
KAMBING MASAK MADRAS
ACAR TOMATO MAYO
AYAM GORENG BEREMPAH

Thursday, November 3, 2011

RESIPI SIHAT

Dizaman yang serba moden lagi mencabar ramai dikalangan kita mudah terkena penyakit yang dikata mati dalam senyap iaitu penyakit JANTUNG, Puncanya kita lupa untuk mengawal diet permakanan kita. Pengalaman saya menjelajah serata dunia, makanan yang paling sedap adalah berasal dari negara kita dan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak, garam pun datangnya dari negara kita. Kita tidak sedar bahawa makanan yang kita makan itu boleh menyebabkan punca kematian dalam senyap, contohnya mati dalam tidur, semasa memandu tibab-tiba sesak nafas tak sempat ke hospital lalu ada yang mati dalam penjalanan.

Jadi untuk mengelak penyakit ini merebak kepada kita, maka kawalah diet permakanan kita, kurangkan mengambil makanan yang berminyak, berlemak dan kurang gula. Cara mengawal mudah sahaja,ikut pesanan Rasullulah saw, berhenti makan sebelum kenyang, amalkan makan buah-buahan seperti buah kurma dan buah anggur, selepas makan jangan terus tidur dan jangan amalkan makan tengah malam serta banyakkan bersenam, kurangkan makan nasi.

Boleh kita katakan 90% bahan utama pada masakan kita adalah berminyak,serta ada pula yang suka pada manis, seperti roti canai, tea tarik, kuih muih, masakan yang bersantan lagi berminyak, cuba kita amalkan masakan yang mengunakan teknik memasak cara kukus, memanggang,dan rebus.

disini chef ingin berkongsi satu resipi yang mudah yang perlu anda amalkan:

1. SALAD APPLE DAN CELERY
1 biji buah Epal hijau di potong mayang
1 batang celery- dibuang kulit dan dipotong mayang
1 cawan buah anggur merah - dipotong 4
4 sdm lobak merah - dibuang kulit dipotong mayang
2 sdm kismis
3 sdm minyak jagung
1 biji jus perahan buah lemon
garam dan gula secukup rasa

cara:
Masukann semua bahan-bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga rata.


SELAMAT MENCUBA SEMOGA ANDA SETIASA DIBERKATI ALLAH, PANJANG UMUR DAN MURAHKAN REZEKI.

Sunday, October 30, 2011

TEMPAHAN KATERING MASAKAN DARI MASTER CHEF SABRI




assalamualaikum semoga para perminat yang mendengar siaran D"Dapur dari radio IKIM setiasa diberkati Allah serta setiasa dimurahkan rezeki. Bagi mereka yang ingin merasa masakan dari resipi tersendiri MASTER CHEF SABRI. Saya sedia menerima tempahan.

Harga menu untuk seorang di antara RM 18.00 - RM 55.00. (tidak termasuk penghantaran)
Minimum order antara 100 orang - 500 orang sahaja.

MENU : 1
DAGING KORMAH HITAM MANIS
AYAM GORENG JINTAN MANIS
KAMBING KASMIRI
TOMATO SALSA
NASI BEREMPAH

RM 18.00 SEORANG

MENU : 2
DAGING BRIANI
AYAM GORENG BEREMPAH
KAMBING MASAK MOROCCO
TOMATO MAYO
NASI MANDY

RM 18.00 SEORANG

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI : EMA 019-3974978

Sunday, October 23, 2011

"BENGKEL D DAPUR" ASAS KULINARI BAGI PERNIAGA MUSLIM




Seni kulinari adalah satu program yang mendedahkan dunia kepada seni masakan.Banyak institusi menawarkan kursus ini di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda bagi menlahirkan insan yang boleh bersaing dengan bangsa lain terutama di dalam penyediaan makanan di seluruh pelusuk dunia. Apa yang menyedihkan, ramai di antara pengusaha makanan Muslim, tidak mengikuti kursus kulinari dan tidak menitik beratkan seni kulinari ini di dalam masakan dan pengurusan mereka. Akhirnya, ramai pengusaha makanan Muslim yang ketinggalan dan keciciran berbanding pengusaha- pengusahja makanan yang lain.

Dengan kesedaran itulah Chef ini ingin membuka peluang kepada para peniaga Muslim ini untuk mendapatkan ilmu asas seni kulinari ini.

Chef juga bersedia mencurahkan ilmu dan pengalaman untuk anda yang berminat . Bersama kami dalam " Bengkel D Dapur; Asas Kulinari Bagi Peniaga Muslim" anjuran PPLI yang akan di adakan pada 14-15 Disembar 2011, bertempat di Hotel KL International, Kg ,Baru, Kuala Lumpur.

Untuk pendaftaran, hubungi unit program di talian 03-62046200/324/325 atau boleh dapatkan maklumat lanjut di WWW.ikim.gov.my

Thursday, October 20, 2011

KELAS MASAKAN HUJUNG MINGGU BERSAMA MASTER CHEF SABRI HASSAN

SEMPENA CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN INI CHEF AKAN ADAKAN KELAS MASAKAN HUJUNG MINGGU UNTUK ORANG DEWASA.

TARIKH: 17/12/2011
MASA: 10.00PG - 2.00 PETANG
TEMPAT : D GUA AL RAHMAN - TAMAN BOLTON, GOMBAK
YURAN : RM 250.00

MENU:

SALAD CAMPURAN
AYAM MASAK MADU
NASI MENTEGA
DAGING GORENG LADA HITAM
JUS BUAH-BUAHAN

UNTUK PENDAFTARAN: SILA HUBUNGI PN EMA: 019-3974978.

Tuesday, October 18, 2011

BENGKEL MASAKAN PELAJAR LEPAS SPM



Selepas tamat peperiksaan ada diantara pelajar bercita-cita ingin menjadi seperti saya yang telah menjelajah 25 negara seluruh dunia, menwakil negera ke pertandingan masak dunia, di lantik menjadi pakar negara ke pertandingan masak dunia oleh JPK, menjadi gelaran CHEF OF THE YEAR dan MOST OUTSTANDING CHEF AWARD dari persatuan Juru Masak Malaysia (CAM). Untuk menjadi seperti saya maktalamat yang penting adik-adik perlu minat dari hati yang tulis iklas, yang kedu perlu sedar darjat seseorang Chef disisi Allah amat tinggi, kerana setiap masakan yang dimasak dengan hati yang iklas bersama doa serta mengikut sunnah nabi. Masakan yang sudah dimasak itu akan di proses menjadi darah yang suci maka terus mengalir kehati maka anda telah menlahirkan insan yang cemerlang didunia dan akhirat.

Disebab itulah chef adakan bengkel masakan ini terbuka kepada para pelajar lepasan SPM Yang berumur 17 - 19 tahun sahaja.

yang berminat boleh menghubungi PN EMA - 019-3974978.

TARIKH:10HB DEC - 11 DEC 2011
MASA: 9.00PAGI - 3.00PTG
YURAN: RM700.00 Seorang ( TIDAK TERMASUK PENGINAPAN)
YURAN: RM800.00 seorang ( TERMASUK PENGINAPAN)
TERMASUK: MAKAN MINUM, APRON,PISAU,BUKU PANDUAN, SIJIL

PROGRAM:
9.00pg PENDAFTARAN PESERTA & SARAPAN PAGI.
9.30pg SENAMAN MINDA DI DALAM GUA
10.00pg KELAS:
KEBERSIHAN DIRI DALAM ISLAM
MENGENALI PERALATAN DAPUR YANG BERTARAF ANTARABANGSA
CIRI KESELAMATAN DAPUR

11.00pg MENU MASAKAN PEMBUKA SELERA& MAIN COURSE
BASIC MOYANNAISE
2 JENIS SOS ( THOUSAND ISLAND & COCKTAIL)
AYAM PANGGANG SUPREME
SOS CENDAWAN
SPINACH POTATO
SEASONAL TROPICAL FRUIT WITH ICE CREAM

1.00TGH MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZOHOR BERJEMAAH & TASKIRAH

2.00PTG MENU AFTERNOON COFFEE BREAK
OPEN FACED SANDWICHES & FINGER SANDWICHES
3.30PTG SESI MERASA- PRODUK YANG TELAH SIAP DIBUAT

4.00TG BERSIHKAN TEMPAT KERJA- TAMAT

4.30PTG SOLAT ASAR BERJEMAAH
5.00PTG - 7.00PTG - REHATKAN MINDA

7.25 MLM - SOLAT MAGRIB BERJEMAAH/TASKIRAH - PETUA MENJADI CHEF YANG BERJAYA
8.00MLM - MAKAN MALAM - MENU B.B.Q

8.45MLM - SOLAT ISYAK BERJEMAAH

9.00MLM - UKIRAN BUNGA DARI BUAH TOMATO & CILI

10.00MLM - SUPPER

10.30MLM - MASUK TIDUR

HARI KE- 2

6.00PG - SOLAT SUBUR BERJEMAAH
7.00PG - KULIAH SUBUH - MENU SIHAT LAGI BERKAT
8.00PAGI - SARAPAN PAGI
8.30PAGI - PERSIAPA AMAL SEBELUM MEMASAK ( BANQUET BUFFET)
- BUFFET LUNCH MENU
2 TYPES OF SALAD
SUP TULANG RAWAN
TOMATO SALSA
KAMBING KASMIRI
AYAM GORENG BEREMPAH
SPAGHETTI BOLOGNAISE
LEMON CINNAMON RICE
FRUIT KEBABS WITH CHOCOLATE SAUCE


12.30TGH - SET UP BUFFET -SEMUA PRODUK PERLU DIHIASAN MENARIK

1.00TGH - MAKAN TENGAHARI

1.30TGH - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

2.00PTG - KEMAS DAN BERSIHKAN DAPUR

3.00PTG - MINUM PETANG / PENYAMPAIAN SIJIL & AWARD PELAJAR CEMERLANG

3.3OPTG - BERSURAI & SELAMAT MAJU JAYA.

sebarang pertanyaan Sila hubungi Pn Ema - O193974978/0133435582





KELAS MASAKAN BERSAMA MASTER CHEF SABRI D GUA AL RAHMAN





Sempena kedatangan cuti sekolah pada hujung tahun ini dan untuk mengisi masa lapang anak-anak kita supaya mencari limu yang berfeadah didunia dan akhirat. Alhamdulilah dengan berkat berdoa chef kepada Allah, Chef berjaya bertemu seorang yang mempunyai tempat yang sesuai dijadi Pusat latihan rohani dan jasmani anak-anak kita terutamanya yang akan menempuh alam remaja. Chef akan bergabung dengan Pusat rekeasi DGUA AL RAHMAN untuk mengadakan bengkel masakan termasuk pendidik smart solat,hidup berdikari, penyediaan menu sihat ringkas lagi halal, adat makan dan minum dalam islam serta aktiviti penorama dalam gua. Mengapa chef pilihan gua sebagai tempat latihan memasak. kita sudah ketahui rasullulah mendapat ilmu untuk menlahir insan islam yang cemerlang pun di dalam gua. Dengan itu chef program ini amat sesuai untuk anak yang berumur dari 8tahun - 15 tahun.

PROGRAM BELAJAR MEMASAK SEHARI TERMASUK SMART SOLAT:
9.00pg -PAGI PENDAFTARAN PESERTA TERMASUK SERAPAN PAGI.
9.30pg -SENAMAN MINDA DI DALAM GUA..
10.00pg - KEBERSIHAN MAKANAN UNTUK HATI & MINDA.
10.30pg - CIRI-CIRI KESELAMATAN DIDAPUR SEMASA BERADA DIRUMAH.
11.00pg - MARI MEMASAK UNTUK IBU & AYAH
MENU
CARA MENBUAT MAYONNAISE
SOS THOUSAND ISLAND DRESSING
SALAD CAMPURAN - BAIK UNTUK MINDA
SANDWICH TUNA
SWISS MUESLI
12.30tgh- MAKAN TENGAHARI
1.20tgh - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
2.00ptg - PROGRAM SMART SOLAT YANG AKAN DI BIMBING OLEH USTAZ YANG BERTAULIAH
3.30ptg - REHATKAN MINDA & MINUM PETANG.
3.45ptg - MENGEMBARA DI DALAM GUA SAMBIL MEMBERI KETERANGAN KISAH NABI SAW .
4.30ptg - SOLAT ASAR BERJEMAAH
5.00ptg - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN UNTUK SEMUA PESERTA

UNTUK PENDAFTARAN- SILA HUBUNGI PUAN EMA: 019-3974978
YURAN: RM200.00 SEORANG
TARIKH : 1 DEC 2011
MASA: 9.00PAGI - 5.00PTG
UNTUK PESERTA DILUAR KAWASAN GOMBAK - ASRAMA DI SEDIAKAN CUMA PERLU TAMBAHAN RM 35.00 SAHAJA.

Thursday, October 13, 2011

RESIPI KENDURI KENDARA - RADIO IKIM

assalamualaikum, saya Master Chef Sabri Hassan setiasa mendoakan semoga pendengar setia radio Ikim Setiasa diberkati Allah, diberi kesihatn yang baik, diberi rezeki yang menlimpah dan menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat. Tak lagi lama cuti sekolah hujung tahun akan bermula, ada yang akan memberi menantu dan ada yang menerima cahaya mata yang baru yang mana itulah harga dunia yang paling mustahak iaitu anak. Jadi hari ini ingin saya kongsi resipi kenduri yang mana mungkin anda dapat masak sendiri untuk saudara se Islam.


1. AYAM GORENG BEREMPAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA 3 JAM

BAHAN:
15 ekor Ayam - di potong 16 ketul
10 biji Telur Ayam
4 cawan air
1 kg Tepung Gandum
500g Tepung beras
6 sdm Tepung Jagung
500g Serbuk rempah kari daging
4 sdm Serbuk Jintan Manis
2 sdm Serbuk jintan putih
2 sdm serbuk ketumbar
1 sdm Serbuk perasa - secukup rasa
4 sdm Garam secukup rasa
5 lit Minyak masak

Cara:
1. Basuh ayam hingga bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali minyak masak.
3. Kacau hingga hingga rata , kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.
4. Bair ia perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak masak kedalam kuali dan goreng ayam hingga garing.

2. DAGING MASAK KORMAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA: 2 JAM

18 kg Daging Lembu 1kg di potong 10
1 LIT Minyak Masak
1 cawan Bawang merah - di cincang
1/2 cawan Halia - di potong mayang
1/2 cawan Bawang putih
3 helai Daun Pandan
200g Daun ketumbar
100g Daun pudina
15 biji Cili hijau
3 kg Serbuk rempah kurma
1kg Serbuk rempak kari daging
250g Serbuk jintan manis
250g Serbuk ketumbar
1 lit Kicap Manis
100g Gula melaka
15 biji Air limau nipis
4 lit Air
5 tin Susu cair
20g Kulit Kayu Manis
10g Buah pelaga
20g Bunga Lawang
5 g Bunga cengkih
10 kg Ubi kentang - di potong wedges
3 kg Tomato - di potong wedges
1 cawan Garam kasar secukup rasa
4 sdm Serbuk perasa
1 cwn Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan periuk masukan minyak, bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis dan kacau hingga naik bau.'
2. Masukkan daun pandan, daun pudina, cili hijua, daun ketumbar kacau lagi selama 5 minit kemudian masukkan daging dan selama 20 minit dan tutup tudung periuk.
3. Biar daging hingga hampir empuk, kemudian masukkan serbuk rempah ratus dan kacau hingga rata selama 10 minit, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Masukan ubi kentang, kacau dan biar ia renih selama 2 jam hingga daging empuk.
5. Masukan kicap, air limau nipis, susu cair dan kacau hingga rata.
6. Akhir sekali masukan bahan perasa, bawang goreng dan tomato di potong wedges.


TIP: KEDUA-DUA RESIPI INI AMAT SESUAI DI HIDANG DENGAN NASI MANDY ATAU NASI MENTEGA.

SELAMAT MENCUBA.

Thursday, October 6, 2011

PERLUKAN KIDMAT PAKAR CONSULTANT- UNTUK MEMBUKA RESTORAN BERTARAF 5 BINTANG



Alhamdulilah chef mempunyai pengalaman dalam dunia masakan hampir 28 tahun, dah buka lebih 6 hotel di serata tanah air ( pre opening team) antaranya seperti Hotel Equatorial Pulau Pinang, Crown Princess Kuala Lumpur,Novotel Sungai Petani,Crown Plaze Johor Bahru, The Summit Subang, Hilton Serembanm,Hilton Kuala lumpur,Hilton PJ,The Regent Kuala Lumpur, Impian Klcc, Swiss Garden Lumut, Novotel Kuala Lumpur. Dalam setiap hotel semestinya terdapat Restoran yang berkonsep citarasa masa kini.

Chef amat bangga sekira anda dapat buka satu restoran yang bertaraf antarabangsa kerana di Malaysia, kebanyak penduduk kota seperti di Kuala Lumpur, mereka lebih utama lifestyle yang mana selesa dan ada gaya yang tersendiri. chef buatkajian kuasa membeli semuanya dari kalangan orang melayu. Jadi Tak salah sekiranya anda buka 1 satu restoran yang pasti bersih dan halal.

Kenapa chef minta anda membuka restoran, sebab masakan yang anda masak sudah pasti dengan doanya, masak dengan hati yang benar-benar jujur,dapur dan peribadi perkerja yang bersih, menu dengan mengunakan bahan-bahan yang terjamin 100% halal,serta mengunakan bahan-bahan yang berkhasiat.

Ganjaranya setiap masakan yang bersih akan diproses menjadi darah yang suci, maka anda pembekal makanan telah menlahir insan yang cemerlang. Apabila pelangan makan masakan itu mam mereka sihat, riang, gembara lalu mereka boleh beribadah, pergi buat haji, bersedekat maka anda pula dapat sharenya iaitu rezeki anda murah .

Sekiranya anda bercadang untuk membuka Restoran yang berkonsep lifestyle masa kini masa boleh menghubungi chef sendiri, insyallah chef akan membantu.


Pesan: REZEKI YANG TERBAIK ADALAH DARI SUMBER YANG HALAL DAN BERNIAGA ADALAH YANG TERBAIK TERUTAMANYA BERNIAGA MAKANAN.


SEMOGA ANDA DIBERKATI ALLAH DAN BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT.

PASTA


Minggu lepas chef dah cerita sedikit sebanyak cara membuat Pizza di Radio IKIM setiap hari Jumaat jam 10.15pagi. Hari ini apakata kita belajar buat Pasta.Pasta adalah menu kegemaran masakan orang Itali, Setelah anda tahu cara nak buat pasta,resipinya boleh di perbagai lagi seperti Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognaise, Lasagna, dan macam-macam lagi.Bentuk Pasta ada macam-macam rupa contoh spaghetti berbentuk seperti lidi, Penne seperti straw,Lasagna berbentuk segi empat nipis, Macoroni dan macam-macam lagi. Kalau anda bentuknya pergi ke pasaraya yang berdekatan dan pegilah lihat rupa bentuk aneka pasta.

Resipi:PASTA
Penyediaan: 6-8
4biji Telur- Pasti telur dibasuh
280g/2cwn Tepung Gandum
Sedikit Garam
Cara:
1. Masukkan tepung di dalam mangkuk besar, kemudian pecahkan telur ayam , garam.
2. Kemudian uli hingga menjadi doh.uli selama 10 minit.
3. Apabila semasa menguli tepung tidak menlekat pada permukaan mangkuk bermakna doh tadi sudah sesuai dibuat pasta.
4. buatkan bentuk bulat sebesar bola tennis, kemudian nipiskan seperti besar pinggan.
tabur sedikit tepung jika doh mengecut.
5. Dengan mengunakan mesin pasta, nipiskan doh , kemudian potong mengikut bentuk seperti spaghetti .

6. Panaskan air didalam peruik hingga mendidih, masukan sedikit minyak jagung dan sedikit garam.
7. Kemudian rebus pasta yang telah siap tadi, selama 3-5 minit,setelah pasta benar-benar masak, tapis dan rendam di dalam air sejuk ( to stop the cooking proses)
8. Setelah itu tapis hingga kering dan gaul dengan minyak jagung.]

basis Pasta spaghetti dah pun siap- sekarang apakata kita buat spaghetti Seafood dan sos herba tomato bahan utama sos pasta.

RESIPI: BASIC SOS HERBA TOMATO
500g Buah Tomato - di cincang kasar
2 sdk Pes Tomato
3 sdm Minyak Zaitun
2 ulas Bawang putih - di cincang kasar
1/2 sdk Italian mixed herbs
2 helai Daun Bay leaf
2 sdk Garam secukup rasa
Sedikit Lada hitam - dikisar
sedikit gula
Cara:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun, bawang putih, herba, lada hitam dan daun bay leaf, kemudian kacau hingga naik bau.
2. Masukkan pes tomato, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan tomato yang telah dicincang.
3. kacau hingga mendidih, dan biar renih selama 3-5 minit.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dari dapur, biar sejuk , kemudian masukkan kedalam mesin pengisar ( Blender) dan kisar.

DAH JADI SOS TOMATO PASTA KAN MUDAH AJE----DARI SOS INI ANDA BOLEH BUAT SPAGHETI BOLOGNAISE DAN MACAM-MACAM LAGI TERPULANG PADA KREATIFNYA.

RESIPI: SPAGHETTI WITH SEAFOOD
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 5 MINIT
800g Spaghetti
5 sdm Minyak Zaitun
2-3 ulas Bawang putih - di cincang halus
1 ulas Bawang merah - di cincang halus
50g Isi udang - di hiris
50g Sotong segar - dipotong bulat
80g Lala segar
6 biji Cili Padi
1 sdk Lada hitam - di kisar
2 sdm Daun parsley di cincang
1 cwn Sos Tomato pasta ( seperti diatas)
2 sdm Sos cili
4 sdm Parmesan cheese
Garam secukup rasa dan sedikit gula.
Cara:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun,bawang putih,bawang merah dan kacau hingga naik bau.
2. Masukan seafood, kacau hingga separuh masak dan kemudian masukkan sos tomato, sos cili, lada hitam dan kacau hingga mendidih.
3. Masukkan spaghetti dan kacau hingga rata selama 3 minit.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk di hidang tabur dengan Parmesan cheese dan daun parsley yang di cincang.

TIP: SOS TOMATO PASTA - DIBIAR SEJUK DI SIMPAN DALAM TUPPERWARE TUTUP RAPAT-RAPAT DAN BOLEH DISIMPAN DINGIN BEKU DALAM PETI SEJUK SELAMA 6 BULAN LAMANYA. SEKIRANYA ANDA NAK GUNA KELUARKAN DARI PETI SEJUK BIAR SOS BENAR-BENAR CAIR DENGAN SUHU RUMAH. KEMUDIAN BARULAH MASUKKAN KEDALAM PERIUK DAN PANASKAN HINGGA MENDIDIH MAKA BOLEHLAH DIMASK DENGAN PASTA.

Thursday, September 29, 2011

PIZZA

Assalamualaikum, semoga anda setiasa diberkati Allah dan sihat selalu, Chef ingin bbuerpesan seorang isteri yang baik , amalkan setiasa memasak dirumah serta memasak dari hati yang iklas dengam amalan menyebut nama Allah dan berselawat keatas nasi Saw, membansuh bahan masakan dengan air yang mengalir dan menghormati bahan-bahan masakan contohnya bahan-bahan yg hendak dimasak sebaiknya janganlah diletak diatas lantai dan adalah lebih baik sekiranya bahan-bahan itu diletak diatas meja, kerana setiap masakkan yang bersih, akan dihadam dan diproses menjadi darah yg suci maka darah bersih itu akan terus mangalirke hati, maka sihatlah anda dan cemerlanglah anda didunia dan akhirat, insyallah.


Hari kita ke Italian belajar resipi yang pasti anda ingin mencuba apalagi kalau bukan PIZZA. Nak buat pizza bukan susah cuma anda perlu ada ketuhar ( Oven ), bahan utama untuk doughnya adalah tepung dan bahan utama toppingnya adalah sos tomato serta keju yang lain terpulang idea kreatif anda mengikut citaras anda.


RESIPI : PIZZA DOUGH
800gm Tepung Gandum
40g Yeast segar/ Fresh Yeast atau 20g yeast kering/dried yeast
125ml Air suam
1 sdt/tsp Salt
cara:
1. Ramas-ramaskan yeast kedalam air suam serta kacau dan biar selama 10 minit.
2. Sementara itu, tuangkan tepung diatas papan pemotong besar atau mangkuk yag besar, kemudian dengan pelahan-lahan tuang bancuhan air yeast.
3. Setelah itu uli hingga dough menjadi benar-benar lembut dan tidah menlekat pada permukaan mangkuk atau papan pemotong.
4. Setelah itu, buat bulat dan tutup dengan kain putih, biar dough tadi rihat selama 1 jam, atau sekiranya di tempat yang susunya agark suam-suam, biarkan rehat selama 30 minit.
5. Siap untuk membuat piza, bagikan dough tadi kepada 8 berbola kecil sebesar bola tennis, kemudian nipis dengan mengunakan rolling pin, cucuk-cucuk di bahagian tengahnya dan sedia untuk taungkan sos tomato dan bahan-bahan lain.


SOS TOMATO UNTUK TOPPING PIZZA ( ala-ala Malaysia)
1kg Tomato di buang bijinya dan di cincang halus
30ml Minyak Jagung atau minyak zaitun
1 sdt/tsp Gula
200g Sos Cili
100g Sos Tomato
2 ulas Bawang putih di cincang
1/2 sdt Mixed herbs

Cara:
1. Panakkan sos pan ( Kuali ), masukan minyak, bawang putih dan kacau hingga naik bau.kemudian masukan mix herbs, tomato, sos cili. sos tomato.
2. Kacau hingga sos menjadi pekat , dan akhir sekali masukan gula serta garam secukup rasa.

RESIPI : 4 SEASON PIZZA
SUKATAN : 8 ORANG
SUHU : 220C/ 425F
MASA: 10- 15 MINIT

2 BIJI berbola doug pizza ( yang telah di uli seperti resipi diatas)
1 cawan Sos Tomato Pizza (seperti diatas)
8 sdm Cendawan butang - di hiris
8 sdm Cendawan tiram - di hiris
2 ulas bawang putih - di cincang
1 cawan Keju Mozarella - di Sagat ( Grated)
200g Udang segar - di goreng separuh masak
200g Sotong segar - di goreng separuh masak
100g lala
Herba campuran ( Mixed Herbs)
Lada hitam dikisar ( crusted blackpepper)

Cara:
1. Lepih atau nipiskan doug dengan menguna rolling pin, tabur sedikit tepung supaya doug tak mengecut kemudian dengan menguna sudu garpu, cucuk-cucuk di serata permukaan pizza. Size dough seperti pinggan makan.sementara itu panaskan ketuhar pada tahap 220C/425F
2. Kemudian tuang lebih 2atau3 sudumakan sos tomato di atas permukaan dough, ratakan.
3. Kemudian taburkan cendawan,udang,sotong,lala secukup rata.
4. Akhir sekali taburkan keju mozorella, herba campuran, lada hitam.
5. Masukan kedalam ketuhar dan bakar selama 10 - 15 minit sehinga masak.


Selamat mencuba semoga anda setiasa diberkati Allah

Friday, September 23, 2011

CULINARY ADVISER




Dengan berkat usaha dan doa, chef telah di lantik menjadi ahli lembaga penasinat untuk IKIP international College Kuantan dan International Islamic Universiti Malaysia .Hingga sekarang sememang saya telah dilantik menjadi Pakar Negara dalam Bidang Culinari oleH Jambatan Pembangunan Kamahiran ( JKP) untuk memastikan bidang kemahiran memasak setanding di peringkat antarabangsa, jadi sesiapa yg perlu khidmat chef sila hubung puan Ema.

JADUAL LAWATAN UNTUK OCTOBER:

1OCT- JEMPUTAN MEMASAK MASAKAN TIMUR TENGAH DI SUNGAI BULUH
8OCT-9OCT JEMPUTAN MENJADI KETUA JURI - PENCARIAN CHEF SAJI - KUANTAN PAHANH
14OC-15 JEMPUTAN KONVO- IKIP KUANTAN
22OCT-2 JEMPUTAN KETUA JURI - PENCARIAN CHEF SAJI - LUMUT PERAK
28OCT-30- CULINARY TALKSHOW - CARNIVAL SKILL MALAYSIA IN SABAH

Kepada sesiapa ingin menjemput untuk ceramah berkenaan penyediaan makanan yang bertajuk:sila hubungi Ema.

1. Menu Sihat Lagi berkat
2. Tip to be great chef
3. Healthy menu
4. Food can group your in come
7. International cuisine

GAMBAR ITU ADALAH DAPUR YANG SEPATUT ANAK BERADA UNTUK MENCARI ILMU DALAM BIDANG MASAKAN.

FRUITS & HEALTH






Fruit is the best to control your diet habit ,- go hand in hand . Modern transport and storage facilities allow a permanent supply of various seasonal fruits. Besides being refreshing, fruit stimulate the appetite and supply the body with vitamins, minerals and sugar. Eaten raw and unpeeled , they supply more fiber. so start to eat fruit from your farm.

Simple recipe:

Fruit yoghurt cocktail:
4 portion
time: 8 min

ingredients
2 cup Natural yoghurt
2 tbsp Fresh honey
80g Strawberry - diced
80g Dragon fruit - diced
80g Mango - diced
80g Kiwi fruit - diced
80g Dark grape seedless - sliced
80g Jack fruit - diced
80g Raisin
50g Pistachio crusted
80g Rambutan -seedless - sliced
1tsp Sugar

method:
Combine all the ingredients in mixing bowl and mix well. Ready to serve garnish with red cherry and mint leaf. this menu good kids.