Thursday, October 6, 2011
PASTA
Minggu lepas chef dah cerita sedikit sebanyak cara membuat Pizza di Radio IKIM setiap hari Jumaat jam 10.15pagi. Hari ini apakata kita belajar buat Pasta.Pasta adalah menu kegemaran masakan orang Itali, Setelah anda tahu cara nak buat pasta,resipinya boleh di perbagai lagi seperti Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognaise, Lasagna, dan macam-macam lagi.Bentuk Pasta ada macam-macam rupa contoh spaghetti berbentuk seperti lidi, Penne seperti straw,Lasagna berbentuk segi empat nipis, Macoroni dan macam-macam lagi. Kalau anda bentuknya pergi ke pasaraya yang berdekatan dan pegilah lihat rupa bentuk aneka pasta.
Resipi:PASTA
Penyediaan: 6-8
4biji Telur- Pasti telur dibasuh
280g/2cwn Tepung Gandum
Sedikit Garam
Cara:
1. Masukkan tepung di dalam mangkuk besar, kemudian pecahkan telur ayam , garam.
2. Kemudian uli hingga menjadi doh.uli selama 10 minit.
3. Apabila semasa menguli tepung tidak menlekat pada permukaan mangkuk bermakna doh tadi sudah sesuai dibuat pasta.
4. buatkan bentuk bulat sebesar bola tennis, kemudian nipiskan seperti besar pinggan.
tabur sedikit tepung jika doh mengecut.
5. Dengan mengunakan mesin pasta, nipiskan doh , kemudian potong mengikut bentuk seperti spaghetti .
6. Panaskan air didalam peruik hingga mendidih, masukan sedikit minyak jagung dan sedikit garam.
7. Kemudian rebus pasta yang telah siap tadi, selama 3-5 minit,setelah pasta benar-benar masak, tapis dan rendam di dalam air sejuk ( to stop the cooking proses)
8. Setelah itu tapis hingga kering dan gaul dengan minyak jagung.]
basis Pasta spaghetti dah pun siap- sekarang apakata kita buat spaghetti Seafood dan sos herba tomato bahan utama sos pasta.
RESIPI: BASIC SOS HERBA TOMATO
500g Buah Tomato - di cincang kasar
2 sdk Pes Tomato
3 sdm Minyak Zaitun
2 ulas Bawang putih - di cincang kasar
1/2 sdk Italian mixed herbs
2 helai Daun Bay leaf
2 sdk Garam secukup rasa
Sedikit Lada hitam - dikisar
sedikit gula
Cara:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun, bawang putih, herba, lada hitam dan daun bay leaf, kemudian kacau hingga naik bau.
2. Masukkan pes tomato, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan tomato yang telah dicincang.
3. kacau hingga mendidih, dan biar renih selama 3-5 minit.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dari dapur, biar sejuk , kemudian masukkan kedalam mesin pengisar ( Blender) dan kisar.
DAH JADI SOS TOMATO PASTA KAN MUDAH AJE----DARI SOS INI ANDA BOLEH BUAT SPAGHETI BOLOGNAISE DAN MACAM-MACAM LAGI TERPULANG PADA KREATIFNYA.
RESIPI: SPAGHETTI WITH SEAFOOD
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 5 MINIT
800g Spaghetti
5 sdm Minyak Zaitun
2-3 ulas Bawang putih - di cincang halus
1 ulas Bawang merah - di cincang halus
50g Isi udang - di hiris
50g Sotong segar - dipotong bulat
80g Lala segar
6 biji Cili Padi
1 sdk Lada hitam - di kisar
2 sdm Daun parsley di cincang
1 cwn Sos Tomato pasta ( seperti diatas)
2 sdm Sos cili
4 sdm Parmesan cheese
Garam secukup rasa dan sedikit gula.
Cara:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun,bawang putih,bawang merah dan kacau hingga naik bau.
2. Masukan seafood, kacau hingga separuh masak dan kemudian masukkan sos tomato, sos cili, lada hitam dan kacau hingga mendidih.
3. Masukkan spaghetti dan kacau hingga rata selama 3 minit.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk di hidang tabur dengan Parmesan cheese dan daun parsley yang di cincang.
TIP: SOS TOMATO PASTA - DIBIAR SEJUK DI SIMPAN DALAM TUPPERWARE TUTUP RAPAT-RAPAT DAN BOLEH DISIMPAN DINGIN BEKU DALAM PETI SEJUK SELAMA 6 BULAN LAMANYA. SEKIRANYA ANDA NAK GUNA KELUARKAN DARI PETI SEJUK BIAR SOS BENAR-BENAR CAIR DENGAN SUHU RUMAH. KEMUDIAN BARULAH MASUKKAN KEDALAM PERIUK DAN PANASKAN HINGGA MENDIDIH MAKA BOLEHLAH DIMASK DENGAN PASTA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
askm cef, sy agak tertarik dgn cara cef menjaga adab memasak, begitu penuh menjaga keberkatan..sy mohon dekat cef boleh share resepi chef dkat laman sesawang yg lain bleh yer chef?
tq chef.. resepi yg terbaik..
saya pernah buat dulu tapi mee resepi mak.. tepung, garam, kunyit, air kapur, n air...hendak tahu telur tu untuk apa ya chef
Klu sy tgk dlm my kichen rules,, pasta yg dibuat mesti direhatkn lam peti ais, plg min 30minit. Resipi chef ni xperlu rehat ke??
Post a Comment