Dizaman yang serba moden lagi mencabar ramai dikalangan kita mudah terkena penyakit yang dikata mati dalam senyap iaitu penyakit JANTUNG, Puncanya kita lupa untuk mengawal diet permakanan kita. Pengalaman saya menjelajah serata dunia, makanan yang paling sedap adalah berasal dari negara kita dan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak, garam pun datangnya dari negara kita. Kita tidak sedar bahawa makanan yang kita makan itu boleh menyebabkan punca kematian dalam senyap, contohnya mati dalam tidur, semasa memandu tibab-tiba sesak nafas tak sempat ke hospital lalu ada yang mati dalam penjalanan.
Jadi untuk mengelak penyakit ini merebak kepada kita, maka kawalah diet permakanan kita, kurangkan mengambil makanan yang berminyak, berlemak dan kurang gula. Cara mengawal mudah sahaja,ikut pesanan Rasullulah saw, berhenti makan sebelum kenyang, amalkan makan buah-buahan seperti buah kurma dan buah anggur, selepas makan jangan terus tidur dan jangan amalkan makan tengah malam serta banyakkan bersenam, kurangkan makan nasi.
Boleh kita katakan 90% bahan utama pada masakan kita adalah berminyak,serta ada pula yang suka pada manis, seperti roti canai, tea tarik, kuih muih, masakan yang bersantan lagi berminyak, cuba kita amalkan masakan yang mengunakan teknik memasak cara kukus, memanggang,dan rebus.
disini chef ingin berkongsi satu resipi yang mudah yang perlu anda amalkan:
1. SALAD APPLE DAN CELERY
1 biji buah Epal hijau di potong mayang
1 batang celery- dibuang kulit dan dipotong mayang
1 cawan buah anggur merah - dipotong 4
4 sdm lobak merah - dibuang kulit dipotong mayang
2 sdm kismis
3 sdm minyak jagung
1 biji jus perahan buah lemon
garam dan gula secukup rasa
cara:
Masukann semua bahan-bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga rata.
SELAMAT MENCUBA SEMOGA ANDA SETIASA DIBERKATI ALLAH, PANJANG UMUR DAN MURAHKAN REZEKI.
Thursday, November 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sgt suke! mmg tgh amalkan ape yg chef ckp kt ikim..sumber inspirasi
Terima kasih cheff.hari ni 28 nov 2011 diperkarangan masjid al azim pandan indah secara live dengan cheff.
Post a Comment