Thursday, October 13, 2011

RESIPI KENDURI KENDARA - RADIO IKIM

assalamualaikum, saya Master Chef Sabri Hassan setiasa mendoakan semoga pendengar setia radio Ikim Setiasa diberkati Allah, diberi kesihatn yang baik, diberi rezeki yang menlimpah dan menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat. Tak lagi lama cuti sekolah hujung tahun akan bermula, ada yang akan memberi menantu dan ada yang menerima cahaya mata yang baru yang mana itulah harga dunia yang paling mustahak iaitu anak. Jadi hari ini ingin saya kongsi resipi kenduri yang mana mungkin anda dapat masak sendiri untuk saudara se Islam.


1. AYAM GORENG BEREMPAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA 3 JAM

BAHAN:
15 ekor Ayam - di potong 16 ketul
10 biji Telur Ayam
4 cawan air
1 kg Tepung Gandum
500g Tepung beras
6 sdm Tepung Jagung
500g Serbuk rempah kari daging
4 sdm Serbuk Jintan Manis
2 sdm Serbuk jintan putih
2 sdm serbuk ketumbar
1 sdm Serbuk perasa - secukup rasa
4 sdm Garam secukup rasa
5 lit Minyak masak

Cara:
1. Basuh ayam hingga bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali minyak masak.
3. Kacau hingga hingga rata , kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.
4. Bair ia perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak masak kedalam kuali dan goreng ayam hingga garing.

2. DAGING MASAK KORMAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA: 2 JAM

18 kg Daging Lembu 1kg di potong 10
1 LIT Minyak Masak
1 cawan Bawang merah - di cincang
1/2 cawan Halia - di potong mayang
1/2 cawan Bawang putih
3 helai Daun Pandan
200g Daun ketumbar
100g Daun pudina
15 biji Cili hijau
3 kg Serbuk rempah kurma
1kg Serbuk rempak kari daging
250g Serbuk jintan manis
250g Serbuk ketumbar
1 lit Kicap Manis
100g Gula melaka
15 biji Air limau nipis
4 lit Air
5 tin Susu cair
20g Kulit Kayu Manis
10g Buah pelaga
20g Bunga Lawang
5 g Bunga cengkih
10 kg Ubi kentang - di potong wedges
3 kg Tomato - di potong wedges
1 cawan Garam kasar secukup rasa
4 sdm Serbuk perasa
1 cwn Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan periuk masukan minyak, bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis dan kacau hingga naik bau.'
2. Masukkan daun pandan, daun pudina, cili hijua, daun ketumbar kacau lagi selama 5 minit kemudian masukkan daging dan selama 20 minit dan tutup tudung periuk.
3. Biar daging hingga hampir empuk, kemudian masukkan serbuk rempah ratus dan kacau hingga rata selama 10 minit, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Masukan ubi kentang, kacau dan biar ia renih selama 2 jam hingga daging empuk.
5. Masukan kicap, air limau nipis, susu cair dan kacau hingga rata.
6. Akhir sekali masukan bahan perasa, bawang goreng dan tomato di potong wedges.


TIP: KEDUA-DUA RESIPI INI AMAT SESUAI DI HIDANG DENGAN NASI MANDY ATAU NASI MENTEGA.

SELAMAT MENCUBA.

6 comments:

put3nia said...

salam chef, boleh minta resipi apam balik ? tq

NilzaSaza said...

Terima kasih Chef. Saya lambat ikuti ikim tadi. Alhamdulillah Chef turunkan ilmu disini.

Semoga ilmu Chef diberkati Allah....

~Peminat tegar Chef .. :-)

esahannua said...

Salam chef resipi kurma daging kalau kambing berapa ekor? Tq

mygazee said...

Assalamualaikum dan Syabas chef Sabri! Tuan Chef yg sebenarnya telah meletakkan ‘kerohanian’ sebagai salah satu deria resepi-terasas yg tidak pernah terdapat dimana2 sekali pun.. dan saya doakan agar tuan chef akan sentiasa di berkati dan di rahmati Allah hendaknya. Amin. Keep up the good work sir.

Unknown said...

salam chef, sy nk tau..cm ne klu nk nk msk nasi mandy tuk 100 org yer ?.. n st agi..sdm tuh ape yer?



khairul:
0143648026

- FAAlink said...

Salam Chef! Rase macm tak percaya plak resepi daging korma tu guna 3 kg rempah plus 1 kg rempah lain. Ada typo error tak chef???