Assalamualaikum, semoga anda setiasa diberkati Allah dan sihat selalu, Chef ingin bbuerpesan seorang isteri yang baik , amalkan setiasa memasak dirumah serta memasak dari hati yang iklas dengam amalan menyebut nama Allah dan berselawat keatas nasi Saw, membansuh bahan masakan dengan air yang mengalir dan menghormati bahan-bahan masakan contohnya bahan-bahan yg hendak dimasak sebaiknya janganlah diletak diatas lantai dan adalah lebih baik sekiranya bahan-bahan itu diletak diatas meja, kerana setiap masakkan yang bersih, akan dihadam dan diproses menjadi darah yg suci maka darah bersih itu akan terus mangalirke hati, maka sihatlah anda dan cemerlanglah anda didunia dan akhirat, insyallah.
Hari kita ke Italian belajar resipi yang pasti anda ingin mencuba apalagi kalau bukan PIZZA. Nak buat pizza bukan susah cuma anda perlu ada ketuhar ( Oven ), bahan utama untuk doughnya adalah tepung dan bahan utama toppingnya adalah sos tomato serta keju yang lain terpulang idea kreatif anda mengikut citaras anda.
RESIPI : PIZZA DOUGH
800gm Tepung Gandum
40g Yeast segar/ Fresh Yeast atau 20g yeast kering/dried yeast
125ml Air suam
1 sdt/tsp Salt
cara:
1. Ramas-ramaskan yeast kedalam air suam serta kacau dan biar selama 10 minit.
2. Sementara itu, tuangkan tepung diatas papan pemotong besar atau mangkuk yag besar, kemudian dengan pelahan-lahan tuang bancuhan air yeast.
3. Setelah itu uli hingga dough menjadi benar-benar lembut dan tidah menlekat pada permukaan mangkuk atau papan pemotong.
4. Setelah itu, buat bulat dan tutup dengan kain putih, biar dough tadi rihat selama 1 jam, atau sekiranya di tempat yang susunya agark suam-suam, biarkan rehat selama 30 minit.
5. Siap untuk membuat piza, bagikan dough tadi kepada 8 berbola kecil sebesar bola tennis, kemudian nipis dengan mengunakan rolling pin, cucuk-cucuk di bahagian tengahnya dan sedia untuk taungkan sos tomato dan bahan-bahan lain.
SOS TOMATO UNTUK TOPPING PIZZA ( ala-ala Malaysia)
1kg Tomato di buang bijinya dan di cincang halus
30ml Minyak Jagung atau minyak zaitun
1 sdt/tsp Gula
200g Sos Cili
100g Sos Tomato
2 ulas Bawang putih di cincang
1/2 sdt Mixed herbs
Cara:
1. Panakkan sos pan ( Kuali ), masukan minyak, bawang putih dan kacau hingga naik bau.kemudian masukan mix herbs, tomato, sos cili. sos tomato.
2. Kacau hingga sos menjadi pekat , dan akhir sekali masukan gula serta garam secukup rasa.
RESIPI : 4 SEASON PIZZA
SUKATAN : 8 ORANG
SUHU : 220C/ 425F
MASA: 10- 15 MINIT
2 BIJI berbola doug pizza ( yang telah di uli seperti resipi diatas)
1 cawan Sos Tomato Pizza (seperti diatas)
8 sdm Cendawan butang - di hiris
8 sdm Cendawan tiram - di hiris
2 ulas bawang putih - di cincang
1 cawan Keju Mozarella - di Sagat ( Grated)
200g Udang segar - di goreng separuh masak
200g Sotong segar - di goreng separuh masak
100g lala
Herba campuran ( Mixed Herbs)
Lada hitam dikisar ( crusted blackpepper)
Cara:
1. Lepih atau nipiskan doug dengan menguna rolling pin, tabur sedikit tepung supaya doug tak mengecut kemudian dengan menguna sudu garpu, cucuk-cucuk di serata permukaan pizza. Size dough seperti pinggan makan.sementara itu panaskan ketuhar pada tahap 220C/425F
2. Kemudian tuang lebih 2atau3 sudumakan sos tomato di atas permukaan dough, ratakan.
3. Kemudian taburkan cendawan,udang,sotong,lala secukup rata.
4. Akhir sekali taburkan keju mozorella, herba campuran, lada hitam.
5. Masukan kedalam ketuhar dan bakar selama 10 - 15 minit sehinga masak.
Selamat mencuba semoga anda setiasa diberkati Allah
Thursday, September 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
resepi ini yg terbaek
Post a Comment