Sunday, August 31, 2008

SALAM RAMADAN


Buat perminat setia,

Di bulan yang mulia ini saya sekeluarga ingin mengucap selamat berpuasa semoga sama-sama kita berdoa mudah-mudahan mendapat keberkatan dari maha esa, di panjangkan umur,murah rezeki dan menerima amalan baik kita semasa di dunia.


Untuk mengeratkan lagi hubungan sesama jiran kita, adalah lebih baik di bulan ini kita memasak sambil doa , kemudian masakan tersebut kita bagi kepada jiran-jiran berdekatan, insyallah Allah akan menlipat kali ganda rezeki kita.


Disini saya serta resipi ringkas bubur Lambuk yang sesuai di masak untuk surau-surau kemudian bubur ini boleh di bahagi setiap mangkuk kepada semua penduduk kampong atau taman-taman di tempat anda. resipi ini hanya hanya sebagai panduan sahaja, mungkin anda boleh tambah bahan yang lain mengikut citarasa anda.


Resipi : Bubur Lambuk

Penyediaan: 200 orang

Masa penyediaan: 3 jam

Bahan:

3 kg Beras - di bersih berasingan

20 lit Air

10 cawan Minyak Masak

8 kg Daging - di kisar ( Minced Meat )

2 kg Sayur campur dingin beku ( Frozen mixe vegetables )

2 cawan Bawang Putih - di kisar

6 cawan Bawang Merah - di kisar

1 cawan Halia- di kisar

3 btg Serai - di kisar

3 cawan Buah keras - di rendam dan di kisar

3 helai Daun Pandan

1 cawan Daun Kari

2 sudu makan Buah Pelaga

2 sudu makan Kulit Kayu Manis

2 sudu makan Bunga Lawang

1 sudu Makan Bunga Cengkih

1 cawan Serbuk Jintan Manis

1 cawan Serbuk Jintan Putih

1 cawan Serbuk Lada hitam

2 cawan Serbuk rempah sup/ kormah

5 lit Santan Pekat

8 kuib serbuk pati daging

2 cawan Garam/secukup rasa

1 cawan Gula

3 biji Air Limau nipis


Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang di hiris


Cara:

1. Bancuh serbuk jintan manis, jintan putih,ketumbar,lada hitam,serbuk rempah dengan 8 cawan air ,kacau hingga sebati.

2. Panaskan minyak,tumis bawang putih, halia, bawang merah, serai, daun pandan, daun kari,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau.

3. Masukan bancuh rempah dan kacau hingga pecah minyak.dan masukan air.

4. Masukan beras,serbuk pati tulang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar renih hingga nasi menjadi bubur.

5. Masukan santan,buah keras,air limau dan biar renih selama 3o minit.

6. Akhir sekali masukan sayur-sayuran,garam dan gula secukup rasa.


Tip : Ada boleh tambah kerisik jika nak ubahkan rasanya.


SELAMAT MENCUBA- RESIPI JANGAN KEDEKUT-BERILAH RESIPI INI KEPADA SESIAPA YANG MEMINTANYA,NESCAYA ANDA AKAN MENDAPAT BERKAT DARI ALLAH YANG MASA ESA.

3 comments:

boxhousestudio said...

Saya paling suka dengan ingatan sebegini supaya berkongsi resepi pada insan yang memrlukan...Alhamdulillah...moga ALLAH memberkati Chef Sabri sekeluarga...semoga beruntung di dunia dan beruntung di akhirat..amin amin yarabbalallamin...sejuk hati saya...saya akan cuba buat dalam kuantiti yang lebih kecil dahulu...InshaALLAH...terima kasih Chef selamat bertarawih bersama family...

salam ukhuwah
kak tun

Anonymous said...

Salam Chef, jika utk satu family sekitar 4 orang berapa % harus saya kurangkan bahannya ... teringin nak cuba ni ...

Abd Rahman Md Desa said...

Assalamu'alaikum Chef,

Saya dapat alamat blog chef dlm radio IKIM, saya akan cuba..

Terima kasih dan selamat berpuasa.