Buat adik-adik yang berminat dalam kemahiran Pastry, Bidang ini agar rumit, perlu banyak latihan, resipi hanyalah panduan sahaja. Adik kena belajar dari chef-chef yang berpengalaman. Kali ini chef sabri pamerkan resipi Puff Pastry.
750 g Tepung Roti / bread flour
250g Tepung Cake/ cake Flour
175 g Mentega ( Butter )
15 g Garam/salt
626 g Air Sejuk/ cold water
B
1000g Mentega/ Butter
175 g Tepung Roti/ bread flour
cara:
1. Pukul mentega dengan tepung dalam mesin putaran ( mixer ) secara pelahan-lahan hingga serata.
2. Campurkan garam dengan air sejuk dan kacau hingga larut.
3. Kemudian masukan air garam dalam adunan tepung, mentega dan kacau hingga pelahan-lahan. Pastikan jangan terlebih kacau.
4. Keluar adunan tersebuat daripada mesin mixer dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
5. sementara itu pukul B mentega dengan tepung roti hingga sebati.
6. Keluarkan doug dalam peti sejuk dan rollkan senipis 1/2 inci kemudian lipat 2 dan roll lagi dengan mengunakan rolling pin.
7. Roll yang ketiga masukan Mentaga B dan roll lagi sebanyak 4 kali.
8. kemudian masukan intinya .
9. Panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 15 - 20 minit bergantung pada saiz puff pastry.
Peringatan: Resipi ini agar rumit, perlu di tunjuk sendiri bagaimana cara nak roll oleh Pastry Chef yang pengalaman.
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment