Thursday, September 8, 2011

RECIPES ADIL-FITRI - OPEN HOUSE - 2011

selepas 30 hari kita berjaya menahan diri untuk berpuasa dan beribadah kepada Allah yang maha esa kini tibalah masanya untuk kita berhari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai dan giran tertangga. Apa yang perlu chef pesankan:

1. Pastikan anda masak dengan hati yang iklas dan setiasa berdoa kepada Allah dan Nabi Muhamad SAW kerana setiap masakan yang bersih itu akan diproses menjadi darah yang suci maka andalah akan menlahir insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Memasak dari sumber yang halal lagi berkat.

3. Pastikan bahan masakan di basuh dengan air yang mengalir dan menghormati bahan-bahan yang hendak di masak, sebaiknnya bahan-bahan itu jangan lah di letak di atas lantai yang terbaiknya letak di atas meja yang bersih.

FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM AL QURAN:
maksudnya:
"wahai manusia makanlah sebahagian makanan yang ada dimuka bumi ini yang halal dan yang baik. Janganlah mengikut langkah-langkah ( Kehendak-kehendak) syaitan. sesungguhnya ia merupakan musuh kamu yang nyata"
- AL BAQARAH: 168.

3. RESIPI UNTUK OPEN HOUSE ADILFITRI DARI CHEF:

AYAM PANGGANG MADU
SUHU KETUHAR - 170C
MASA: 35- 40 MINIT
SUKATAN: 8 ORANG

BAHAN:
1 ekor Ayam - dipotong 8
bahan perapan
8 sdm Minyak Zaitun
4 ulas Bawang putih - di cincang kasar
3 biji Bawang merah - di cincang kasar
1inci Halia - dicincang kasar
1 sdm Lada hitam - di kisar
2 biji Air perahan limau nipis
3 sdm Madu lebah
2 btg Lobak merah - dibuang kulit - di potong kasar
1 btg Celery - dibuang kulit - dipotong kasar
15 biji Cherry tomato - di potong 2
2 sdm Sos Tiram
3 sdm Cili Flake atau cili padi di hiris
8 biji Ubi kentang - di buang kulit di potong wadge
1 sdm Garam secukup rasa
3 sdm Serbuk kari ayam
2 sdk Serbuk perasa ayam

Cara:
masukan semua bahan kedalam mangkuk besar dan perap ayam sekurang-kurang 30 minit, panaskan ketuhar pada suhu 160-170c . Masukan ayam yang telah diperap kedalam dulang pembakar, dan panggang dalam ketuhar selama 30 - 40 minit. Resipi ini sesuai di hidang dengan sos lada hitam

NASI LEMON KAYU MANIS
SUKATAN 8 ORANG
MASA : 20 MINIT

BAHAN:
4 cawan Beras Basmathi di basuh berasingan
4 sdm Mentega
3 sdm Minyak Jagung
4 cawan air
1 biji Buah lemon - di hiris bulat nipis
1 btg Kulit kayu manis
3 ktm Bunga Lawang
2 ulas Bawang putih - di hiris nipis
1 biji Bawang merah - dihiris nipis
1/2 inci Halia - di potonag mayang
1 helai Daun Pandan - di ikat
1 1/2 Garam
1 sdk Serbuk perasa
1 sdm Gula

Cara: Panaskan periuk nasi, Masukan minyak, mentega, halia, bawang merah,bawang putih, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang,lemon, kemudian kacau hingga naik bau. kemudian masukan air dan bahan perasa. Kacau dan biar hingga mendidih , kemudian masukan beras, tutup dgn tudung periuk, kacau sebentar, pelahankan api dan tanak nasi hingga kering, siap bole di hias dgm hiris daun bawang dan bawang goreng.

RESIPI SALAD EPAL HIJAU DAN CELERY
SUKATAN 8 ORANG
MASA 15 MINIT
BAHAN:
3 biji Epal hijau - di hiris nipis - dan dipotong mayang
1 btg Lobak merah - dibuang kulit - dipotong mayang
2 btg Celery - dibuang kulit - di potong mayang
1 biji Air limau nipis atau lemon
1/2 sdm Gula
2 sdm Kacang Pistachio - di cincang kasar
5 sdm Mayonnaise
2 sdm Kismis
Garam secuku rasa
Cara: Masukan bahan-bahan kedalam mangkuk besar . kemudian gaul hingga rata.
siap untuk di hidang, hias dengan hirisan daun bawang dan tabur Kacang pistachio atau kacang Alamond yang telah di cincang kasar.

SELAMAT MENCUBA SEMOGA ANDA DIBERKAT ALLAH DAN INGAT PESAN CHEF UNTUK BERJAYA ADA ILMU JANGAN DISIMPAN SAMPAI MATI SEBALIKNYA BERKONGSI SESAMA SENDIRI.

No comments: