Thursday, September 22, 2011

RESIPI MASAK CINA ISLAM

Salam bahagia kepada perminat yang mengenali chef, semoga chef berdoa anda serta keluarga dimurah rezeki dan diberkati Allah. Salah satu resipi kejayaan anda pasti setiap masakan di masak dengan bersih bersama doa yang baik-baik lagi iklas, kerana masakan yang bersih boleh membersihkan hati yang keras lalu andalah yang akan menlahirkan insan yang cemerlang didunia dan akhirat. Hari ini chef ingin berkongsi resipi masakan cina islam yang ringkas untuk anda.


1. Ayam goreng Lada hitam
penyedian 8 orang
Masa: 15 minit

Bahan:

800g Ayam - di potong kecil
4 sudu makan Minyak Masak
1 inci Halia - di potong mayang
3 ulas Bawang putih - hiris nipis
2 labu Bawang besar - di potong dadu
1 sudu makan Lada hitam yang telah di kisar kasar
2 sudu makan Sos tiram
4 sdm Makan Kicap Cair
1 sudu kecil Kicap Pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:
Panaskan kuali masukkan minyak , bawang putih, halia, lada hitam, kemudian kacau hingga naik bau. Kemudian masukan ayam dan kacau hingga hampir masaka. setelah itu
masukan bahan-bahan yang lain , kacau hingga isi ayam masak. siap untuk hidang hias dengan hirisan daun bawang.

2. Lohan Chai
1 biji Lada Bengala Hijau - di potong dadu
1 biji Lada Bengala Merah - di potong dadu
4 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang putih - di cincang
1/2 inci Halia - di cincang
1 btg Celery - dibuang kulit - di potong dadu
200g isi ayam - Di hiris
3 sdm Lada kering - di hiris kasar
2 sdm Sos Tiram
5 sdm Kicap cair
sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Panaskan kuali , masukan minyak, halia, bawang putih, cili kering, isi ayam kacau hingga isi ayam hampir masak, kemudian masukan sos tiram, kicap dan kacau hingga rata, setelah itu masukan semua bahan-bahan yang lain kacau hingga rata. setelah siap boleh di hias dengan bawang goreng.

3. nasi Goreng Cina
4 cawan nasi sejuk
3 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang putih -di cincang
1 ulas Bawang merah - di cincang
100g Udang segar - dibuang kulit - di potong dadu kecil
1 cawan Sayur campuran frozen ( Carrot, Jagung< kacang Peas)
3 biji Telur Ayam
'1 sdm garam
1 sdk Serbuk secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali, Masukkan minyak, bawang putih, bawang merah kacau hingga naik bau.
2. Masukan isi ayam , kemudian kacau hingga isi ayam masak, masukan sayuran dan kacau lagi hingga air asyur kering.
3. Pecahkan telur, kacau hingga telur menjadi ketul-ketul kecil dan kering,setlah itu masukan nasi sejuk dan kacau hingga rata.
4. Akhir sekali masukan bahan perasa.
5. setelahj siap hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.


Selamat mencuba sebarang pertanyaan sila hubungi Pa Chef: Puan Ema - 019-3974978.

Chef Sudahi dengan ucapan Terima kasih semoga anda diberkati Allah.

6 comments:

Mengharap RedhaMu said...

As'salam.....chef....nak minta chef buat "link" dalam blog yang boleh pergi ke FaceBook. Agar mudah sy nak link kpd kwn2... harap chef tak keberatan... sebab masakan Chef sodap2 belaka... :) lagi satu kalau Chef tak keberatan....ada resepi untuk cendawan tiram kelabu tak? kalau kat nogori ni banyak masak lomak ciliapi...ada cara lain?? harap dapat membantu... :)

MASTER CHEF CELEBRITY said...

ok

Mama QS said...

chef boleh tak nanti buatkan resepi udang butter

muzaffarshah bin idris said...

Assalam , chef jgn lupe instant noodle . thank you chef ..

Lannfoz sdn bhd said...

Chef.... sgt berbesar hati dan berterimakasih kalau dpt resepi kung poa udang dan ayam

Lannfoz sdn bhd said...

Chef.... sgt berbesar hati dan berterimakasih kalau dpt resepi kung poa udang dan ayam