Sunday, August 14, 2011
RESEPI NASI MANDY
Nasi mandy adalah makanan utama semasa chef di Yeman, chef belajar membuat nasi mandy semasa pengambaran spice season 1 . Negara yang chef lawati seperti Turkey, Morocco, Mesir,Syria. Nasi Mandy adalah yang terbaik, cara penyediaannya yang agar ringkas berbanding penyediaan memasak nasi Braini Dampur yang berasal dari Laknow di India. Biasanya Nasi Mandy di hidang dengan Ayam Panggang berempah dan salad tomato dengan timun. Cara penyediaan bahan masakan sama seperti Nasi Minyak minyak tapi perbezaanya nasi ianya mengunkan teknik menumis dan Nasi Mandy pula bahan-bahan rempah ratus di gaul dengan beras basmahti kemudian barulah di masukan air rebusan daging atau air panas biasa.
Baiklah pada sesiapa yang berhajat untuk membuat restoran berkonsepkan masakan timur tengah boleh menghubungi Chef dengan Talian - 013-3435582.
disini chef ingin berkongsi resepi nasi dengan anda:
RESEPI : NASI MANDY
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:
4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam
Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.
TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.
NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.
Pada sesiapa ingin belajar lebih dekat boleh masuka kelas bengkel masakan bersama Master Chef Sabri....TUNGGU SELEPAS RAYA INI AKAN CHEF UMUMKAN DI RADIO IKIM SETIAP HARI JUMAAT JAM 10.15 PAGI.
SEMOGA DOA SAYA, ANDA SETIASA MENDAPAT KEBERKATAN DARI MAHA ESA, TIP KEJAYAAN, ADA RESEPI JANGAN KEDEKUT.
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
chef ada buat kelas masakan kat kota bharu tak?
Salam Chef...Bila lagi nak buat kelas Nasi Mandy ya?
Wassalam.
Salam Chef...Bila lagi nak buat kelas Nasi Mandy ya?
thanks chef share resepi ni.. :)
Terbaekk...jzkk chef :)
Post a Comment