Friday, September 5, 2008

RESIPI KUIH MUIH & BISKUT ADIL -FITRI

Salam Ramadan untuk semua peminat, Saya sekeluarga dan krew Radio IKM mengucap selamat berpuasa dan setiasa di berkat Allah. Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak resipi yang paling ringkas untuk membuat biskut. Resipi hanyalah sebagai panduan...tapi anda perlu belajar daripada chef yang benar-benar berpengalaman.

1. Biskut Badam
800g Tepung Gadum di ayak
200g Gula
800g Mentega
600g Serbuk Badam
20 g Serbuk penaik
200g Coklat masakan - di cairkan
80 g Hirisan badam ( Almond Flake )
Cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 C.
2, Pukul Mentega dangn gula hingga kembang, kemudian masukan serbuk penaik , tepung,dan serbuk badam, kacau hingga sabati.
3. Terap adunan dan buat bentuk bulat size siling 50 sen, Sapu loyang pembakar dengan mentega dan letakan biskut. Bakar selama 20 minit. Siap biarkan sejuk dan celup dengan coklat masakan dan hias dengan almond Flake.

KEK LOBAK MERAH
280g Tepung Serba guna / all purpose flour
110g Kacang Badam - di kisar
150g lobak merah - di sagat
2 biji Apple Hijau - di sagat
200g Gula kastor
7 g Soda Bicarbonate
8 g Serbuk Kulit Kayu Manis
240 ml Minyak jagung
4 biji Telur
Sedikit Essance Vanilla
1. Pukul telur denga gula hingga kembang, kemudian masukan kacang badam,lobak merah, apple hijau dan serbuk kulit kayu manis.
2. Dalam bekas berasingan ayak tepung dengan soda bicarbonate, kemudian kedalam adunan tepung.
3. akhir sekali masukan minyak jagung dan kacau hingga rata. Bakar dalam ketuhat dengan suhu 180C dan bakar selama 25 minit.

KUIH TAKO
Lapisan atas:
1 cawan Tepung Jagung
8 cawan Santan Pekat
1 sudu kecil Garam
lapisan bawah
2 cawan Tepung Jagung
2 cawan Gula
8 cawan Air
4 helai Jus daun Pandan
Duan pandan untuk buat bakul
Cara;
1. Untuk membaut lapisan bawah, panaskan kukusan,kisar bahan B dan tuang separuh dalam setiap bakul yang di buat daripada daun pandan.
2.Kukus selama 15 minit, untuk membuat lapisan atas A, kacau semua bahan dan masak sehingga pekat dan tuang di atas lapisan bawah.
3. Simpan dalam peti sejuk.

2 comments:

mar said...

salam...boleh tak chef masukkan resepi biskut almond london, tart nenas n coklat chip?

eBuy.com said...

dalam membuat kuih tako, selepas memasukkan lapisan atas (lapisan santan)ke atas lapisan bawah, tidak perlukah kita kukusnya terlebih dahulu?