Sunday, December 12, 2010

LEARN ICE CARVING FROM CHEF SABRI HASSAN






class module 3 will start month of Feb 2011. for inquiry please call : chef Sabri Hassan 013-3435582. Fees RM 350.00 per student, two day. subject module 1 &2

SIMPLE RECIPE BUT SEDAP & SIHAT

This recipe is simple but its good for health. resipi ini amat mudah tapi berkhasiat untuk kesihatan:
recipe: Potato mayo salad/ salad ubi kentang mayo
penyediaan/yield: 10 paxs

bahan/ingredients:

1kg Potato/kentang - boiled/rebus - remove skin/buang kulit
1 cup/cwn Mayonnaise
1 nos Bawang Besar/ onion - chopped / di cincang
3 no Bawang putih/ garlic - chopped/ di cincang
2 nos Limau nipis/ lime juice
2 tbspoon/sdu makan daun Bawang/ spring onion/ chopped/ di hiris.
2 tbspoon/sdu makan Gula/sugar
1 tbspoon/ sdu makan garam/salt to taste/ secukup rasa


Cara/method:
1. Hiris kentang yang telah di rebus/ slice the boiled potato.
2. Masukan semua bahan-bahan delam mangkuk / add all ingredients in mixing bowl.
3. Gaul hingga rata/mix well.
4. siap untuk di hidanh hias dengan daun parsley/ ready to serve garnish with parsley.

Remarks/ perhatian:
this recipe suitable for grilled meat, chicken or fish/ resipi ini sesuai di hidang dengan daging, ayam dan ikan panggang.

BE A CHEF/ JADI MACAM CHEF




SALAM BUAT PEMBACA BLOG INI. PADA BULAN FEB- MAC 2011, CHEF BERCADANGAN UNTUK MEMBUAT BENGKEL MASAKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR LEPAS SPM SAMBIL MENUNGGU KEPUTUSAN SPM MUNGKIN BOLEH BELAJAR MEMASAK DENGAN CHEF. SETIAP KURSUS AKAN DI ADAKAN LIMA HARI ( ISNIN- JUMAAT). TEMPAT, MAKAN DAN MINUM DI SEDIAKAN. YURAN SETIAP PERSERTA RM 750.00. KELAS TERHAD UNTUK 30 ORANG PADA SATU SESI. YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI PUAN EMA : 0193974978.

Wednesday, December 8, 2010

YEAR END PROMOTION


PARING KNIFE,CARVING KNIFE,VEGETABLE PILLER WITH SAFETY POCKET LATHER : WHOLE SET WITH RM90.00. ETHIS SET IN MADE FROM SWISS AND SUITABLE FOR COMMMIS, STUDENT AND CHEFS

FOR ORDER PLEASE CAL 019-3974978 / 013-3435582.

Tuesday, December 7, 2010

GAMBAR PENGAMBARAN KENDURI KENDARA TV AL HIJRAH






BERAPA GAMBAR KENANGAN SEMASA PENGAMBARAN KENDURI KENDARA UNTUK TV AL HIJRAH.
Terlebih dahulu chef sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut maal Hijrah kepada semua perminat chef yang menlawat laman blog ini. Chef doakan semoga anda setiasa diberkati Allah, panjang umur, ceria selalu dan di murahkan rezeki.

Chef masih lagi membuat pengambaran siri baru dan bertajuk 'KENDURI KENDARA" untuk di tayangkan di TV Al Hijrah , pada pertengahan bulan December, rancangan itu akan di tayangkan setiap hari Ahad jam 4.30 petang. Rancnagan kenduri kendara ini adalah bertujuan supaya untuk mengalakan masyarakat mengamalkan sikap gotong royong sesama jiran dan masak dengan hati yang iklas. Terdapat bermacam-macam tip masak tambahan setiap masakan di masak dengan jumlah kuantiti yang menlebihi 1000 orang. Bagi chef rancangan kenduri kendara ini sangat mencabar. Hasrat chef minta masyarakat amal masak kenduri kendara adalah kerana memberi kesedaran bahawa setiap masakan yang iklas, bersih, berdoa akan di proses menjadi darah lalu mengalirkan kehati maka darah yang bersih akan menlahir insan yang cemerlang maka panjanglah jodoh pasangan pengantin tersebut.

Disini ingin chef kongsikan resipi yang ringkas untuk pembaca blog ini antaranya.

RESIPI: GULAI KAWAH
PENYEDIAAN: 1000 ORANG
MASA PENYEDIAAN: 3 JAM

BAHAN:
1 ekor Lembu - di lapah dan di potong saiz 2 inci
20 lit santan cair
10 lit Santan pekat

PES BANCUHAN REMPAH GULAI KAWAH
10 kg Serbuk rempah kari
2 kg serbuk cili
1 kg serbuk jintan manis
1 kg serbuk ketumbar
1 kg serbuk jintan putih

BAHAN YANG DI KISAR
1 kg Halia
2 kg Bawang putih
4 kg Bawang besar

BAHAN PERASA & AROMA
20 keping Gula melaka
1 kg Gula pasir
6 cawan garam kasar
5 lit kicap cair
10 kg umbut batang kelapa atau pisang muda ( Jika perlu)
2 kg Minyak sapi
2 cawan serbuk perasa
10 kg kerisik kelapa

cara:
1. Panaskan kawah, masukan minyak sapi, 2 lit minyak masak, kemudian masukan bahan- bahan yang di kisar dan kacau hingga naik bau.
2. Masukan daging dan kacau hingga air daging keluar dan biar ia mendidih selama 1 jam hingga daging hampir empuk.
3. Kemudian masukan serbuk bancuhan rempah yang telah di bancuh dengan air, kemudia masukan 1 cawan kulit kayu manis, 1 cawan buah pelaga dan 1 cawan bunga cengkih.
4. Kacau hingga rata selama 30 minit, kemudian masukan santan cair dan kacau lagi selama 30 minit.
5. kemudian masukan santan pekat,kerisik kelapa,kicap , umbut kelapa atau pisang muda.
6. Kacau hingga pisang lembut dan daging empuk, kemudian masukan gula melaka, garam. gula pasir dan garam secukup rasa.
7. setelah siap hias dengan bawang goreng.

TIP: DI SEBELAH KELANTAN GULAI KAWAH DI MASUKAN BUDU, KELAPA GORENG KERING KEMUDIAN DI TUMBUK. UNTUK MEMUDAHKAN PELACARAN LEMAK SEMASA MAKAN GULAI KAWAH, AMALKAN MEMAKAN HIDANGAN YANG MASAM SEPERTI ACAR TIMUN NENAS.

RESIPI: ACAR TIMUN NENAS
PENYEDIAAN: 500 ORANG
MASA: 30 MINIT.

BAHAN;
15 kg Timun - di buang biji di potong sebesar jari halus
10 kg lobak merah - di buang kulit di potong mayang
5 kg cili merah - di buang biji - di potong mayang
15 kg nenas di buang kulit - di hiris nipis
10 lit Air gula pasir ( syrup gula )
3 lit Cuka - secukup rasa
1/2 cawan Kulit kayu manis
1/2 cawan bunga lawang - (jika perlu)
2 cawan Garam kasar - secukup rasa

Cara:
1. masukan semua bahan-bahan dalam basin besar dan gaul hingga rata .

Tip : untuk memasti kesegaran, jangan buat terlalu awal, sebaliknya 30 minit sebelum semua menu utama di hidangkan.