Friday, September 12, 2008

RESIPI ADIL FITRI


Untuk perminat saya sekeluarga mengucap selamat menyambut hari raya dan berhati-hati semasa memandu ketika pulang kekampung.


Kalau anda perlu resipi yang terbaru dari saya . Harga RM 30.00 setiap resipi, sila hubungi PA saya Pn Ema - 0193974978

Caranya mudah sahaja:

1 step : Masuka wang pembayaran dalam AC Maybank:

2. Talipon Ema..beritahu tentang kemasukan wang kedalam Akuan Maybank.

3. Resipi anda akan di poskan menlalui pos Express Malaysia.


RESIPI; TART NENAS

500g Tepung Gandum

250 g Mentega

2 biji Telur - di pukul

2 sudu makan Air

Sedikit Garam


INTI

2 biji Nenas - di buang kulit dan parut isinya

360g Gula Pasir

5 kuntum Bunga cengkih


Cara:

1. Masuk tepung dan mentega kedalam mangkuk besar dan uli hingga serata, kemudian masukan air garam dan telur uli lagi hingga sebati.

2. Unti membuat inti, tos air nenas, kemudian masak dengan gula dan kacau hingga menjadi jem nenas. sejukkan.

3. Canai dan terap doug tadi, kemudian masuka inti di tengah dan gulung mengikut citarasa anda.

4. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 140 C dan bakar selama 30 -40 minit.


KARIPAP

bahan inti:

600g Ubi kentang di potong dadu

400 g ubi keledek

600 g Bawang besar - di potong dadu

800 g Daging ayam - di cincang

1 cawan Serbuk kari - daging

1 sudu makan Serbuk Jintan Manis

1 batang Kulit kayu Manis

4 biji Buah pelaga

1 sudu makan Garam secukup rasa

1 sudu kecil Serbuk pati Ayam

700ml Air


Bahan yang kisar:

1 sudu makan Udang kering - di goreng berasingan dan di kisar

3 biji Bawang merah

3 biji Bawang kecil

1 inci Halia


Doh karipap :

1 kg tepung gandum- di ayak

1 cawan Minyak Panas

2 biji Telur

1 cawan Ais

400ml Air

Garam secukup rasa

Minyak untuk mengoreng


cara;

1. nak buat inti panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga naik bau,masuk kulit kayu manis, buah pelaga serbuk rempah kari kacau,ayam cincang, air, ubi keledek, ubi kentang dan kacau hingga ubi kentang empak dan hampir kering.

2. Untuk membuat doh,Masukan tepung dalam mangkuk,masukan telur dan uli hingga menjadi relai kemudia masukan minyak masak dan uli lagi hingga tepung tidak melekat pada dinding mangkuk, kemudian masukan air garam dan uli lagi. Buat bentuk bulat dan biar doh rehat selama 30 minit.

3. Canaikan doh, masukan inti, buat lipatan karipap, kemudian goreng hingga garing.


RESIPI; UDANG GORENG MENTEGA/BUTTER PRAWN

800g Udang Harimau segar

2 biji Telur di pukul

1 cawan Tepung gandum

1 cawan Mentega

1 cawan Susu sejat Penuh Krim

1 sudu makan Udang kering - di cincang

4 sudu makan Minyak Masak

1 sudu Makan Bawang Putih - di cincang

12 helai daun kari

6 biji Cili padi - di hiris

Gula & garam secukup rasa

Cara:

1. Gaul udang dengan telur , kemudian masukan tepung dan gaul hingga sebati.

2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. kemudian tos berasingan.

3. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih,udang kering, daun kari, cili padi hingga naik bau.Masukan mentega,susu dan kacau hingga susu menjadi bercerai.

4. Masukan udang yang telah di goreng berasingan dan kacau hingga rata.

5. Masukan garam dan gula secukup rasa.

No comments: