Tuesday, August 24, 2010

TEMPAHAN BISKUT RAYA KUIH RAYA


TIP: Untuk menghasilkan biskut raya yang berkualiti tinggi pasti resipinya tanpa mengunakan telur kerana telur akan menyebab bau tengit. Bahan-bahan yang di gunakan mesti berkualiti tinggi seperti menguna mentega, serbuk susu, serbuk almond, coklat emalco dan lain- lain lagi. Pastikan ketuhar mesti cukup panas kalau tidak biskut mudah rosak. untuk di simpan dalam bekas kaca pastikan biskut sejuk dahulu kemudian barulah di simpan dalam bekas kaca. Sekiranya biskut terlalu keras maka kurangkan bancuhan tepung. sekiranya coklat terlalu pahit kurang serbuk koko. mudah je kan yang penting pasti mula dengan bismillah dan dapur mesti bersih barulah kita masak dengan tenang insyallah biskut yang di adun akan menjadi. tapi kalau tak sempat nak buat ,anda boleh order saja dari puan ema : 019-3974978

Resipi : Coklat Cookies ( Chocolate chips cookies )
Penyediaan: 50 keping
suhu ketuhar: 140 C
masa: 20- 25 minit

Bahan:
250 g mentega ( Unsalted Butter)
4 sdm Gula kastor ( Sugar)
2 sdm Gula perang - ( Brown sugar )
2 sdm Serbuk almond ( Almond powder )
4 sdm Serbuk koko ( Cocoa powder)
1 sdm Tepung Jagung ( Corn flour )
4 sdm Coklat chip ( Chocolate chip )
2 cawan tepung gandum ( White flour )
2 sdm Badan di cincang ( Almond chopped)
Cara:
1. Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
2. Kemudian masukan bahan-bahan lain satu persatu - persatu.
3. Kacau hingga rata , kemudian dengan menguna sudu tekap di atas dulang pembakar mengikut citarasa bentuk yang anda ingin buat.
4. Masukan kedalam ketuhar dan bakar selama 20 - 25 minit.

Untuk pesanan : menu seperti berikut:
1. Royal chocolate cheese RM 26.00
2. London Almond RM 26.00
3. Pineapple tart RM 26.00
4. Butter cookies RM 26.00
5. Makmur Kurma RM 26.00
6. Mazola RM 26.00
7. Oat with Walnut RM 26.00
8. Choc pistachio RM 30.00
9. Cheese Pistachio RM 32.00
10. Choc Cornflake RM 26.00
11. Pistachio Mocha RM 30.00

Harga tidak termasuk kos penghantaran:

Lepas raya yang nak rasa masakan kambing panggang dari timur tengah boleh order dari chef.
Terima kasih semoga mendapat rahmat dan berkat .

CHEF JACKET,FULL UNIFORM, APRON FOR SALE






Bukan senang untuk bergelar seorang chef yang penting anda perlu mempunyai jiwa yang bersih lagi murni kerana setiap penyediaan memasak dengan di mula Bismillah kemudian memasak dengan hati bersih akan membuatkan anda jadi seorang chef yang cemerlang. kerana setiap masakan yang bersih bersama doa yang baik-baik akan di proses menjadi segumpal darah dan akan berkumpul di hati maka lahir insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Untuk bergelar chef anda perlu ada minat yang mendalam, mempunyai sikap yang sabar dan berfikiran terbuka. untuk bergelar anda perlu mencari pengalaman dari chef yang berpengalaman sekurang-kurang 10 tahun pengalaman. Diploma atau Ijazah bertentu anda akan bergelar chef yang penting niat yang iklas dan minat yang mendalam. Anda kena tempoh jawatan dalam dapur dari Aprantis, commis 3.commis 2,commis 1, demi chef,chef de partie,junior sous chef, sous chef, executive sous chef dan baru bergelar executive chef ( ketua tukang masak) Perjalanan ini mengambil masa sekurang-kuran 10 tahun lamanya kemudian barulah bergelar chef. Untuk manjadi gelaran tersebut tak semudah goreng pisang panas. Asal keluar di kaca TV dah bergelar chef tak semudah itu. Sekira anda dapat gelaran chef cepat mungkin anda akan jatuh cepat yang penting kena bersabar dan minat.

Nak tahu kisah selanjutnya macamana untuk bergelar chef dapatkan buku masakan yang ber tajuk ' DUNIA MASAKAN CHEF SABRI" dalam buku terdapat petua-petua untuk menjadi seorang chef yang cemerlang.

Tempahan Chef Uniform: yang berminat untuk pesanan sila hubungi pn Ema- 019-3974978
uniform yang berwarna mengambail 2 minggu untuk siap , manakala yang putih ambil masa 5 hari untuk penghantaran dan harga tidak termasuk kos bungkusan dan penghantaran.

senarai harga:
1. Jacket putih RM 80.000
2. Jacket berwarna RM 140.00
3. Apron jalur hitam putih RM 40.00
4. Apron Putih RM 30.00
5. Seluar jalur hitam RM 80.00
6. Topi kertas tahan lasak : RM 7.00

Monday, August 23, 2010

HOME DELIVERY MASAKAN TIMUR TENGAH



Salam ramadhan untuk anda sekeluarga, Chef doakan semoga di bulan yang mulia ini anda setiasa diberi keberkat, rahmat yang terbaik dari maha esa. Sekiranya tuan-tuan dan puan- puan ingin rasa masakan timur tengah dari negara-negara yang pernah chef lawati seperti Oman, Yeman, Mesir, Marocco, Syria, Turki, Jordan dan ingin menikmatinya bersama keluarga semada di bulan ramadhan atau selepas Adilfitri boleh membuat tempahan kepada Pn Ema -019-3974978. Harganya RM 90.00 skg tidak termasuk kos penghantaran sesuai untuk 5 hidangan se isi keluarga. ( tempah terhad di kawasan lembah kelang sahaja)

menu:
1. Nasi Mandy dengan Tulang Rusuk Kambing.
2. Kambing Panggang dengan Nasi Jordan.
3. Peha kambing Panggang dengan sos lada hitam ( minimun order 3.5kg)
4. Rusuk Kambing Panggang dengan kentang berempah
5. Kebab kambing dengan nasi Pilaf.

Petua:
Daging kambing sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dan susu kambing adalah antara susu yang terbaik selepas susu ibu. Rasullulah SAW memang sangat gemar memakan hidamgan berasaskan kambing kerana khasiat. Semasa chef berada di timur tengah chef menlihat kambing ialah binatang yang tahan lasak. keran mereka boleh di hidup di kawasan bukit berbatu, kawasan sejuk dan kawasan panas di gurun sehara, itu lah ke istewanya daging kambing.

Setiap masakan berasaskan kambing seperti panggang, bersos mesti dihidang dengan salad tomato yang di campur dengan timun dan bawang. Amalkan minum tea O panas semasa menjamah masakan daging kambing. Jangan sekali-sekali memakan masakan daging kambing dengan minum yang ber ais. seelok amalkan air suam.

Resipi: Kambing Panggang
Penyediaan: 4 orang
Masa: 20 minit
Bahan:
8keping Rusuk Kambing ( Lamb Chop atau rack of lamb)

BAHAN PERAPAN:
2 ulas Bawang putih - di cincang halus
1 ulas Bawang besar - di cincang halus
1 sdm Serbuk perencah sup Adabi ( SDM- sudu makan)
1 sdm Serbuk Kari Daging Adabi
1 sdk Serbuk Kunyit Adabi ( sdk - sudu kecil)
1 sdm Garam - secukup rasa
1 sdm Gula
5 sdm Minyak masak
1/2 biji Jus perhan limau nipis
Cara:
Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk kemudian kacau hingga sebati. kemudian masukan daging kambing dan gaul hingga rata. Perap selama 20 minit.
Panaskan kuali nipis atau panggang di atas B.B.Q griller hingga masak. dalam jangka masa antara 8 - 12 minit bergantung kepada saiz rusuk kambing yang hendak di panggang.

SALAD TOMATO CAMPURAN

Semasa chef mengembara ke Negara timur tengah seperti Jordan, Syria, Yeman, Mesir, Marocco, Turki chef dapati kebanyakan rakyat di sana lebih gemar memakan buah-buah dan salad terutamanya buah tomato dan lemon yang sering di gunakan sebagai bahan utama dalam masakan mereka. Kini baru chef sedar untuk sihat kita perlu mengamal makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan . Buah tomato bertindak untuk mencairkan lemak dan anti racun dalam diri manusia. sebab itulah kenapa orang arab suka makan kambing tapi tak risau tentang sakit darah tinggi. jadi chef reka satu resipi yang sesuai di hidang dengan masakan yang panggang seperti Kambing panggang .

Resipi: Salad Tomato campuran
Penyediaan: 4 orang
Bahan:
3 biji Buah tomato -dibuang biji dan di potong dadu kecil
2 biji Buah timun jepun - di buang biji dan di potong dadu
2 ulas Bawang besar - di potong dadu
1 biji Air perahan buah lemon
4 sdm Mayonnaise ( SDM - sudi makan )
1 sdm Gula
Garam secukup rasa

Cara:
Masukan semua bahan kedalam mangkuk salad kemudian gaul hingga rata.

RESIPI SIHAT- SUP BURUNG MERPATI

Chef berkongsi resipi yang mana resipi ini sesuai di masak untuk anak-anak , insyallah mereka akan cemerlang dan cergas. Semasa chef mengembara di timur tengah, burung merpati merupa resipi yang istemewa . di percayai resipi ini sangat baik untuk kecergas minda kanak-kanak dan orang dewasa.

resipi : Sup burung merpati berempah
penyediaan: 4 orang
Masa: 30 minit

Bahan:
4 ekor Burung merpati - di bersih dan di potong 4
4 lit Air
2 sudu Minyak masak ( Sudu Makan )
1 ulas Bawang putih - di hiris nipis
1/2 inci Halia - di mayang halus
1 ulas Bawang besar di potong dadu
1pkt serbuk perencah sup - Adabi
1 Sup bujut adabi
30g Lobak merah - di potong dadu
30 g celery - di buang kulit dan di potong dadu
20g Kismis
80g Ubi kentang
2 kuib serbuk perasa ayam
1 biji Air perahan limau nipis
Garam secukup rasa

Cara:
1. Bancuh serbuk perencah sup dengan sedikit air.
2, Panas periuk , kemudian masukan minyak , bawang putih, halia dan kacau hingga naik bau.
3. Mas.ukan bancuh perencah sup dan kacau hingga pecah minyak
4. Masukan air, burung merpati dan bahan-bahan yang lain.
5. Biar hingga mendidik selama 20 - 30 minit.
6. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan bawang goreng

Wednesday, August 18, 2010

CENDERMATA & GIFT - ADILFITRI 2010






sempena menyambut hari raya Adilfitri yang akan datang tak lama lagi, Chef sedia menerima tempahan cendermata untuk Adil fitri harga serendah RM 15.00 hingga RM 100. Senarai menu Pilihan cookies yang dijamin mengunakan bahan halal . Untuk tempahan sila hubungi Pn Ema -0193974978. Chef doakan agar semuanya setiasa diberkati Allah.

Tuesday, August 17, 2010

ADILFITRI HAMPER
















Chef menyediakan tempahan hamper untuk Adilfitri harga serendah RM 150.00 hingga RM 450.00.

untuk cenderahati ( Gift) harga serendah RM 15.00 hingga RM 100.00. untuk tempahan sila hubungi Pn Ema - 019-3974978

Sunday, August 15, 2010

KATA RENUNGAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan menjelma hanya setahun sekali, kebaikan bulan ramadhan adalah untuk membersih perut serta diri, selama 11 bulan kita menikmati makanan yang sedap-sedap yang mana kita tidak tahu makanan yang kita makan mengandungi bahan pegewet, toksin dan racun serangga. jadi dalam apa salahnya 1 bulan kita berpuasa dengan niat untuk membersih diri. Kereta kita service 3 atau 6 bulan sekali manakala diri kita 11 bulan mengunakannya cuma sebulan kita berpuasa. Tempat untuk kita service diri kita di Masjid dan Surau dimana disana kita memohon keampunan kepada yang maha esa atas kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini dan di situ juga kita memohon keberkatan kepada yang maha esa.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan awet muda dimana kita bangun seawal jam 4pagi untuk menunai sembahyang tahjud. Seawal pagi kita telah menikmati udara bersih kerana pada masa itu tidak banyak kenderaan bergerak dijalan raya. Bulan Ramadan juga adalah bulan untuk kita beribadat kepada allah masa yang sama bulan untuk kita bersenam ,dimana selepas sembahyang isyak kita lakukan sembahyang terawid antara 8 rakaat atau 20 rakaat. Cuba anda bayangkan berapa kali kita rukuk dan sujud kepada Allah, bukan itu adalah satu senaman untuk sihatkan badan. dengan membersihkan diri terutama pada muka semasa mengambil air sembahyang, bukan itu menyerikan wajah kita.

Ada setengah yang berpendapat bulan ramadhan ada bulan pesta makan dimana masa itu juga hotel dan restoran membuat tawaran buffet ramadhan yang harga nya dari RM 60- RM100.00 yang mempamer aneka jenis menu antara 50 jenis menu hingga 100 jenis menu. Adakah kita mampu menjamah semua aneka jenis menu tersebut? Chef rasa tidak...sebagai insan biasa kita mampu makan paling banyak hanya 800g seorang. Jadi bukan itu satu pembaziran dan pembaziran adalah amalan Syaitan.

Adalah lebih berkat kalau kita berbuka puasa dengan penyediaan masakan dari airtangan ibu dan isteri kita. Kerana mereka menyediakan masakan dengan hati yang iklas lagi suci. Setiap masakan yang bersih bermula dengan Bismillah yang setiasa memyembut nama Allah akan di proses dalam sistem penghadaman untuk jadikan darah yang bersih akan mengalir terus hati, maka darah yang bersih akan menglahirkan insan yang cemerlang.

Chef dan keluarga doakan semoga anda setiasa berkati Allah. Amin

Thursday, August 12, 2010

TEMPAHAN KAMBING PANGGANG DARI TIMUR TENGAH

Sepanjang pengalaman chef mengembara 20 negara seluruh pelusuk dunia, daging panggang yang paling sedap hingga menjilat jari adalah berasal daripada timur tengah antaranya seperti Yeman, Jordan, oman, syria. sekira anda ingin merasa masakan tersebut untuk di hidangan kepada keluarga, sahabat handal, bolehlah menbuat tempahan kepada pn Ema - 019-3974978. Penghantaran hanya untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Kelang, Ulu Kelang, rawang,Damansara,.

Bahan-bahan yang di guna mengunakan rempah ratus yang berasal dari timur tengah. menu nya;
1. Peha kambing Panggang bersama Nasi Mandy RM 98. perkg
2. Kambing Kashmir bersama Nasi Briani RM 9800 perkg
3. Ayam Tagine Morrocco RM 58.00 kg

TEMPAHAN COOKIES &HAMPER FOR ADILFITRI GIFT

Culinary consultancy sedia menyedia tempahan aneka jenis cookies untuk dijadi cedermata Adilfiitri dan hidangan ringan untuk hari raya. Bahan-bahan dalam resipi cookies ini di jamin halal dan rasanya sama seperti produk keluaran dapur-dapur pastry di hotel yang bertaraf lima bintang. tempahan adalah terhadap. untuk keterangan lanjut sila hubungi: Pn Ema- 6019-3974978.

menu list home made cookies:
1. Royal Chocolate RM 26.00 per box
2. Pineapple tart roll RM 25.00 per box
3. London Almond RM 26.00 per box
4. Royal butter cookies RM 26.00 per box
5. Biskut makmur RM 25.00 per box
6. Biskut Mazola RM 25.00 per box
7. Oat with Walnut RM 26.00 per box
8. Chocolate Pistachio RM 25.00 per box
9. Pistachio butter RM 26.00 per box
10. Cheese pistachio RM 30.00 per box
11. Assorted nuts RM 28.00 per box
12. Kuih Bahulu RM 18.00 per box
13. Chocolate cornflake RM 26.00 per box
14. Pistachio mocha RM 26.00 per box
15. Royal Almond crust RM 26.00 per box
16. Royal Capachino RM 28.00 per box
17. Blueberry butter RM 26.00 per box
18. Chocolate date RM 28.00 per box
19. Honey nuts RM 26.00 per box
20. Butter cocoa chip RM 26.00 per box