Friday, September 14, 2012

CULINARY TRAINING AT MSU SHAH ALAM

Baru-baru ini chef diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mengajar pelajar- pelajar jurusan culinary di MSU Shah Alam, Subject yang chef ajar adalah Art of Garde Manger dan menu masakan Perancis. selain daripada itu chef turut mengajar hiasan dan ukiran buah-buahan. resipi nya insyallah nanti chef masukkan dalam blog ini. buat masa ini chef akan sibuk untuk menlatih 2 pelajar yang akan wakil negara ke pertandingna Asean dan Dunia.








PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK DIDATARAN SHAH ALAM




Baru-baru ini saya dijemput untuk menjadi pengadil pertandingan bubur lambuk serta memberi petua- petua memasak bubuk lambuk amalan rasulullah. Bahan utama  menyedap rasa bubur lambuk adalah udang kering dan bahan-bahan rempah ratus dimasak dengan mengunakan beras yang telah dibersih dengan mengunakan kuantiti air yang banyak.

Wednesday, August 29, 2012

TEMPAHAN MENU ISTEMEWA UNTUK OPEN HOUSE

Setelah selesai berhari raya bersama kedua ibubapa di kampong, kini kita balik ke Ibukota untuk berhari raya bersama sahabat-sahabat ,rakan perniagaan dan teman sepejabat. Disini chef ingin berkongsi menu yang sesuai untuk anda anjurkan rumah terbuka atau mudah dipanggil open house. Sekira masa di tetap waktu tengah hari dari 12.00th - 5.00ptg, menu yang terbaik jangan mengunakan santan atau masakan yang mudah basi. Makanan terbaik di hidang seelok-eloknya tidak menlebihi 3 jam. Jadi chef cadangkan menu yg terbaik seperti:

1. Kuih dan Biskut Raya
2. Buah-buahan segar
3. Oren kordial dan mimuman panas Tea O
4. Hidangan utama Kambing Morocco dengan Roti Arab
5. Beehoo sup
6. Ayam goreng berempah
7. Tomato & Cucumber Salsa

atau
Hidangan utama
Nasi Mandy
Ayam Kashmiri
Salad Timun dan nenas
Spaghetti Olio-olio

Bagi mereka yang nak anjuran openhouse waktu malam ( Dinner ) cadangan ini adalah terbaik, kerana tetamu akan rasa lebih selesa dengan cuaca yang tidak terlalu Panas. Jadi Chef cadangkan menj yang sesuai adalah seperti berikut:

1. Kuih dan Biskut Raya
2.  hirisan buah-buah segar
3. Bread & Butter Pudding with Vanilla sauce
4. Ayam Panggang dengan sos lada hitam dan salad kentang Mayo
5. Aneka satay dan B.B,Q dengan salad campuran
6. Tea tarik

atau menu hidangan utama
1. Kambing Arabica dengan Nasi Mandy atau Nasi Lemon kulit kayu manis
2. Ayam Kuzi Kelantan dengan roti Arab.

TAPI BAGI MEREKA YANG TIADA KESEMPATAN UNTUK MASAK OLEH KERANA SIBUK DENGAN TUGAS DI PEJABAT. BOLEH ORDER SAJA DENGAN CHEF CUMA CALL: Puan Ema - 019-3974978. MINIMUN ORDER  UNTUK 50 ORANG DAN MAXIMUN ORDER UNTUK 200 ORANG. Sila beri notice tempah 5 hari sebelum majlis di anjur dengan bayaran 50% deposit tempahan.

HARGA SEPERTI BERIKUT;
1. Kambing Kashmir dengan Roti Arab atau Nasi Mandy : RM 18.00 seorang
2. Sekor Kambing + Nasi Mandy + Tomato Salsa+ Ayam goreng berempah : RM 1,250.00 ( 60 orang)
3. Ayam Kuzi kelantan + Roti Arab: sekor RM 80.00 ( sekor untuk 10 orang)
4. Ayam Kashmiri + Nasi Mandy + Tomato Salsa: RM 15.00 seorang






5. Kambing Morocco+ Ayam Kashmir+ Nasi Lemon+ Salad Kentang + Salad+ roti Arab: RM 25.00 seorang.


Thursday, August 9, 2012

TEMPAHAN KAMBING DARI KADANG





Kambing adalah salah makanan sunnah nabi, Khasiat susu kambing boleh mencegah berbagai penyakit antaranya seperti penyakit kulit dan daging kambing memang sedap dimasak dengan bahan berasaskan rempah ratus. Pada sesiapa yang berhajat untuk membuat tempahan boleh menghubungi 019-3974978, anggaran harga untuk seekor RM 600 - RM 700. boleh datang ke kadang untuk lihat lebih dekat, kadang terletak di Sungai Buluh.

RASA BORNEO






M
Masakan Malaysia cukup istemewa, baru-baru saya jelalah ke Borneo dalam program masakan TVi untuk bulan Ramadhan,Saya mengembara dengan mengunakan 4x4 Toyato Hulux, memang mencabar untuk mencari resipi-resipi rasa Borneo. Disini saya ingin berkongsi resipi yang ringkas. Ayam Goreng Nabalu.

Bahan:
600g      Isi Ayam di potong dadu
4 sdm     Minyak Masak
1 ulas      Bawang putih - dipotong mayang
1 ulas      Halia - dipotong mayang
1 ulas      Bawang besar - dipotong dadu
6 biji       Cili kering - dipotong kasar
1 sdm     Sos tiram
4 sdm     Kicap manis
2 sdm      Kicap Masin
               Garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan kuali, masukkan bawang putih, halia, isi ayam dan kacau hingga ayam separuh masak.
2. Masukan sos tiram, kicap dan kacau hiingga rata.
3. Masukkan bawang besar dan cili kering
4. Akhir sekali masukan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang hias dengan hirisan daun bawang.

CERAMAH MENU SIHAT & KERJAYA SEORANG CHEF







Chef pernah dijemput untuk berkongsi ilmu menu sihat amalan sunnah Rasulullah Saw di Kelantan dan berkongsi pengalaman dengan belia-belia muda ,bagaiman untuk menjadi chef yang cemerlang dunia dan akhirat. Tahu kah setiap masakan yang bersih memasak sambil berzikir serta memuji Allah. setiap masakan yang bersih lagi suci akan diprosess menjadi setitir darah yang suci maka darah itu akan berkumpul dihati. Maka makanan yg bersih akan menlahir insan yang cemerlang. Itulah istemewa bergelar Chef sekiranya anda memasak amalan Islam. Pada mana-mana yang menjempu saya untuk berkongsi Ilmu Dunia Masakan Chef Sabri, boleh menghubungi PN EMA- 019-3974978. CHEF AKAN DATANG KE TEMPAT ANDA

ICE CARVING UNTUK TEMPAHAN









Pada yang berminat untuk membuat tempahan ukiran ais untuk sebarang majlis istemewa boleh menghunbungi PA EMA -019 3974978. Kalau nak belajar cari 10 orang yuran RM 250. seorang untuk 1 modul.



Rasa Nusantara membawa saya menjelejah seluruh Malaysia bermula dari Selantan Johor terus jelajah ke Pantai Timur, barat hingga ke utara untuk mencari Resipi-resipi Nusantara yang cukup terkenal di Malaysia.
Antara resipi yang saya nak kongsi bersama.
Daging goreng Hitam Manis
Penyediaan: 4 orang
Masa: 30 minit
Bahan:
600g           Daging Batang Pinang di Hiris Nipis
3 sdm         Minyak Masak
1 sdm         Bawang merah di hiris
1/2 inci       Halia - dipotong Mayang
1 ulas         Bawang Putih - di hiris
1 sdm         Serbuk ketumbar
1/2 sdm       Serbuk jintan putih
1/2 sdm      Serbuk kari daging
2 cawan     air
5 sdm        Kicap Manis
1 sdm        Kicap pekat
1sd tea      Serbuk perasa ayam
 Cara:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah, halia dan kacau hingga naik bau.
2. Masukkan daging dan kacau hingga separuh masak.
3. Masuk serbuk kari rempah ratus kacau hingga rata.
4. Masukan air dan bahan-bahan lain, masak biar renih hingga daging empuk
5 siap dihidang, hias dengan bawang goreng.                

Wednesday, August 8, 2012

RESIP RAMADHAN 2012

Salam Ramadan semoga diberkati Allah. Dah lama chef tak update blog kerana jadual shooting, ceramah, consultant terlalu padat. Tapi buat sahabat-sahabat perlu saya kongsi bersama.

Resipi: Ayam goreng Lada hitam
Penyediaan: 4 Orang
Masa: 10 minit

Bahan:
600g   Isi Ayam - di potong di potong daduu
2 ulas  bawang putih - dicincang
1 ulas   Bawang besar- dipotong dadua
1/2 biji Lawang bengala ( capsicum ) dipotong dadu
4 inci    Celery - dibuang kulit - dipotong dadu
3 sudu makan- minyak masak
1 sudu makan- lada hitam - dikisar
1 sudu makan - sos tiram
3 sudu makan- kicap manis
1 sudu tea- kicap pekat
Garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak masak kedalam kuali, masukkan bawang putih, isi ayam dan kacau hingga separuh masak.
Masukkan lada hitam dan bahan-bahan yang lain. kacau selama 5 minit.
Siap untuk di hidang, hias dengan hirisan daun bawang.

Tuesday, July 17, 2012

RESIPI NUSANTARA

Setelah beberapa hari bermalam di Desaru , kawasan Pantai yang berdepan dengan laut Cina selatan, yang mana pada zaman lampau ia merupa jalan laut yang menbawa bahan-bahan seperti rempah ratus dari timur tengah, china membawa barang tembika masuk ke negara kita yang dahulunya di Panggil Tanah Melayu, dari sini tersebarnya resipi-resipi Nusantara dari setiap pelusuk dunia, Chef terus perjalanan mencari resipi nusantara ke Negeri yang bersejarah iaitu Melaka.

RESIPI: UDANG GORENG BEREMPAH NUSANTARA
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 10 NMINIT
BAHAN:l

400g           Udang Putih segar bersaiz besar
4 sdm          MInyak Masak
1 ulas          Bawang putih - dicincang
1 ulas          Bawang merah - dicincang
2 sdm          Mentega
1/2 sdm      Serbuk rempah kari Ikan
1/2 sdm      Serbuk Ketumbar
1/2 sdm      serbuk jintan manis
10 helai      Daun kari
1 sdk         Udang kering di cincang
1/2 cawan   Susu sejat penuh krim ( Susu cair)
1/2 biji        air perahan limau nipis
1 biji          Buah tomato - di buang biji dan dipotong dadu
                 Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali, masukan minyak masak, bawang putih, bawang merah, udang kering dan kacau hingga naik bau.
2. masukan udang dan kacau hingga separuh masak, kemudian masukkan serbuk rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan kacau hingga rata.
3. Masukkan mentega, susu dan kacau hingga sos menjadi pekat.
4. Akhir sekali masukan air limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah siap, hidang dengan nasi goreng nyonya.

SDM- SUDU MAKAN
SDK - SUDU TEA ATAU SUDU KECIL

RASA NUSANTARA

Alhamdulilah kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, Malaysia sememangnya cukup terkenal dengan syurga makanan. Dengan mempunyai penduduk berbilang bangsa dan keturunan ini menyebab terdapat aneka jenis menu yang mungkin menjadi salah satu resipi kegemaran kita. antaranya sepeti ikan bakar Portugis, Ayam Masaka baba nyonya, Rendang tok perak, Gulai Asam rom, Murtabak di raja, ayam percik, laksam, mee bandung,nasi beraini powder dan banyak lagi resipi yang akan chef kongsikan bersama anda, Baru-baru ini chef mengambil masa 1 bulan, menjelalah pelusuk tanah air Malaysia, untuk mencari resipi RASA NUSANTARA. Pada awal April pengembaraan chef bermula menuju ke Sungai Rengit di hujung selatan Johor. Dikatakan disini sememangnya terkenal dengan Belangkas masak pedas. Perjalanan daripada Ibukota Kuala Lumpur ke Selatan Johor baru iaitu Sungai Rengit mengambil Masa antara 2 - 3jam dengan kelajuan 140km. Disini juga cukup terkenal dengan masakan laut.