Sunday, October 30, 2011

TEMPAHAN KATERING MASAKAN DARI MASTER CHEF SABRI




assalamualaikum semoga para perminat yang mendengar siaran D"Dapur dari radio IKIM setiasa diberkati Allah serta setiasa dimurahkan rezeki. Bagi mereka yang ingin merasa masakan dari resipi tersendiri MASTER CHEF SABRI. Saya sedia menerima tempahan.

Harga menu untuk seorang di antara RM 18.00 - RM 55.00. (tidak termasuk penghantaran)
Minimum order antara 100 orang - 500 orang sahaja.

MENU : 1
DAGING KORMAH HITAM MANIS
AYAM GORENG JINTAN MANIS
KAMBING KASMIRI
TOMATO SALSA
NASI BEREMPAH

RM 18.00 SEORANG

MENU : 2
DAGING BRIANI
AYAM GORENG BEREMPAH
KAMBING MASAK MOROCCO
TOMATO MAYO
NASI MANDY

RM 18.00 SEORANG

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI : EMA 019-3974978

Sunday, October 23, 2011

"BENGKEL D DAPUR" ASAS KULINARI BAGI PERNIAGA MUSLIM




Seni kulinari adalah satu program yang mendedahkan dunia kepada seni masakan.Banyak institusi menawarkan kursus ini di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda bagi menlahirkan insan yang boleh bersaing dengan bangsa lain terutama di dalam penyediaan makanan di seluruh pelusuk dunia. Apa yang menyedihkan, ramai di antara pengusaha makanan Muslim, tidak mengikuti kursus kulinari dan tidak menitik beratkan seni kulinari ini di dalam masakan dan pengurusan mereka. Akhirnya, ramai pengusaha makanan Muslim yang ketinggalan dan keciciran berbanding pengusaha- pengusahja makanan yang lain.

Dengan kesedaran itulah Chef ini ingin membuka peluang kepada para peniaga Muslim ini untuk mendapatkan ilmu asas seni kulinari ini.

Chef juga bersedia mencurahkan ilmu dan pengalaman untuk anda yang berminat . Bersama kami dalam " Bengkel D Dapur; Asas Kulinari Bagi Peniaga Muslim" anjuran PPLI yang akan di adakan pada 14-15 Disembar 2011, bertempat di Hotel KL International, Kg ,Baru, Kuala Lumpur.

Untuk pendaftaran, hubungi unit program di talian 03-62046200/324/325 atau boleh dapatkan maklumat lanjut di WWW.ikim.gov.my

Thursday, October 20, 2011

KELAS MASAKAN HUJUNG MINGGU BERSAMA MASTER CHEF SABRI HASSAN

SEMPENA CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN INI CHEF AKAN ADAKAN KELAS MASAKAN HUJUNG MINGGU UNTUK ORANG DEWASA.

TARIKH: 17/12/2011
MASA: 10.00PG - 2.00 PETANG
TEMPAT : D GUA AL RAHMAN - TAMAN BOLTON, GOMBAK
YURAN : RM 250.00

MENU:

SALAD CAMPURAN
AYAM MASAK MADU
NASI MENTEGA
DAGING GORENG LADA HITAM
JUS BUAH-BUAHAN

UNTUK PENDAFTARAN: SILA HUBUNGI PN EMA: 019-3974978.

Tuesday, October 18, 2011

BENGKEL MASAKAN PELAJAR LEPAS SPM



Selepas tamat peperiksaan ada diantara pelajar bercita-cita ingin menjadi seperti saya yang telah menjelajah 25 negara seluruh dunia, menwakil negera ke pertandingan masak dunia, di lantik menjadi pakar negara ke pertandingan masak dunia oleh JPK, menjadi gelaran CHEF OF THE YEAR dan MOST OUTSTANDING CHEF AWARD dari persatuan Juru Masak Malaysia (CAM). Untuk menjadi seperti saya maktalamat yang penting adik-adik perlu minat dari hati yang tulis iklas, yang kedu perlu sedar darjat seseorang Chef disisi Allah amat tinggi, kerana setiap masakan yang dimasak dengan hati yang iklas bersama doa serta mengikut sunnah nabi. Masakan yang sudah dimasak itu akan di proses menjadi darah yang suci maka terus mengalir kehati maka anda telah menlahirkan insan yang cemerlang didunia dan akhirat.

Disebab itulah chef adakan bengkel masakan ini terbuka kepada para pelajar lepasan SPM Yang berumur 17 - 19 tahun sahaja.

yang berminat boleh menghubungi PN EMA - 019-3974978.

TARIKH:10HB DEC - 11 DEC 2011
MASA: 9.00PAGI - 3.00PTG
YURAN: RM700.00 Seorang ( TIDAK TERMASUK PENGINAPAN)
YURAN: RM800.00 seorang ( TERMASUK PENGINAPAN)
TERMASUK: MAKAN MINUM, APRON,PISAU,BUKU PANDUAN, SIJIL

PROGRAM:
9.00pg PENDAFTARAN PESERTA & SARAPAN PAGI.
9.30pg SENAMAN MINDA DI DALAM GUA
10.00pg KELAS:
KEBERSIHAN DIRI DALAM ISLAM
MENGENALI PERALATAN DAPUR YANG BERTARAF ANTARABANGSA
CIRI KESELAMATAN DAPUR

11.00pg MENU MASAKAN PEMBUKA SELERA& MAIN COURSE
BASIC MOYANNAISE
2 JENIS SOS ( THOUSAND ISLAND & COCKTAIL)
AYAM PANGGANG SUPREME
SOS CENDAWAN
SPINACH POTATO
SEASONAL TROPICAL FRUIT WITH ICE CREAM

1.00TGH MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZOHOR BERJEMAAH & TASKIRAH

2.00PTG MENU AFTERNOON COFFEE BREAK
OPEN FACED SANDWICHES & FINGER SANDWICHES
3.30PTG SESI MERASA- PRODUK YANG TELAH SIAP DIBUAT

4.00TG BERSIHKAN TEMPAT KERJA- TAMAT

4.30PTG SOLAT ASAR BERJEMAAH
5.00PTG - 7.00PTG - REHATKAN MINDA

7.25 MLM - SOLAT MAGRIB BERJEMAAH/TASKIRAH - PETUA MENJADI CHEF YANG BERJAYA
8.00MLM - MAKAN MALAM - MENU B.B.Q

8.45MLM - SOLAT ISYAK BERJEMAAH

9.00MLM - UKIRAN BUNGA DARI BUAH TOMATO & CILI

10.00MLM - SUPPER

10.30MLM - MASUK TIDUR

HARI KE- 2

6.00PG - SOLAT SUBUR BERJEMAAH
7.00PG - KULIAH SUBUH - MENU SIHAT LAGI BERKAT
8.00PAGI - SARAPAN PAGI
8.30PAGI - PERSIAPA AMAL SEBELUM MEMASAK ( BANQUET BUFFET)
- BUFFET LUNCH MENU
2 TYPES OF SALAD
SUP TULANG RAWAN
TOMATO SALSA
KAMBING KASMIRI
AYAM GORENG BEREMPAH
SPAGHETTI BOLOGNAISE
LEMON CINNAMON RICE
FRUIT KEBABS WITH CHOCOLATE SAUCE


12.30TGH - SET UP BUFFET -SEMUA PRODUK PERLU DIHIASAN MENARIK

1.00TGH - MAKAN TENGAHARI

1.30TGH - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

2.00PTG - KEMAS DAN BERSIHKAN DAPUR

3.00PTG - MINUM PETANG / PENYAMPAIAN SIJIL & AWARD PELAJAR CEMERLANG

3.3OPTG - BERSURAI & SELAMAT MAJU JAYA.

sebarang pertanyaan Sila hubungi Pn Ema - O193974978/0133435582





KELAS MASAKAN BERSAMA MASTER CHEF SABRI D GUA AL RAHMAN





Sempena kedatangan cuti sekolah pada hujung tahun ini dan untuk mengisi masa lapang anak-anak kita supaya mencari limu yang berfeadah didunia dan akhirat. Alhamdulilah dengan berkat berdoa chef kepada Allah, Chef berjaya bertemu seorang yang mempunyai tempat yang sesuai dijadi Pusat latihan rohani dan jasmani anak-anak kita terutamanya yang akan menempuh alam remaja. Chef akan bergabung dengan Pusat rekeasi DGUA AL RAHMAN untuk mengadakan bengkel masakan termasuk pendidik smart solat,hidup berdikari, penyediaan menu sihat ringkas lagi halal, adat makan dan minum dalam islam serta aktiviti penorama dalam gua. Mengapa chef pilihan gua sebagai tempat latihan memasak. kita sudah ketahui rasullulah mendapat ilmu untuk menlahir insan islam yang cemerlang pun di dalam gua. Dengan itu chef program ini amat sesuai untuk anak yang berumur dari 8tahun - 15 tahun.

PROGRAM BELAJAR MEMASAK SEHARI TERMASUK SMART SOLAT:
9.00pg -PAGI PENDAFTARAN PESERTA TERMASUK SERAPAN PAGI.
9.30pg -SENAMAN MINDA DI DALAM GUA..
10.00pg - KEBERSIHAN MAKANAN UNTUK HATI & MINDA.
10.30pg - CIRI-CIRI KESELAMATAN DIDAPUR SEMASA BERADA DIRUMAH.
11.00pg - MARI MEMASAK UNTUK IBU & AYAH
MENU
CARA MENBUAT MAYONNAISE
SOS THOUSAND ISLAND DRESSING
SALAD CAMPURAN - BAIK UNTUK MINDA
SANDWICH TUNA
SWISS MUESLI
12.30tgh- MAKAN TENGAHARI
1.20tgh - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
2.00ptg - PROGRAM SMART SOLAT YANG AKAN DI BIMBING OLEH USTAZ YANG BERTAULIAH
3.30ptg - REHATKAN MINDA & MINUM PETANG.
3.45ptg - MENGEMBARA DI DALAM GUA SAMBIL MEMBERI KETERANGAN KISAH NABI SAW .
4.30ptg - SOLAT ASAR BERJEMAAH
5.00ptg - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN UNTUK SEMUA PESERTA

UNTUK PENDAFTARAN- SILA HUBUNGI PUAN EMA: 019-3974978
YURAN: RM200.00 SEORANG
TARIKH : 1 DEC 2011
MASA: 9.00PAGI - 5.00PTG
UNTUK PESERTA DILUAR KAWASAN GOMBAK - ASRAMA DI SEDIAKAN CUMA PERLU TAMBAHAN RM 35.00 SAHAJA.

Thursday, October 13, 2011

RESIPI KENDURI KENDARA - RADIO IKIM

assalamualaikum, saya Master Chef Sabri Hassan setiasa mendoakan semoga pendengar setia radio Ikim Setiasa diberkati Allah, diberi kesihatn yang baik, diberi rezeki yang menlimpah dan menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat. Tak lagi lama cuti sekolah hujung tahun akan bermula, ada yang akan memberi menantu dan ada yang menerima cahaya mata yang baru yang mana itulah harga dunia yang paling mustahak iaitu anak. Jadi hari ini ingin saya kongsi resipi kenduri yang mana mungkin anda dapat masak sendiri untuk saudara se Islam.


1. AYAM GORENG BEREMPAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA 3 JAM

BAHAN:
15 ekor Ayam - di potong 16 ketul
10 biji Telur Ayam
4 cawan air
1 kg Tepung Gandum
500g Tepung beras
6 sdm Tepung Jagung
500g Serbuk rempah kari daging
4 sdm Serbuk Jintan Manis
2 sdm Serbuk jintan putih
2 sdm serbuk ketumbar
1 sdm Serbuk perasa - secukup rasa
4 sdm Garam secukup rasa
5 lit Minyak masak

Cara:
1. Basuh ayam hingga bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali minyak masak.
3. Kacau hingga hingga rata , kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.
4. Bair ia perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak masak kedalam kuali dan goreng ayam hingga garing.

2. DAGING MASAK KORMAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA: 2 JAM

18 kg Daging Lembu 1kg di potong 10
1 LIT Minyak Masak
1 cawan Bawang merah - di cincang
1/2 cawan Halia - di potong mayang
1/2 cawan Bawang putih
3 helai Daun Pandan
200g Daun ketumbar
100g Daun pudina
15 biji Cili hijau
3 kg Serbuk rempah kurma
1kg Serbuk rempak kari daging
250g Serbuk jintan manis
250g Serbuk ketumbar
1 lit Kicap Manis
100g Gula melaka
15 biji Air limau nipis
4 lit Air
5 tin Susu cair
20g Kulit Kayu Manis
10g Buah pelaga
20g Bunga Lawang
5 g Bunga cengkih
10 kg Ubi kentang - di potong wedges
3 kg Tomato - di potong wedges
1 cawan Garam kasar secukup rasa
4 sdm Serbuk perasa
1 cwn Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan periuk masukan minyak, bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis dan kacau hingga naik bau.'
2. Masukkan daun pandan, daun pudina, cili hijua, daun ketumbar kacau lagi selama 5 minit kemudian masukkan daging dan selama 20 minit dan tutup tudung periuk.
3. Biar daging hingga hampir empuk, kemudian masukkan serbuk rempah ratus dan kacau hingga rata selama 10 minit, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Masukan ubi kentang, kacau dan biar ia renih selama 2 jam hingga daging empuk.
5. Masukan kicap, air limau nipis, susu cair dan kacau hingga rata.
6. Akhir sekali masukan bahan perasa, bawang goreng dan tomato di potong wedges.


TIP: KEDUA-DUA RESIPI INI AMAT SESUAI DI HIDANG DENGAN NASI MANDY ATAU NASI MENTEGA.

SELAMAT MENCUBA.

Thursday, October 6, 2011

PERLUKAN KIDMAT PAKAR CONSULTANT- UNTUK MEMBUKA RESTORAN BERTARAF 5 BINTANG



Alhamdulilah chef mempunyai pengalaman dalam dunia masakan hampir 28 tahun, dah buka lebih 6 hotel di serata tanah air ( pre opening team) antaranya seperti Hotel Equatorial Pulau Pinang, Crown Princess Kuala Lumpur,Novotel Sungai Petani,Crown Plaze Johor Bahru, The Summit Subang, Hilton Serembanm,Hilton Kuala lumpur,Hilton PJ,The Regent Kuala Lumpur, Impian Klcc, Swiss Garden Lumut, Novotel Kuala Lumpur. Dalam setiap hotel semestinya terdapat Restoran yang berkonsep citarasa masa kini.

Chef amat bangga sekira anda dapat buka satu restoran yang bertaraf antarabangsa kerana di Malaysia, kebanyak penduduk kota seperti di Kuala Lumpur, mereka lebih utama lifestyle yang mana selesa dan ada gaya yang tersendiri. chef buatkajian kuasa membeli semuanya dari kalangan orang melayu. Jadi Tak salah sekiranya anda buka 1 satu restoran yang pasti bersih dan halal.

Kenapa chef minta anda membuka restoran, sebab masakan yang anda masak sudah pasti dengan doanya, masak dengan hati yang benar-benar jujur,dapur dan peribadi perkerja yang bersih, menu dengan mengunakan bahan-bahan yang terjamin 100% halal,serta mengunakan bahan-bahan yang berkhasiat.

Ganjaranya setiap masakan yang bersih akan diproses menjadi darah yang suci, maka anda pembekal makanan telah menlahir insan yang cemerlang. Apabila pelangan makan masakan itu mam mereka sihat, riang, gembara lalu mereka boleh beribadah, pergi buat haji, bersedekat maka anda pula dapat sharenya iaitu rezeki anda murah .

Sekiranya anda bercadang untuk membuka Restoran yang berkonsep lifestyle masa kini masa boleh menghubungi chef sendiri, insyallah chef akan membantu.


Pesan: REZEKI YANG TERBAIK ADALAH DARI SUMBER YANG HALAL DAN BERNIAGA ADALAH YANG TERBAIK TERUTAMANYA BERNIAGA MAKANAN.


SEMOGA ANDA DIBERKATI ALLAH DAN BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT.

PASTA


Minggu lepas chef dah cerita sedikit sebanyak cara membuat Pizza di Radio IKIM setiap hari Jumaat jam 10.15pagi. Hari ini apakata kita belajar buat Pasta.Pasta adalah menu kegemaran masakan orang Itali, Setelah anda tahu cara nak buat pasta,resipinya boleh di perbagai lagi seperti Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognaise, Lasagna, dan macam-macam lagi.Bentuk Pasta ada macam-macam rupa contoh spaghetti berbentuk seperti lidi, Penne seperti straw,Lasagna berbentuk segi empat nipis, Macoroni dan macam-macam lagi. Kalau anda bentuknya pergi ke pasaraya yang berdekatan dan pegilah lihat rupa bentuk aneka pasta.

Resipi:PASTA
Penyediaan: 6-8
4biji Telur- Pasti telur dibasuh
280g/2cwn Tepung Gandum
Sedikit Garam
Cara:
1. Masukkan tepung di dalam mangkuk besar, kemudian pecahkan telur ayam , garam.
2. Kemudian uli hingga menjadi doh.uli selama 10 minit.
3. Apabila semasa menguli tepung tidak menlekat pada permukaan mangkuk bermakna doh tadi sudah sesuai dibuat pasta.
4. buatkan bentuk bulat sebesar bola tennis, kemudian nipiskan seperti besar pinggan.
tabur sedikit tepung jika doh mengecut.
5. Dengan mengunakan mesin pasta, nipiskan doh , kemudian potong mengikut bentuk seperti spaghetti .

6. Panaskan air didalam peruik hingga mendidih, masukan sedikit minyak jagung dan sedikit garam.
7. Kemudian rebus pasta yang telah siap tadi, selama 3-5 minit,setelah pasta benar-benar masak, tapis dan rendam di dalam air sejuk ( to stop the cooking proses)
8. Setelah itu tapis hingga kering dan gaul dengan minyak jagung.]

basis Pasta spaghetti dah pun siap- sekarang apakata kita buat spaghetti Seafood dan sos herba tomato bahan utama sos pasta.

RESIPI: BASIC SOS HERBA TOMATO
500g Buah Tomato - di cincang kasar
2 sdk Pes Tomato
3 sdm Minyak Zaitun
2 ulas Bawang putih - di cincang kasar
1/2 sdk Italian mixed herbs
2 helai Daun Bay leaf
2 sdk Garam secukup rasa
Sedikit Lada hitam - dikisar
sedikit gula
Cara:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun, bawang putih, herba, lada hitam dan daun bay leaf, kemudian kacau hingga naik bau.
2. Masukkan pes tomato, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan tomato yang telah dicincang.
3. kacau hingga mendidih, dan biar renih selama 3-5 minit.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dari dapur, biar sejuk , kemudian masukkan kedalam mesin pengisar ( Blender) dan kisar.

DAH JADI SOS TOMATO PASTA KAN MUDAH AJE----DARI SOS INI ANDA BOLEH BUAT SPAGHETI BOLOGNAISE DAN MACAM-MACAM LAGI TERPULANG PADA KREATIFNYA.

RESIPI: SPAGHETTI WITH SEAFOOD
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 5 MINIT
800g Spaghetti
5 sdm Minyak Zaitun
2-3 ulas Bawang putih - di cincang halus
1 ulas Bawang merah - di cincang halus
50g Isi udang - di hiris
50g Sotong segar - dipotong bulat
80g Lala segar
6 biji Cili Padi
1 sdk Lada hitam - di kisar
2 sdm Daun parsley di cincang
1 cwn Sos Tomato pasta ( seperti diatas)
2 sdm Sos cili
4 sdm Parmesan cheese
Garam secukup rasa dan sedikit gula.
Cara:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun,bawang putih,bawang merah dan kacau hingga naik bau.
2. Masukan seafood, kacau hingga separuh masak dan kemudian masukkan sos tomato, sos cili, lada hitam dan kacau hingga mendidih.
3. Masukkan spaghetti dan kacau hingga rata selama 3 minit.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk di hidang tabur dengan Parmesan cheese dan daun parsley yang di cincang.

TIP: SOS TOMATO PASTA - DIBIAR SEJUK DI SIMPAN DALAM TUPPERWARE TUTUP RAPAT-RAPAT DAN BOLEH DISIMPAN DINGIN BEKU DALAM PETI SEJUK SELAMA 6 BULAN LAMANYA. SEKIRANYA ANDA NAK GUNA KELUARKAN DARI PETI SEJUK BIAR SOS BENAR-BENAR CAIR DENGAN SUHU RUMAH. KEMUDIAN BARULAH MASUKKAN KEDALAM PERIUK DAN PANASKAN HINGGA MENDIDIH MAKA BOLEHLAH DIMASK DENGAN PASTA.