Monday, March 7, 2011
PERTANDINGAN MY SKILL 2011 - DI UPM SERDANG
Pertandingan MYSKILL sememang di adakan setiap tahun oleh Pihak JPK ia terbahagi kepada berbagai-bagai bidang antaranya bidang Seni kulinari. Dalam bidang seni kulinari ia telah di adakan pada 6mac-7mac. Pertandingan memasak ini diadakan khas untuk semua tenaga pengajar ( lecture) dari kolej seni masakan, Politeknik, uitem, Sunway university dan lain-lain lagi. Pada peringakat awal 52 kesemua tenaga pengajar akan diberi ujian bertulis yang mana mereka perlu menjawab 60 soalan objektif. Seramai 52 orang hanya 21 orang sahaja yang terpilih untuk ke pertandingan pra-kelayakan. kemudian dari 21 yang menyertai pertandingan pra- kelayakan cuma 5 yang terbaik akan terpilih kepertandingan akhir yang akan diadakan pada pertengahan tahun ini.
semasa dalam pertandingan pra-kelayakan setiap tenaga pengajar diberi masa 3 jam untuk menyediakan 2 jenis masakan pembuka selera dan menu utama ( main course ). Dari keteria permarkahan pula:
40/100: Rasa- setiap masakan mesti beraroma dan sedap
20/100: Persembahan menu yang kreatif
20/100: ciri-ciri keselamatan dapur, kebersihan tempat kerja
20/100: Aturcara perancanga yang betul semasa memasak di dapur.
Dalam pertandingan tersebut ada beberapa komen yang perlu chef kongsi bersama :
1. Ada setengah mereka mengunakan pisau yang salah. contoh untuk debone rack of lamb pisau yang sepatut di gunakan adalah Boning knife tetapi ada tenaga pengajar menguna Paring knife iaitu pisau kecil.
2. Daging yang digunakan sebagai bahan utam masakan tidak boleh di rendam dalam air yang bertakung kerana akan larut zat-zat dan rasa asli pada daging itu. Tapi yang peliknya ada juga tenaga pengajar yang buat kesilapan.
3. 20% masakan yang telah siap dihidang utk juri semua separuh masak.
4. Perancangan di tempat kerja agak kelam -kambut.
5. Kebanyakan warna pada masakan tidak menarik dan ada pula yang mengunakan bahan yang sama untuk hidangan yang kedua.
PETUA UNTUK BERJAYA DALAM APA JUA PERTANDINGAN MEMASAK:
1. hendaklah membuat perancangan yg betul dari menlukis,mengkaji bahan atau ramuan yg sesuai supaya dapat menyedia menu yang sangat menarik antara nampak segar dan sedap.
2. Setiap yang ingin bertanding perlu membuat masa yang cukup untuk berlatih, cooking is not a magic but is skill. jadi mereka perlukan banyak berlatih dan dapat kidmat nasihat dari pakar masakan antara chef-chef yang pengalaman yang pernah mewakili negara ke pertandingan masak dunia.
3. memasak dengan menu yang ringkas tapi mengunakan teknik yang betul contoh selepas blanching bahan yg telah diblanch mesti di rendam di ais supaya to stop the cooking proses dan bahan tersebut akan lebih segar.
4. Biasakan mengunakan pingan putih dan jangan guna pingan yang berwarna warni.
5. Berkerja seperti seorang chef profesional contoh temepat kerja setiasa bersih.
6. Tiada pembazir- sekira memasak dengan kuantiti yang banyak ini menyebab pembazir dan anda mengunakan masa yang panjang.
7. Pasti memasakan dengan iklas, yakin diri dan menyebut nama Allah semasa mula memasak kerana setiap masakan yang bersih akan diproses menjadi darah, maka darah yang bersih akan mengalir kehati maka makanan yang sedap dan bersih akan menlahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
inilah sedikit sebanyak yang dapat chef kongsi bersama. Nasihat chef mana-mana kolej atau orang persendirian ingin menyertai apa jua pertandingan memasak ,kalau boleh minta kidmat nasihat dari chef yang berpengalaman. insyallah anda akan berjaya. ingat pesat chef"LEARN FROM MISTAKE BUT NEVER DO A MISTAKE FOR SECOND TIME. semoga berjaya didunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment