Monday, August 23, 2010
HOME DELIVERY MASAKAN TIMUR TENGAH
Salam ramadhan untuk anda sekeluarga, Chef doakan semoga di bulan yang mulia ini anda setiasa diberi keberkat, rahmat yang terbaik dari maha esa. Sekiranya tuan-tuan dan puan- puan ingin rasa masakan timur tengah dari negara-negara yang pernah chef lawati seperti Oman, Yeman, Mesir, Marocco, Syria, Turki, Jordan dan ingin menikmatinya bersama keluarga semada di bulan ramadhan atau selepas Adilfitri boleh membuat tempahan kepada Pn Ema -019-3974978. Harganya RM 90.00 skg tidak termasuk kos penghantaran sesuai untuk 5 hidangan se isi keluarga. ( tempah terhad di kawasan lembah kelang sahaja)
menu:
1. Nasi Mandy dengan Tulang Rusuk Kambing.
2. Kambing Panggang dengan Nasi Jordan.
3. Peha kambing Panggang dengan sos lada hitam ( minimun order 3.5kg)
4. Rusuk Kambing Panggang dengan kentang berempah
5. Kebab kambing dengan nasi Pilaf.
Petua:
Daging kambing sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dan susu kambing adalah antara susu yang terbaik selepas susu ibu. Rasullulah SAW memang sangat gemar memakan hidamgan berasaskan kambing kerana khasiat. Semasa chef berada di timur tengah chef menlihat kambing ialah binatang yang tahan lasak. keran mereka boleh di hidup di kawasan bukit berbatu, kawasan sejuk dan kawasan panas di gurun sehara, itu lah ke istewanya daging kambing.
Setiap masakan berasaskan kambing seperti panggang, bersos mesti dihidang dengan salad tomato yang di campur dengan timun dan bawang. Amalkan minum tea O panas semasa menjamah masakan daging kambing. Jangan sekali-sekali memakan masakan daging kambing dengan minum yang ber ais. seelok amalkan air suam.
Resipi: Kambing Panggang
Penyediaan: 4 orang
Masa: 20 minit
Bahan:
8keping Rusuk Kambing ( Lamb Chop atau rack of lamb)
BAHAN PERAPAN:
2 ulas Bawang putih - di cincang halus
1 ulas Bawang besar - di cincang halus
1 sdm Serbuk perencah sup Adabi ( SDM- sudu makan)
1 sdm Serbuk Kari Daging Adabi
1 sdk Serbuk Kunyit Adabi ( sdk - sudu kecil)
1 sdm Garam - secukup rasa
1 sdm Gula
5 sdm Minyak masak
1/2 biji Jus perhan limau nipis
Cara:
Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk kemudian kacau hingga sebati. kemudian masukan daging kambing dan gaul hingga rata. Perap selama 20 minit.
Panaskan kuali nipis atau panggang di atas B.B.Q griller hingga masak. dalam jangka masa antara 8 - 12 minit bergantung kepada saiz rusuk kambing yang hendak di panggang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment