Sunday, August 15, 2010

KATA RENUNGAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan menjelma hanya setahun sekali, kebaikan bulan ramadhan adalah untuk membersih perut serta diri, selama 11 bulan kita menikmati makanan yang sedap-sedap yang mana kita tidak tahu makanan yang kita makan mengandungi bahan pegewet, toksin dan racun serangga. jadi dalam apa salahnya 1 bulan kita berpuasa dengan niat untuk membersih diri. Kereta kita service 3 atau 6 bulan sekali manakala diri kita 11 bulan mengunakannya cuma sebulan kita berpuasa. Tempat untuk kita service diri kita di Masjid dan Surau dimana disana kita memohon keampunan kepada yang maha esa atas kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini dan di situ juga kita memohon keberkatan kepada yang maha esa.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan awet muda dimana kita bangun seawal jam 4pagi untuk menunai sembahyang tahjud. Seawal pagi kita telah menikmati udara bersih kerana pada masa itu tidak banyak kenderaan bergerak dijalan raya. Bulan Ramadan juga adalah bulan untuk kita beribadat kepada allah masa yang sama bulan untuk kita bersenam ,dimana selepas sembahyang isyak kita lakukan sembahyang terawid antara 8 rakaat atau 20 rakaat. Cuba anda bayangkan berapa kali kita rukuk dan sujud kepada Allah, bukan itu adalah satu senaman untuk sihatkan badan. dengan membersihkan diri terutama pada muka semasa mengambil air sembahyang, bukan itu menyerikan wajah kita.

Ada setengah yang berpendapat bulan ramadhan ada bulan pesta makan dimana masa itu juga hotel dan restoran membuat tawaran buffet ramadhan yang harga nya dari RM 60- RM100.00 yang mempamer aneka jenis menu antara 50 jenis menu hingga 100 jenis menu. Adakah kita mampu menjamah semua aneka jenis menu tersebut? Chef rasa tidak...sebagai insan biasa kita mampu makan paling banyak hanya 800g seorang. Jadi bukan itu satu pembaziran dan pembaziran adalah amalan Syaitan.

Adalah lebih berkat kalau kita berbuka puasa dengan penyediaan masakan dari airtangan ibu dan isteri kita. Kerana mereka menyediakan masakan dengan hati yang iklas lagi suci. Setiap masakan yang bersih bermula dengan Bismillah yang setiasa memyembut nama Allah akan di proses dalam sistem penghadaman untuk jadikan darah yang bersih akan mengalir terus hati, maka darah yang bersih akan menglahirkan insan yang cemerlang.

Chef dan keluarga doakan semoga anda setiasa berkati Allah. Amin

No comments: