Monday, August 23, 2010

SALAD TOMATO CAMPURAN

Semasa chef mengembara ke Negara timur tengah seperti Jordan, Syria, Yeman, Mesir, Marocco, Turki chef dapati kebanyakan rakyat di sana lebih gemar memakan buah-buah dan salad terutamanya buah tomato dan lemon yang sering di gunakan sebagai bahan utama dalam masakan mereka. Kini baru chef sedar untuk sihat kita perlu mengamal makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan . Buah tomato bertindak untuk mencairkan lemak dan anti racun dalam diri manusia. sebab itulah kenapa orang arab suka makan kambing tapi tak risau tentang sakit darah tinggi. jadi chef reka satu resipi yang sesuai di hidang dengan masakan yang panggang seperti Kambing panggang .

Resipi: Salad Tomato campuran
Penyediaan: 4 orang
Bahan:
3 biji Buah tomato -dibuang biji dan di potong dadu kecil
2 biji Buah timun jepun - di buang biji dan di potong dadu
2 ulas Bawang besar - di potong dadu
1 biji Air perahan buah lemon
4 sdm Mayonnaise ( SDM - sudi makan )
1 sdm Gula
Garam secukup rasa

Cara:
Masukan semua bahan kedalam mangkuk salad kemudian gaul hingga rata.

No comments: