assalamualaikum, saya Master Chef Sabri Hassan setiasa mendoakan semoga pendengar setia radio Ikim Setiasa diberkati Allah, diberi kesihatn yang baik, diberi rezeki yang menlimpah dan menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat. Tak lagi lama cuti sekolah hujung tahun akan bermula, ada yang akan memberi menantu dan ada yang menerima cahaya mata yang baru yang mana itulah harga dunia yang paling mustahak iaitu anak. Jadi hari ini ingin saya kongsi resipi kenduri yang mana mungkin anda dapat masak sendiri untuk saudara se Islam.
1. AYAM GORENG BEREMPAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA 3 JAM
BAHAN:
15 ekor        Ayam - di potong 16 ketul
10 biji        Telur Ayam
4 cawan        air
1 kg           Tepung Gandum
500g           Tepung beras
6 sdm          Tepung Jagung
500g           Serbuk rempah kari daging
4 sdm          Serbuk Jintan Manis
2 sdm          Serbuk jintan putih
2 sdm          serbuk ketumbar
1 sdm          Serbuk perasa - secukup rasa
4 sdm          Garam secukup rasa
5 lit          Minyak masak
Cara:
1. Basuh ayam hingga bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali minyak masak.
3. Kacau hingga hingga rata , kemudian  masukkan ayam dan kacau hingga rata.
4. Bair ia perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak masak kedalam kuali dan goreng ayam hingga garing.
2. DAGING MASAK KORMAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA: 2 JAM
18 kg         Daging Lembu 1kg di potong 10
1 LIT         Minyak Masak
1 cawan       Bawang merah - di cincang
1/2 cawan     Halia - di potong mayang
1/2 cawan     Bawang putih
3 helai       Daun Pandan
200g          Daun ketumbar
100g          Daun pudina
15 biji       Cili hijau
3 kg          Serbuk rempah kurma
1kg           Serbuk rempak kari daging
250g          Serbuk jintan manis
250g          Serbuk ketumbar
1 lit         Kicap Manis
100g          Gula melaka
15 biji       Air limau nipis
4 lit         Air
5 tin         Susu cair
20g           Kulit Kayu Manis
10g           Buah pelaga
20g           Bunga Lawang
5 g           Bunga cengkih
10 kg         Ubi kentang - di potong wedges
3 kg          Tomato - di potong wedges
1 cawan       Garam kasar secukup rasa
4 sdm         Serbuk perasa
1 cwn         Bawang goreng
Cara:
1. Panaskan periuk masukan minyak, bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis dan kacau hingga naik  bau.'
2. Masukkan daun pandan, daun pudina, cili hijua, daun ketumbar kacau lagi selama 5 minit kemudian masukkan daging dan selama 20 minit dan tutup tudung periuk.
3. Biar daging hingga hampir empuk, kemudian masukkan serbuk rempah ratus dan kacau hingga rata selama 10 minit, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Masukan ubi kentang, kacau dan biar ia renih selama 2 jam hingga daging empuk.
5. Masukan kicap, air limau nipis, susu cair dan kacau hingga rata.
6. Akhir sekali masukan bahan perasa, bawang goreng dan tomato di potong wedges.
TIP: KEDUA-DUA RESIPI INI AMAT SESUAI DI HIDANG DENGAN NASI MANDY ATAU NASI MENTEGA.
SELAMAT MENCUBA.
Thursday, October 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam chef, boleh minta resipi apam balik ? tq
Terima kasih Chef. Saya lambat ikuti ikim tadi. Alhamdulillah Chef turunkan ilmu disini.
Semoga ilmu Chef diberkati Allah....
~Peminat tegar Chef .. :-)
Salam chef resipi kurma daging kalau kambing berapa ekor? Tq
Assalamualaikum dan Syabas chef Sabri! Tuan Chef yg sebenarnya telah meletakkan ‘kerohanian’ sebagai salah satu deria resepi-terasas yg tidak pernah terdapat dimana2 sekali pun.. dan saya doakan agar tuan chef akan sentiasa di berkati dan di rahmati Allah hendaknya. Amin. Keep up the good work sir.
salam chef, sy nk tau..cm ne klu nk nk msk nasi mandy tuk 100 org yer ?.. n st agi..sdm tuh ape yer?
khairul:
0143648026
Salam Chef! Rase macm tak percaya plak resepi daging korma tu guna 3 kg rempah plus 1 kg rempah lain. Ada typo error tak chef???
Salam.. Maaf Nk tnya chef ckit, brpa kg bwg bsr, putih n halia utk buat gulai dgg 40kg
Post a Comment