Sunday, August 14, 2011

RESEPI NASI MANDY




Nasi mandy adalah makanan utama semasa chef di Yeman, chef belajar membuat nasi mandy semasa pengambaran spice season 1 . Negara yang chef lawati seperti Turkey, Morocco, Mesir,Syria. Nasi Mandy adalah yang terbaik, cara penyediaannya yang agar ringkas berbanding penyediaan memasak nasi Braini Dampur yang berasal dari Laknow di India. Biasanya Nasi Mandy di hidang dengan Ayam Panggang berempah dan salad tomato dengan timun. Cara penyediaan bahan masakan sama seperti Nasi Minyak minyak tapi perbezaanya nasi ianya mengunkan teknik menumis dan Nasi Mandy pula bahan-bahan rempah ratus di gaul dengan beras basmahti kemudian barulah di masukan air rebusan daging atau air panas biasa.

Baiklah pada sesiapa yang berhajat untuk membuat restoran berkonsepkan masakan timur tengah boleh menghubungi Chef dengan Talian - 013-3435582.

disini chef ingin berkongsi resepi nasi dengan anda:

RESEPI : NASI MANDY
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.

Pada sesiapa ingin belajar lebih dekat boleh masuka kelas bengkel masakan bersama Master Chef Sabri....TUNGGU SELEPAS RAYA INI AKAN CHEF UMUMKAN DI RADIO IKIM SETIAP HARI JUMAAT JAM 10.15 PAGI.

SEMOGA DOA SAYA, ANDA SETIASA MENDAPAT KEBERKATAN DARI MAHA ESA, TIP KEJAYAAN, ADA RESEPI JANGAN KEDEKUT.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, August 7, 2011

TEMPAHAN KAMBING UNTUK MAJLIS AQIQAH



Assalamuaikum, doa chef semoga anda setiasa diberkati Allah , panjang umur dan murah rezeki. Ini ada berita baik,Pada sesiapa yang berhajat untuk mangadakan majlis AQIQAH bagi anak lelaki. Chef bersama tuan Hj Rahim ada menjual kambing yang dipelihara dengan teknik moden dan bersih.Kambing kacukan tempatan.

Harga Kambing yang di jual mengikut saiz:

a. Saiz Kecil beratnya antara 22kg - 25kg RM 600- 650 .tidak termasuk upah sembelih
b. Saiz Besar beratnya antara 25kg keatas RM 700- 750. tidak termasuk upah sembelih

Harga untuk upah sembelih dan lapah yang perlu dibayar RM 50.00 sahaja.

Upah masak oleh Chef Sabri tidak termasuk pembelian bahan-bahan masakan yang lain
harganya RM 700.00.untuk sekor kambing termasuk 2 menu tambahan.

MENU PILIHAN:
ANGARAN UNTUK MEMBELI BAHAN MENTAH : RM 250. - RM 300.00
PENYEDIAAN: 80 - 150 ORANG

MENU A: KAMBING MASAK KASHMIR, CUCUMBER RAITTA,NASI MENTEGA
MENU B: KAMBING MASAK KASHMIR, TOMATO SALSA,MANDY RICE
MENU C: KAMBING B.B.Q,MIXED SALAD, BLACKPEPPER SAUCE,PILAF RICE

sebarang pertanyaan sila hubungi : Tuan Haji Rahim- 0193565517

Friday, August 5, 2011

RESEPI - KUIH LOMPAT TIKAM

Lompat tikam berasal dari negeri kelantan, biasanya kuih ini dihidang untuk sarapan pagi, dihidang dengan pulut kukus yang berwarna merah jambu. Disini chef ingin berkongsi resepi yang chef ambil dari buku 100 resepi masakan kuih -muih Malaysia.

LOMPAT TIKAM:
PENYEDIAAN: 8 ORANG
MASA: 35 MINIT

BAHAN:
A. Untuk Sira
1Cawan Gula Merah
1Cawan Gula gula
2 Cawan Air
1 Helai Daun pandan ( disiat-siat)

B. Untuk lapisan hijau
1 cawan Tepung beras
1 sudu makan Tepung Jagung
3 cawan santn cair
1/2 cawan Jus Pandan
sedikit pewarna hijau
1 sudu teh Air Kapur
1/2 sudu teh garam

C. Untuk Lapisan putih
1 1/2 cawan Tepung Beras
1 sudu makan Tepung Jagung
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

cara:
1. Untuk membuat sira, masukan semua bahan bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih , setelah itu tapis dan biar hingga sejuk.
2. Untuk membuat lapisan hijua pula, panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. kemudian panaskan loyang diatas api sebentar.
3. Masukan semua bahan kedalam mangkuk , kemudia kacau hingga sebati dan tapis.
4. Masukan kedalam loyang dan kukus selama 15 minit.
5. setelah siap cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.
6. untuk membuat lapisan putih, masukan semua bahan kedalam mangkuk,kacau hingga rata.
7. Tuang adunan keatas lapisan hijau yang telah masak dan kukus selama 15 minit.
8. setelah siap, angkat dari kukusan , kemudiankan biarkan sejuk dan bolehlah dihidang dengan sira merah dan pulut kukus merah jambu.


SELAMAT MENCUBA SEMOGA DOA CHEF ANDA SETIASA DIBERKATI ALLAH DAN INGAT PESAN CHEF ADA ILMU JANGAN KEDEKUT.

Wednesday, August 3, 2011

CEDERMATA ADIL FITRI






Assalamualaikum, semoga dibulan mulia ini chef doakan semoga anda setiasa diberkati Alelah dan dimurah rezeki. Petua murah rezeki mudah sahaja rajinkan bersedekah . Sempena menjelang Adilfitri apakata anda belikan cedermata biskut raya untuk pekerja anda atau sahabat handai dijadi cedermata untuk dibawa pulang kekampong halaman.

sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi Pn Ema: 019-3974978

MENU:
1. Mini gift with ribbon- small size
2. Mini gift with ribbon - medium size
3. Mini Hamper
4. Medium size hamper
5. Large size hamper
6. Vip hamper
7. VVIP hamper

tempahan adalah terhad.

TEMPAHAN COOKIES UNTUK ADIL FITRI



Asalamualaikum, chef berdoa semoga peminat -peminat chef setiasa diberkati dan dipanjangkan umur. seperti setiap tahun apabila menjelang hari yang mulia adil fitri chef ada menjual biskut-biskut mengikut citarasa rakyat malaysia. Sekiranya anda ingin membuat tempahan sila hubungi Puan Ema: 019-3974978

MENU:
1. ROYAL CHOCOLATE CHEESE COOKIES RM 28.00/50PCS
2. LONDON ALMOND COOKIES RM 28.00/50PCS
3. PINEAPPLE TART RM 28.00/50PCS
4. HOME MADE BUTTER COOKIES RM 28.00/50PCS
5. BISKUT MAKMUR KURMA RM 28.00/50PCS
6. BISKUT MARZOLA RM 28.00/50PCS
7. QAT WALNUT RM 28.00/50PCS
8. CHOCOLATE PISTACHIO COOKIES RM 28.00/50PCS
9. PISTACHIO MOCHA COOKIES RM 28.00/50PCS

Tuesday, August 2, 2011

BIKERS CHEF






RIDING ON BIG BIKE ESPECIALLY ON HARLEY DAVIDSON IS MY HOBBY, IN MALAYSIA THAT A LOT OF PLACE THAT WE SHOULD SEE FROM THE SEA SIDE ALONG EAST COAST COUNTRY HIGHWAY. YOU CAN START YOUR RIDNG FROM PANTAI MERSING JOHOR CONTINUE TELUK CEMPADAK IN KUANTAN . IN KUATAN MAY BE YOU STOP OVERNIGHT AND ENJOY YOUR DINNER WITH SELECTION SEAFOOD B.B.Q.

FROM KUANTAN HIGHWAY YOU CAN CONTUNUE YOUR JOURNEY TO TERENGGANU AND KELANTAN, THAT IS A LOT OF PLACE THAT TO VISIT. IF YOU WANT TO RIDE WITH ME PLEASE MY PA - BUT BRING A LONG YOUR BIG BIKE.

BIKER CHEF SPECIAL RECIPE:

RECIPE: GRILLED CHICKEN WING WITH BLACK PEPPER SAUCE AND CHEESE POTATO

A. MARINATED CHICKEN WING
10 pcs Fresh clean chicke wing
1 no Garlic - chopped
2 no Shallot chopped
2 tbsp Chicken curried powder
1 tbsp Oyster Sauce
3 tbsp Soya sauce
1 tsp Sugar
6 tbsp Corn oil
1 no lemon juice
Salt to taste
method: combine all the ingredient and marinate for 30 minute. then grill until golden brown .

B. BLACK PEPPER SAUCE
1 tbsp Brown sauce powder
1 cup water
2 no Fresh Garlic - chopped
1 no Fresh Shallot - chopped
2 tsp Crushed - black pepper
2 tbsp Corn oil
1 tbsp Unsalted butter
1/2 no Lemon juice
Salt to taste
method: combine brown with water in mixing bowl, stir together and mix well. heat up the sauce pot, add garlic, shall, pepper and stir few second then add the mixture of brown sauce, continue stirring then let it simmer, lastly add butter, lemon juice and season to taste.

CHEESE POTATO
4 nos Boiled potato remove the skin and cut into small cube
1 no Garlic chopped
2 nos Shallot - chopped
1 tbsp Parsley - chopped
1 cup Fresh milk or cream
2 tbsp Grated Parmesan cheese
a bit of nutmeg powder
1 tbsp Dried chili flake
1/2 tsp Aromat- chicken powder
Salt to taste
method: heat up the frying pan, add corn oil, garlic,shallot, the saute for few second, then add potato and other ingredients, stir well for few minute , the season to taste.

PUASA


KEMUKJIZATAN SAINS DALAM PUASA:
Banyak orang yang berperpepsi bahawa puasa memiliki pengaruh negatif bagi kesihatan mereka.mereka melihat tubuhnya seperti melihat alat penggerak yang hanya boleh bekerja dengan bahan bakar. Mereka pun membuat terminologi bahawa makan tiga kali sehari merupakan sebuah keharusan untuk mempertahan hidup meraka. Meninggalkan satu keharusan makan ini boleh menimbul bahaya yang besar. Bagaimanapun , ini merupakan kesimpulan yang normal bagi orang yang tidak memahami karateristik puasa yang islami dan manfaat-manfaatnya yang nyata. Oleh sebab,itu akan kami papaprkan beberapa aspek kemukjizatan sains yang terkandunf dalam puasa islam

1. Pertama Pencegahan dari berbagai penyakit:
Allah s.wt telah memberitahu kepada kita bahawa puasa adalah kewajipan yang digaris kepada kita dan umat -uamt sebelum kita, dengan tujuaan agar kita boleh meraih ketakwaan imani yang melindungi kita dari segala maksiat dan dosa, juga agar kita terhindar dari berbagai penyakit fizikal mahu pun mental ( kejiwaan).

cerita ini diambil dari buku yang bertajuk: KEMUKJIZATAN SAINS dalam Al- Quran & sains terbitan Al - Hidayah.

Ingin chef berpesan -pesan:
Pada chef dan pembekalan makanan masaklah makanan-makanan yang sedap -sedap dan pastikan setaip masakan itu di mulakan dengan meyebut nama Allah kerana setiap masakan yang bersih itu akan dibersih menjadi darah yang suci maka andalah yang akan menlahir insan yang cemerlang. Ganjaran pahala yang berganda pada orang memberi makanan yang sedap untuk pada orang yang berpuasa.

Puasa adalah wajib bagi umat islam, dan berbuka puasa adalah harus bagi kita, Tetapi pembazairan itu adalah amalan syaitan dan haram. Jadi kalau kita ke kebazaran ramadhan kawallah nafsu mata. Janganlah ada pembaziran.

Bagi perniagaa di bazar ramadhan untuk anda menjadi cemerlang di dunia dan akhirat, masaklah dengan sebersihnya dengan niat yang iklas.

Monday, August 1, 2011

ISTEMEWANYA BUAH KURMA BAGI YG BERPUASA

Terlebih dahulu chef serta keluarga mengucapkan salam ramadhan, semoga dibulan yang mulia ini anda setiasa diberkati Allah dan murah rezeki. Disini chef ingin berkongsi istemawa buah kurma yang di jadi Allah SWT kepada hambanya.

Rasullah s.a.w bersabda:
"Hai Aisyah ,rumah yang tidak ada buah kurma didalamny,pastilah penghunya kelaparan"

Buah kurma merupakan bahan makanan yang sempurna kerana mengandungi karbohidrat,protein,vitamin,dan garam mineral,di samping kelembaban yang menjadi faktor penting dalam menentukan tingkat kekentalan buah.

Kadar gula juga merupakan kandungan buah kurma mentah yang penting kerana mengandungi 70-75% zat-zat kering (sucrose,fructose dan glukosa) . Selain itu ,kurma mentah mengandungi 16% asid amino,dan kadar vitamin yang mudah larut dalam air seperti chiamine,ribofalavine, asid pholik,biotine dalam kadar sedikit dan asid eskrobik. Buah kurma juga merupakan sebagai sumber terbaik sejumlah garam mineral seperti zat besi,potasium,tembaga,fosfor,mangan,selain sebagai sumber kalsium,fosforus,kalorium dan magnesium yang se imbang.

cerita buah kurma chef ambil dari buku yang bertajuk " KEMUKZATAN SAIN DALAM AL QURAN & SUNNAH terbitan al hidayah dan pengarangnya tuan yusuf al- Haji Ahmad.

RESIPI : ICE BLEND YOGHURT KURMA

1 Cawan yoghurt segar
1 cawan Susu cair sejuk
6 biji Buah kurma - di buah biji
6 sdm Ice cube
1/2 sdm gula
sedikit garam
Cara:
Masukan semua bahan-bahan kedalam blender, kemudian kisar hingga halus, siap untuk di hidang hias dengan hirisan buah oren dan cherry merah.

Jus ini sesuai di hidang sewaktu musim panas dan boleh di hidang denga nasi mandy .
Resipi ini chef dapat semasa mengembara di mesir dan syria.