Tuesday, December 7, 2010

Terlebih dahulu chef sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut maal Hijrah kepada semua perminat chef yang menlawat laman blog ini. Chef doakan semoga anda setiasa diberkati Allah, panjang umur, ceria selalu dan di murahkan rezeki.

Chef masih lagi membuat pengambaran siri baru dan bertajuk 'KENDURI KENDARA" untuk di tayangkan di TV Al Hijrah , pada pertengahan bulan December, rancangan itu akan di tayangkan setiap hari Ahad jam 4.30 petang. Rancnagan kenduri kendara ini adalah bertujuan supaya untuk mengalakan masyarakat mengamalkan sikap gotong royong sesama jiran dan masak dengan hati yang iklas. Terdapat bermacam-macam tip masak tambahan setiap masakan di masak dengan jumlah kuantiti yang menlebihi 1000 orang. Bagi chef rancangan kenduri kendara ini sangat mencabar. Hasrat chef minta masyarakat amal masak kenduri kendara adalah kerana memberi kesedaran bahawa setiap masakan yang iklas, bersih, berdoa akan di proses menjadi darah lalu mengalirkan kehati maka darah yang bersih akan menlahir insan yang cemerlang maka panjanglah jodoh pasangan pengantin tersebut.

Disini ingin chef kongsikan resipi yang ringkas untuk pembaca blog ini antaranya.

RESIPI: GULAI KAWAH
PENYEDIAAN: 1000 ORANG
MASA PENYEDIAAN: 3 JAM

BAHAN:
1 ekor Lembu - di lapah dan di potong saiz 2 inci
20 lit santan cair
10 lit Santan pekat

PES BANCUHAN REMPAH GULAI KAWAH
10 kg Serbuk rempah kari
2 kg serbuk cili
1 kg serbuk jintan manis
1 kg serbuk ketumbar
1 kg serbuk jintan putih

BAHAN YANG DI KISAR
1 kg Halia
2 kg Bawang putih
4 kg Bawang besar

BAHAN PERASA & AROMA
20 keping Gula melaka
1 kg Gula pasir
6 cawan garam kasar
5 lit kicap cair
10 kg umbut batang kelapa atau pisang muda ( Jika perlu)
2 kg Minyak sapi
2 cawan serbuk perasa
10 kg kerisik kelapa

cara:
1. Panaskan kawah, masukan minyak sapi, 2 lit minyak masak, kemudian masukan bahan- bahan yang di kisar dan kacau hingga naik bau.
2. Masukan daging dan kacau hingga air daging keluar dan biar ia mendidih selama 1 jam hingga daging hampir empuk.
3. Kemudian masukan serbuk bancuhan rempah yang telah di bancuh dengan air, kemudia masukan 1 cawan kulit kayu manis, 1 cawan buah pelaga dan 1 cawan bunga cengkih.
4. Kacau hingga rata selama 30 minit, kemudian masukan santan cair dan kacau lagi selama 30 minit.
5. kemudian masukan santan pekat,kerisik kelapa,kicap , umbut kelapa atau pisang muda.
6. Kacau hingga pisang lembut dan daging empuk, kemudian masukan gula melaka, garam. gula pasir dan garam secukup rasa.
7. setelah siap hias dengan bawang goreng.

TIP: DI SEBELAH KELANTAN GULAI KAWAH DI MASUKAN BUDU, KELAPA GORENG KERING KEMUDIAN DI TUMBUK. UNTUK MEMUDAHKAN PELACARAN LEMAK SEMASA MAKAN GULAI KAWAH, AMALKAN MEMAKAN HIDANGAN YANG MASAM SEPERTI ACAR TIMUN NENAS.

RESIPI: ACAR TIMUN NENAS
PENYEDIAAN: 500 ORANG
MASA: 30 MINIT.

BAHAN;
15 kg Timun - di buang biji di potong sebesar jari halus
10 kg lobak merah - di buang kulit di potong mayang
5 kg cili merah - di buang biji - di potong mayang
15 kg nenas di buang kulit - di hiris nipis
10 lit Air gula pasir ( syrup gula )
3 lit Cuka - secukup rasa
1/2 cawan Kulit kayu manis
1/2 cawan bunga lawang - (jika perlu)
2 cawan Garam kasar - secukup rasa

Cara:
1. masukan semua bahan-bahan dalam basin besar dan gaul hingga rata .

Tip : untuk memasti kesegaran, jangan buat terlalu awal, sebaliknya 30 minit sebelum semua menu utama di hidangkan.

2 comments:

meringue said...

good one chef!terima kasih untuk resepi.

Unknown said...

terima kasih atas resepi ini... resepi yg chef bagi, kambing kashmir tu belum lagi cuba, insya allah esok sy akan buat dan akan maklumkan hasilnya...