Monday, November 29, 2010

RESIPI : AYAM PANGGANG MOROCCO
PENYEDIAAN: 10 ORANG
SUHU KETUHAR : 150c
MASA: 45 MINIT

Bahan:

1 ekor Ayam di bersih
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu makan Bawang kecil - di cincang halus
2 sudu makan Bawang merah - di cincang halus
1 sudu makan Lada hitam - di kisar kasar
2 sudu makan Garam secukup rasa
3 sudu makan Gula Pasir
8 sudu Makan Minyak Jagung

Cara:

1. Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk kecuali ayam, kemudian kacau hingga rata.
2. Sapu adunan bahan perapan keseluruhan badan ayam , kemudian perap selama 30 minit.
3. Panaskan ketuhar pada suhu kepanasan 150C, letak ayam yang telah di perap di atas dulang pembakar.
4. Masukan dulang pembakar kedalam ketuhar, panggang ayam selama 45 minit.


RESIPI 2: TOMATO SALSA
4 biji Tomato di buang biji - di potong dadu kecil
1 biji Timun - di buang biji - di potong dadu kecil
2 ulas Bawang besar - di buang biji - di potong dadu kecil
2 biji Air limau nipis
1/2 cawan Mayonnaise
1 sudu kecil Daun ketumbar - di cincang
4 biji Cili padi - di cincang
1 sudu kecil Garam
1 sudu makan Gula Pasir

Cara:
Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk , kemudian gaul hingga rata. setelah siap bolehlah di hidang dengan ayam panggang.


RESIPI : 3 SOS LADA HITAM
2 Sudu makan Serbuk sos perang/ brown sauce powder
2 cawan Air
2 ulas Bawang putih di cincang halus
3 ulas Bawang merah di cincang halus
1 sudu makan Lada hitam - di kisar
3 sudu makan Minyak jagung
80g Mentega
1 biji Air limau nipis
2 sudu kecil Garam secukup rasa
1 sudu kecil Gula

Cara:
1. Panaskan sos pan, kemudian masukan bawang putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau.kemudian masukan lada hitam
2. Sementara itu bancuh serbuk perang dengan air dan kacau hingga serbuk perang benar-benar larut di dalam air.
3. Masukan bancuhan sos perang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar ia renih seketika.
4. Setelah itu masukan, air limau nipis, garam, gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukan mentega dan kacau hingga mentega larut.
6. Setelah siap boleh lah di hidang dengan ayam panggang.


RESIPI 4: CHEESE POTATO
1 kg Ubi kentang - di rebus hingga empuk
2 ulas Bawang putih - di cincang
1 ulas Bawang besar - di cincang halus
2 sudu makan Daun bawang - di hiris halus
3 sudu Makan Minyak Masak
80 g Mentega
3 biji Cili merah - di buang biji - di cincang halus
2 cawan Susu cair
3 sudu makan Keju Parmesan
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 biji Air Limua nipis
garam secukup rasa

cara:
1. Kupas kulit ubi kentang yang telah direbus, kemudian di potong dadu atau di hiris kasar.
2. Panaskan kuali, kemudian masukan minyak, bawang putih, bawang merah, cili merah dan kacau hingga naik bau.
3. Masukan susu dan kacau hingga mendidih , kemudian masukan ubi kentang, keju dan kacau hingga rata.
4. Akhir sekali masukan garam, serbuk perasa dan daun bawang.
5. Setelah siap bolehlah di hidang dengan Ayam panggang dengan sos lada hitam.


Petua: Resipi ini sesuai di hidang untuk makan malam dan sangat berkhasiat serta amat sesuai untuk anak-anak. Akhir chef doakan semoga pembaca blog chef setiasa di berkat Allah dan murah rezeki. Pasti dengan amalam "Bismillah sebelum memasak" .

2 comments:

Peri PiA said...

salam chef,wala erm lupe tagline chef hehe
thanks for the resipi,excited jumpe blog chef

Abu Mustafar said...

Assalamualaikum Chef,
Subahannallah, Saya dah cuba resepi chef ini, alhamdulilah, semua family suka.. terutama cheese potato.

Terima kasih chef.
Wassallam.
p/s kalau-kalau ada resepi masak lobster chef?

Barakallahuwalakum..
Jazakallahukairan..