Monday, December 22, 2008

RESIPI SALAD RINGKAS TAPI SEDAP



Untuk semua yang chef hormati,doa saya semoga anda dan keluarga setiasa sihat,ceria dan cemerlang untuk dunia dan akhirat.

Sayangkan diri anda dan amalkan makanan yang sihat lagi berkat. disini chef ingin kongsi menu sihat yang amat mudah disediakan:


SALAD UBI KENTANG

Penyediaan: 4 orang

Masa: 20 minit

Bahan:

5 biji Ubikentang -direbus/kupas kulitnya

2 ulas Bawang Putih - di cincang halus

1 biji Bawang besar - di cincang halus

6 helai Daun bawang- di hiris halus

5 sudu besar Mayonis


Cara:

setelah rebus ubi kentang hingga lembut, biarkan ia sejuk kemudian hiris ikut citarasa anda.

Masukan semua bahan-bahan di atas kedalam mangkuk dan gaul hingga rata. siap untuk di hidang bolehlah kita hias dengan hirisan daun bawang.

Tip: Resipi ini sesuai di hidangkan dengan daging panggang .

Selamat mencuba semoga anda setiasa mendapat keberkatan.


Salam hormat dari Chef Sabri & keluarga

5 comments:

alhafezdistributor said...

lazat..em

cdah_alai said...

assalamualaikum
nice recipe...
klau nak buat salad buah camane..
mengunakan resepi yg plg ringkas.
saya juga minat memasak..
adakah ade kursus2 masakan dsediakan oleh anda

ruza said...

Asalamualaikum
chef bagaimana nak cari resepi yang telah chef tulis di dalam blog chef???

®CT Nurza said...

Assalamualaikum cheaf

saya ni salah seorang peminat setia resepi2 cheaf, telah banyak yang saya cuba resepi2 dari cheaf dan alhamdulillah semuanya sedap2 dan ini membuatkan saya amat gemar memasak dan mencuba resepi2 yang diberikan oleh cheaf di radio dan sebagainya...terima kasih kerana resepi cheaf sungguh lazat dan menyelerakan..

Syafiqah binti Abdul Razak said...

As salam.
dh cuba chef sabri.tqvm sbb share