Monday, December 22, 2008

BUKU PERJUANGAN SEORANG CHEF

Untuk semua perminat yang saya hormati,doa saya semoga setiasa mendapar kerberkatan.
Untuk pengetahuan anda buku terbaru chef yang bertajuk " Dunia masakan chef sabri/perjuangan seorang chef terbitan telaga biru akan berada dalam pasaran pada pertengahan bulan January 2009.

Buku ini menceritakan pengalaman chef susah senang menghadapi berbagai cabaran untuk berjaya menjadi seorang yang bergelar " Master Chef ". Buku ini amat sesuai untuk belia-belia atau pelajar yang benar-benar ingin berjaya dalam bidang Kulinari, terdapat tip-tip penyediaan makan & kebersihan mengikut ajaran islam, tip ciri-ciri keselematan didapur, peralatan yang sesuai digunakan semasa di dapur, basis ukiran ais dan peralatan ukiran ais.

Chef juga ada memberi resipi yang ringkas dan suai di sediakan untuk keluarga anda.

Sekiranya anda berminat untuk membeli buku tersebut sila hubungi chef: 013-3435582/Ema 019-3974978.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum
berapa harga sebuah buku?
di mana saya boleh dapatkan buku ini (sekitar shah alam atau melaka)?

saya pelajar sains dan teknologi makanan di uitm shah alam
masih lagi tahun 1 dan berkemungkinan mengambil minor dlm 'islamic food law' pada tahun 2

harap dpt jawapan secepat mungkin
terima kasih