Monday, August 1, 2011

ISTEMEWANYA BUAH KURMA BAGI YG BERPUASA

Terlebih dahulu chef serta keluarga mengucapkan salam ramadhan, semoga dibulan yang mulia ini anda setiasa diberkati Allah dan murah rezeki. Disini chef ingin berkongsi istemawa buah kurma yang di jadi Allah SWT kepada hambanya.

Rasullah s.a.w bersabda:
"Hai Aisyah ,rumah yang tidak ada buah kurma didalamny,pastilah penghunya kelaparan"

Buah kurma merupakan bahan makanan yang sempurna kerana mengandungi karbohidrat,protein,vitamin,dan garam mineral,di samping kelembaban yang menjadi faktor penting dalam menentukan tingkat kekentalan buah.

Kadar gula juga merupakan kandungan buah kurma mentah yang penting kerana mengandungi 70-75% zat-zat kering (sucrose,fructose dan glukosa) . Selain itu ,kurma mentah mengandungi 16% asid amino,dan kadar vitamin yang mudah larut dalam air seperti chiamine,ribofalavine, asid pholik,biotine dalam kadar sedikit dan asid eskrobik. Buah kurma juga merupakan sebagai sumber terbaik sejumlah garam mineral seperti zat besi,potasium,tembaga,fosfor,mangan,selain sebagai sumber kalsium,fosforus,kalorium dan magnesium yang se imbang.

cerita buah kurma chef ambil dari buku yang bertajuk " KEMUKZATAN SAIN DALAM AL QURAN & SUNNAH terbitan al hidayah dan pengarangnya tuan yusuf al- Haji Ahmad.

RESIPI : ICE BLEND YOGHURT KURMA

1 Cawan yoghurt segar
1 cawan Susu cair sejuk
6 biji Buah kurma - di buah biji
6 sdm Ice cube
1/2 sdm gula
sedikit garam
Cara:
Masukan semua bahan-bahan kedalam blender, kemudian kisar hingga halus, siap untuk di hidang hias dengan hirisan buah oren dan cherry merah.

Jus ini sesuai di hidang sewaktu musim panas dan boleh di hidang denga nasi mandy .
Resipi ini chef dapat semasa mengembara di mesir dan syria.

No comments: