Friday, May 1, 2009

SPICE ROUTE SEASON 2

Salam untuk semua...semoga anda setiasa mendapat berkat dari allah. Chef masih lagi mengembara dengan shooting program Spice Routes Season Tv3. Negara pertama yang saya lawati adalah Oman. Saya disambuat baik dan layan mesra oleh masyarakat oman disini saya buah kajian asal unsul pokok kemian dan masakan tradisional Oman. Tahukah anda asal HALWA MUSCAT manisan yang kita makan di Malaysia sebenarnya berasal daripada Bandar Muscat iaitu ibu negara Oman. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana kemana saya pergi saya di hormati dan mendapat layanan yang baik. Negara Oman bersih dan kaya dengan budi bahasa. Tunggu resipi yang akan datang.

Negara kedua yang saya singgah adalah ALBANIA... Saya bersyukor kerana kami di sambut baik. 80% penduduk disini berugama Islam, Disini saya mencari asal sebenar Pokok Herbal Sage dan menlihat sendiri tempat bersejarah pemerintahan Islam. Tak lupa berbagai resipi istemewa masyarakat disini. Insyallah saya akan cerita pengalaman saya dalam buku masakan saya nanti.

Selama 2 minggu saya di Albania sempat juga bermain di pergunungan Salji , selepas itu saya mengembara ke Jordan. Itulah istemewa Islam kita telah dilatih untuk menlayan dan menghormati tetamu ikut cara rasullulah...saya menerima layan mesra dari penduduk disini. Sememang Malaysia telah dikenali dengan kemajuan,,,,mereka sering bertanya tentanh KLCC. semasa saya di Jordan untuk mencari rempah ratus sempat saya singga di Wadi Rum, Aqaba dan Petra. Disini saya menlihat keagungan Allah mencipta manusia yang beraka mulia..cuba anda bayang bagai manusia boleh membuat ukiran Istana di kawasan Gunung berbatu.

Selepas ke Jordan saya sambung perjalanan ke Zanzibar , Tazania tempat orang kulit hitam, walaupun negera ini baru nak membangun tapi mereka kaya dengan budibahasa saya disambut baik. Kebanyakan penduduk disini berugama islam rata-rata setiap penjuru terdapat masjid. Semasa di kawasan kampung saya teruja apabila menlihat pokok durian, rambutan,nangka seperti macam berada di kampong. Tujuan saya datang kesini untuk mencari pokok buah pala,pokok bunga cengkih dan buah pelaga...kalau anda lihat pasti saksikan spice routes season dua di Tv3 akan di tayangkan pada bulan Puasa ini. Esok saya akan ke Sri Lanka apa pula cerita kan sana.....jumpa lagi saya dan keluarga setiasa berdoa semoga anda setiasa mendapat berkat dan murah rezeki.

N

1 comment:

D'Rimba said...

Selalulah kemaskini blog ini chef senang untuk kita berkomunikasi. Ingat lagi tak yong tau fu di Azaan Tom Yam?