Thursday, September 22, 2011

F&B CONSULTANT


Assalamuaikum, Perniagaan dalam bidangan makanan dan minuman sememang boleh menguntungkan sekiranya anda menpunyai niat yang iklas untuk menlahirkan insan yang cemerlang. Dalam era yang serba moden dan canggih, setiap perniagaan makanan dan minuman anda perlu kreatif dan bergerak cergas mencari idea lain dari yang lain kerana diluar sana banyak yang meniru.

Apa yang saya perhatikan rakyat Malaysia suka pada restoran atau cafe yang ada konsepnya yang tersendiri mereka lebih utamakan life style dan trendy. Sekiranya anda berhajat untuk membuka Restoran & Cafe yang berkonsep LOCAL AND WESTERN CUISINE. Menunya tak perlu banyak seperti di Restoran Thai atau Restoran cina, Apabila menu terlalu banyak menlebih 60 jenis menu, keburukannya susah nak kawal mutu rasa masakan, pembaziran akan berlaku disebabkan tempat ruang penyimpanan bahan masakan yang kecil,kerana bahan yang digunakan adalah bahan guna habis yang hanya boleh bertahan 3 hari sahaja.

Tapi sekiranya anda membuka restoran yang berkonsep bersantai hanya menyajikan menu 20 yang terbaik seperti Nacho, Ceasar salad, Grilled chicken, Steak, Braised lamb Shank, Sandwiches, Pizza, Cream soup, Nasi goreng, nasi lemak, Satay, Ubi rebus,Kambing Kashmir dan lain-lain lagi. Minuman pula mestilah ada Freshly brewed coffee dan lain - lain.

Tapi untuk membuka restoran berkonsep seperti yang disebut tadi, anda perlu mempunyai modal yang tinggi sekurang kurangnya budget RM 300k - 500k, yang mahal adalah hiasa dalam dan alat keperlua memasak secara moden dan cepet seperti Heavy 4 stove burner with oven, Salamender, Heavy blender Coffee machine, griller, bain marie, high pressure stove, chiller, freezer, flatware, chinaware dan kitchen utensil. Harga pada setiap menu yg jual tidak terlalu murah seperti di gerai makan dan restoran mamak, Satu hidangan Nasi Ayam Harga yang terbaik RM 9.50 - RM 10,50. Kenapa saya kata begitu, sebabya anda perlu bayar kos sewa kedai RM 5,000.00 sbn, Kos bayar chef yang berpegalaman, kos api dan air. tetapi tentu masakan yang di jual pada tahap quality yang terbaik kerana setiap masakan yang bersih serta sedap dapat memuaskan pelangan dan anda dapat menlahir insan yang sihat lagi berkat.

Sekiranya anda perlu kidmat nasihat chef sebagai perundingan makanan dan minuman ( Culinary Consultant ) boleh hubungi saya sendiri atau pa saya pn Ema 019-3974978.

Perhidmat yang diberi termasuk:
1. Food handling course
2. Kitchen training on hygiene & Safety.
3. Menu Planning & recipes costing
4. Marketing
5. Kitchen standard operation.
6. Market list
7. Product knowleg


disini chef lampirkan gambar contoh dapur yang bertaraf professional.

Sekian terima kasih chef doakan semoga anda berjaya didunia dan akhirat.

RESIPI MASAK CINA ISLAM

Salam bahagia kepada perminat yang mengenali chef, semoga chef berdoa anda serta keluarga dimurah rezeki dan diberkati Allah. Salah satu resipi kejayaan anda pasti setiap masakan di masak dengan bersih bersama doa yang baik-baik lagi iklas, kerana masakan yang bersih boleh membersihkan hati yang keras lalu andalah yang akan menlahirkan insan yang cemerlang didunia dan akhirat. Hari ini chef ingin berkongsi resipi masakan cina islam yang ringkas untuk anda.


1. Ayam goreng Lada hitam
penyedian 8 orang
Masa: 15 minit

Bahan:

800g Ayam - di potong kecil
4 sudu makan Minyak Masak
1 inci Halia - di potong mayang
3 ulas Bawang putih - hiris nipis
2 labu Bawang besar - di potong dadu
1 sudu makan Lada hitam yang telah di kisar kasar
2 sudu makan Sos tiram
4 sdm Makan Kicap Cair
1 sudu kecil Kicap Pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:
Panaskan kuali masukkan minyak , bawang putih, halia, lada hitam, kemudian kacau hingga naik bau. Kemudian masukan ayam dan kacau hingga hampir masaka. setelah itu
masukan bahan-bahan yang lain , kacau hingga isi ayam masak. siap untuk hidang hias dengan hirisan daun bawang.

2. Lohan Chai
1 biji Lada Bengala Hijau - di potong dadu
1 biji Lada Bengala Merah - di potong dadu
4 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang putih - di cincang
1/2 inci Halia - di cincang
1 btg Celery - dibuang kulit - di potong dadu
200g isi ayam - Di hiris
3 sdm Lada kering - di hiris kasar
2 sdm Sos Tiram
5 sdm Kicap cair
sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Panaskan kuali , masukan minyak, halia, bawang putih, cili kering, isi ayam kacau hingga isi ayam hampir masak, kemudian masukan sos tiram, kicap dan kacau hingga rata, setelah itu masukan semua bahan-bahan yang lain kacau hingga rata. setelah siap boleh di hias dengan bawang goreng.

3. nasi Goreng Cina
4 cawan nasi sejuk
3 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang putih -di cincang
1 ulas Bawang merah - di cincang
100g Udang segar - dibuang kulit - di potong dadu kecil
1 cawan Sayur campuran frozen ( Carrot, Jagung< kacang Peas)
3 biji Telur Ayam
'1 sdm garam
1 sdk Serbuk secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali, Masukkan minyak, bawang putih, bawang merah kacau hingga naik bau.
2. Masukan isi ayam , kemudian kacau hingga isi ayam masak, masukan sayuran dan kacau lagi hingga air asyur kering.
3. Pecahkan telur, kacau hingga telur menjadi ketul-ketul kecil dan kering,setlah itu masukan nasi sejuk dan kacau hingga rata.
4. Akhir sekali masukan bahan perasa.
5. setelahj siap hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.


Selamat mencuba sebarang pertanyaan sila hubungi Pa Chef: Puan Ema - 019-3974978.

Chef Sudahi dengan ucapan Terima kasih semoga anda diberkati Allah.

Thursday, September 15, 2011

3 RESIPI DI DAPUR BERSAMA RADIO IKIM

AYAM PANGGANG BEREMPAH
PENYEDIAAN : 4 ORANG
MASA: 25 MINIT - 30 MINIT
BAHAN:



1 ekor Ayam - di potong 8
3 sdm serbuk kari daging
1 sdm serbuk jintan manis
1 sdm serbuk jintan putih
1 sdm serbuk ketumbarj
8 labu Bawang putih - dititik
2 labu bawang besar - di potong 4
8 sdm minyak jagung
1/2 cawan air
2 batang lobak merah- dadu
1 batang celery - di potong dadu
500g Ubi kentang - di buang kulit - di potong dadupi
2 biji Air perahan limau nipis
2 sdm Gula
1/2 sdm serbuk perasa ayam
1 atau 2sdm Garam secukup rasa

Cara:
1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis, jintan putih, ketumbar bersama air dan minyak jagung , kacau hingga sebati didalam mangkuk besar.
2. Kemudian masukan semua bahan-bahan yang lain, perap potongan ayam selama 30 - 40 minit
3. Panaskan ketuhar pada tahap suhu 170 c dan panggang selama 25 - 30 minit bergantung pada saiz isi ayam.


RESIPI: 2 COLESLAW
PENYEDIAAN 4 ORANG

1/2 biji kobis putih - di hiris halus
1 batang Lobak merah - dibuang kulit - di mayang halus
1/2 biji Perahan air lemon
1 sdm Kismis jika perlu
1/2 cawan Mayonaise
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Masaukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga rata.



RESIPI 3: PUDING GULA HALUS
PENYEDIAAN:2 ORANG
MASA : 20 MINIT
SUHU KETUHAR: 170c

2 cawan susu cair uht
3 biji telur
4 sdm Gula pasir
1/2 sdk Perasa vanila _ Esen vanilla

utk gula halus
5 sdm Gula pasir
1/2 cawan air


Cara:
1. untuk membuat gula hangus, masukkan gula kedalam Kuali nipis ( Frying pan),kemudian masukkan sedikit air, kacau hingga gula bertukar warna kuning kemasan , angkat dan tuang di dalam 4 cawan yang tahan panas.
2. Sementara itu panaskan ketuhar pada tahap suhu 170 c.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk,masukan gula dan pukul hingga gula kembang kemudian masukan susu, esan vanilla dan kacau hingga sebati.
4. Tuang kedalam cawan yang berisi gula hangu.
5. Letak kedalam dulang pembakar ( baking Tray) kemudian tuang sedikit air suam kedalam tulang tersebut.
6. Masukan kedalam ketuhar dan bakar selama 20-30 minit.
7. setelah siap bolehlah di hias dengan buah-buahan cocktail.

Thursday, September 8, 2011

HOME DELIVERY ROASTED WHOLE LAMB OR LEG OF LAMB SERVED WITH MANDY RICE AND SALATA





This the best dishes to be serve for your ADIL FITRI weekend open house, invite your friends and families to taste my signature recipes. Make your order now...pls call my pa: Ema 019- 3974978 or 013- 3435582. advance order : 48 hours

menu:
1. MARINATED ROASTED WHOLE NZ LAMB SERVE WITH MANDY RICE AND SALATA: RM 1,200 PPC.

2. MUTTON KASHMIR SERVED WITH LEMON CINNAMON RICE AND SALATA: RM 15. PERPERSON
( min order 50 person- max order 200 person).. transport charge RM 20.
3. MARINATED LEG OF LAMB WITH CHEESE POTATO AND SALSA: RM 98 PER KG.

4. MARINATED ROASTED MAROCCAN CHICKEN SERVE WITH LEMON RICE AND SALAD : RM 25. PER KG. (min order 50 person)

RECIPES ADIL-FITRI - OPEN HOUSE - 2011

selepas 30 hari kita berjaya menahan diri untuk berpuasa dan beribadah kepada Allah yang maha esa kini tibalah masanya untuk kita berhari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai dan giran tertangga. Apa yang perlu chef pesankan:

1. Pastikan anda masak dengan hati yang iklas dan setiasa berdoa kepada Allah dan Nabi Muhamad SAW kerana setiap masakan yang bersih itu akan diproses menjadi darah yang suci maka andalah akan menlahir insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Memasak dari sumber yang halal lagi berkat.

3. Pastikan bahan masakan di basuh dengan air yang mengalir dan menghormati bahan-bahan yang hendak di masak, sebaiknnya bahan-bahan itu jangan lah di letak di atas lantai yang terbaiknya letak di atas meja yang bersih.

FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM AL QURAN:
maksudnya:
"wahai manusia makanlah sebahagian makanan yang ada dimuka bumi ini yang halal dan yang baik. Janganlah mengikut langkah-langkah ( Kehendak-kehendak) syaitan. sesungguhnya ia merupakan musuh kamu yang nyata"
- AL BAQARAH: 168.

3. RESIPI UNTUK OPEN HOUSE ADILFITRI DARI CHEF:

AYAM PANGGANG MADU
SUHU KETUHAR - 170C
MASA: 35- 40 MINIT
SUKATAN: 8 ORANG

BAHAN:
1 ekor Ayam - dipotong 8
bahan perapan
8 sdm Minyak Zaitun
4 ulas Bawang putih - di cincang kasar
3 biji Bawang merah - di cincang kasar
1inci Halia - dicincang kasar
1 sdm Lada hitam - di kisar
2 biji Air perahan limau nipis
3 sdm Madu lebah
2 btg Lobak merah - dibuang kulit - di potong kasar
1 btg Celery - dibuang kulit - dipotong kasar
15 biji Cherry tomato - di potong 2
2 sdm Sos Tiram
3 sdm Cili Flake atau cili padi di hiris
8 biji Ubi kentang - di buang kulit di potong wadge
1 sdm Garam secukup rasa
3 sdm Serbuk kari ayam
2 sdk Serbuk perasa ayam

Cara:
masukan semua bahan kedalam mangkuk besar dan perap ayam sekurang-kurang 30 minit, panaskan ketuhar pada suhu 160-170c . Masukan ayam yang telah diperap kedalam dulang pembakar, dan panggang dalam ketuhar selama 30 - 40 minit. Resipi ini sesuai di hidang dengan sos lada hitam

NASI LEMON KAYU MANIS
SUKATAN 8 ORANG
MASA : 20 MINIT

BAHAN:
4 cawan Beras Basmathi di basuh berasingan
4 sdm Mentega
3 sdm Minyak Jagung
4 cawan air
1 biji Buah lemon - di hiris bulat nipis
1 btg Kulit kayu manis
3 ktm Bunga Lawang
2 ulas Bawang putih - di hiris nipis
1 biji Bawang merah - dihiris nipis
1/2 inci Halia - di potonag mayang
1 helai Daun Pandan - di ikat
1 1/2 Garam
1 sdk Serbuk perasa
1 sdm Gula

Cara: Panaskan periuk nasi, Masukan minyak, mentega, halia, bawang merah,bawang putih, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang,lemon, kemudian kacau hingga naik bau. kemudian masukan air dan bahan perasa. Kacau dan biar hingga mendidih , kemudian masukan beras, tutup dgn tudung periuk, kacau sebentar, pelahankan api dan tanak nasi hingga kering, siap bole di hias dgm hiris daun bawang dan bawang goreng.

RESIPI SALAD EPAL HIJAU DAN CELERY
SUKATAN 8 ORANG
MASA 15 MINIT
BAHAN:
3 biji Epal hijau - di hiris nipis - dan dipotong mayang
1 btg Lobak merah - dibuang kulit - dipotong mayang
2 btg Celery - dibuang kulit - di potong mayang
1 biji Air limau nipis atau lemon
1/2 sdm Gula
2 sdm Kacang Pistachio - di cincang kasar
5 sdm Mayonnaise
2 sdm Kismis
Garam secuku rasa
Cara: Masukan bahan-bahan kedalam mangkuk besar . kemudian gaul hingga rata.
siap untuk di hidang, hias dengan hirisan daun bawang dan tabur Kacang pistachio atau kacang Alamond yang telah di cincang kasar.

SELAMAT MENCUBA SEMOGA ANDA DIBERKAT ALLAH DAN INGAT PESAN CHEF UNTUK BERJAYA ADA ILMU JANGAN DISIMPAN SAMPAI MATI SEBALIKNYA BERKONGSI SESAMA SENDIRI.

Sunday, August 14, 2011

RESEPI NASI MANDY




Nasi mandy adalah makanan utama semasa chef di Yeman, chef belajar membuat nasi mandy semasa pengambaran spice season 1 . Negara yang chef lawati seperti Turkey, Morocco, Mesir,Syria. Nasi Mandy adalah yang terbaik, cara penyediaannya yang agar ringkas berbanding penyediaan memasak nasi Braini Dampur yang berasal dari Laknow di India. Biasanya Nasi Mandy di hidang dengan Ayam Panggang berempah dan salad tomato dengan timun. Cara penyediaan bahan masakan sama seperti Nasi Minyak minyak tapi perbezaanya nasi ianya mengunkan teknik menumis dan Nasi Mandy pula bahan-bahan rempah ratus di gaul dengan beras basmahti kemudian barulah di masukan air rebusan daging atau air panas biasa.

Baiklah pada sesiapa yang berhajat untuk membuat restoran berkonsepkan masakan timur tengah boleh menghubungi Chef dengan Talian - 013-3435582.

disini chef ingin berkongsi resepi nasi dengan anda:

RESEPI : NASI MANDY
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.

Pada sesiapa ingin belajar lebih dekat boleh masuka kelas bengkel masakan bersama Master Chef Sabri....TUNGGU SELEPAS RAYA INI AKAN CHEF UMUMKAN DI RADIO IKIM SETIAP HARI JUMAAT JAM 10.15 PAGI.

SEMOGA DOA SAYA, ANDA SETIASA MENDAPAT KEBERKATAN DARI MAHA ESA, TIP KEJAYAAN, ADA RESEPI JANGAN KEDEKUT.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, August 7, 2011

TEMPAHAN KAMBING UNTUK MAJLIS AQIQAH



Assalamuaikum, doa chef semoga anda setiasa diberkati Allah , panjang umur dan murah rezeki. Ini ada berita baik,Pada sesiapa yang berhajat untuk mangadakan majlis AQIQAH bagi anak lelaki. Chef bersama tuan Hj Rahim ada menjual kambing yang dipelihara dengan teknik moden dan bersih.Kambing kacukan tempatan.

Harga Kambing yang di jual mengikut saiz:

a. Saiz Kecil beratnya antara 22kg - 25kg RM 600- 650 .tidak termasuk upah sembelih
b. Saiz Besar beratnya antara 25kg keatas RM 700- 750. tidak termasuk upah sembelih

Harga untuk upah sembelih dan lapah yang perlu dibayar RM 50.00 sahaja.

Upah masak oleh Chef Sabri tidak termasuk pembelian bahan-bahan masakan yang lain
harganya RM 700.00.untuk sekor kambing termasuk 2 menu tambahan.

MENU PILIHAN:
ANGARAN UNTUK MEMBELI BAHAN MENTAH : RM 250. - RM 300.00
PENYEDIAAN: 80 - 150 ORANG

MENU A: KAMBING MASAK KASHMIR, CUCUMBER RAITTA,NASI MENTEGA
MENU B: KAMBING MASAK KASHMIR, TOMATO SALSA,MANDY RICE
MENU C: KAMBING B.B.Q,MIXED SALAD, BLACKPEPPER SAUCE,PILAF RICE

sebarang pertanyaan sila hubungi : Tuan Haji Rahim- 0193565517