Wednesday, January 9, 2013

SELAMAT TAHUN BARU

Salam hormat buat para pembaca, minta maaf dah lama chef tidak berkongsi Ilmu Dunia Masakan bersama anda, buat masa ini chef sedang sibuk siapkan 2 projek untuk membuka Restoran & Cafe di Putra Hieght dan Puncak Alam, Chef baru sahaja balik daripada Jakarta, sebagai Pakar Negara menlatih pelajara kita dalam bidang Kulinari untuk pertandingan Asean Skill Competition, Alhamdulilah anak buah chef dapat Pingat Emas, Perjuangnya seterusnya di Pertandingan Memasak Dunia di Jerman yang akan di adakan pada Julai 2013 tahun ini.

RESIPI YANG PALING RINGKAS UNTUK TAHUN BARU
MAYONNAISE
1 cawan          Minyak Jagung
1 biji               Kuning telur
1/2 tsp            Mustard pes
2 tbsp             Air meneral
                      Sedikit air limau nipis
                      Garam dan gula secukup rasa


Cara:
1. Masukkan kuning telur kedalam mangkuk yg bersih, kemudian masukkan pes mustard ( Biii sawi)
2. Pukul hingga sebati, dengan pelahan-lahan masuk minyak jagung, pukul hingga ia menjadi pekat.
3. Sekiranya terlalu pekat, masukkan air  meneral,
4. Akhir sekali masukkan garam , air limau nipis , garam dan gula secukup rasa.
5. Simpan di tempat yang sejuk.

Untuk membuat Sos Cocktaik.
6 sudu makan        Mayonnaise
3 sudu makan        Sos Cili ( Kimball atau maggi)
2 sudu makan        Sos Tomato
1 sudu makan        Jus Oren
Cara; semua bahan-bahan di masukkan kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati.


TIP; resipi ini boleh di hidang dengan udang rebus, rojak, salad  dan lain-lain lagi.

No comments: