Saturday, September 18, 2010

BASIC COOKING CLASS




Dalam dunia yang serba canggih ini kita terlalu sibuk mengejar kerjaya untuk mencari rezeki hingga kadang-kadang kita terlupa bahawa dari makanan yang bersih akan menjamin kejayaan seseorang itu didunia dan akhirat. oleh kerana terlalu sibuk, makan yang paling ringkas kita hidangkan untuk diri kita adalah mee segera atau hidangan yang dibeli dari restoran makanan segera atau dari gerai dan pasar malam. Adakah makan itu di jamin bersih? . SO apakata sekali-sekala kita turun kedapur dengan niat yang baik serta doa yang baik lantas kita masak sendiri untuk diri kita bagi orang budang dan untuk keluarga yang tersayang bagi yang berumah tangga.

Disini chef ingin berkongsi ilmu masakan bagi yang minat untuk belajar memasak menu yang ringkas untuk santapan keluarga. Kelas masakan akan di adakan pada hujung minggu setiap bulan yang berminat boleh menghubungi chef sendiri. Syaratnya setiap peserta harus berpakaian seragam Chef uniform lengkap dengan pisau memasak. Module kelas masakan seperti dinyatakan di bawah ini.

Tarikh: akan diberitahu setelah cukup jumlan perserta seramai 30 orang
Masa : 1.00pm- 5.00pm ( termasuk solat Zohor berjemaah)
Tempat: Di Surau , Taman Sunway Batu Caves
Yuran: RM 100.00 seorang untuk dewasa/ RM 80.00 untuk remaja 18 tahun kebawah.

Module 1:
a. Kebersihan diri sebelum memasak
b. Ciri keselamatan dapur dan keracunan makanan.
c. Niat masuk kedapur dan memasak menu halal lagi berkat
d. Mengenal bahan-bahan asas memasak.
e. 3 menu utama yang ringkas untuk kesihatan seperti Salad, Sup dan hidang utama.

untuk pertanyaan sila hubungi puan ema:
Pakaian seragam chef boleh dibeli dari pihak kami yang berharga RM 85.00 sepasang tidak termasuk pisau. Sijil akan diberi setelah anda menjalanani kursus hingga ke module 5.

Chef doakan semoga anda mendapat kejayaan dan keberkatan.

No comments: