Wednesday, September 17, 2008

RESIPI ISTEMEWA

RESIPI: GULAI ITIK SERANTI
Penyediaan: 20 orang
Masa penyediaan : 3 jam
Bahan:
3 kg Itik seranti- dipotong
3cawan Rempah serbuk kari ayam
3 sudu makan Bawang putih - di cincang
6 sudu makan bawang merah - di cincang
6 sudu makan halia - di cincang
3 inci Kulit Kayu Manis
4 biji Buah pelaga
5 biji Bunga lawang
8 kuntum Bunga Cengkih
3 sudu makan Serbuk Jintan Manis
2 sudu makan Serbuk ketumbar
20 g Daun Pudina
2 biji Kulit Oren - di sagat ( zest )
2 biji Kulit Lemon - di sagat ( zest )
4 tin Susu sejat penuh krim
4 cawan Air
10 biji Ubi ketang - di potong dadu
2 biji JusLemon
3 sudu makan garam secukup Rasa
6 sudu makan Gula

Cara:
1. Bancuh rempah kari dengan serbuk jintan manis,serbuk jintan putih, serbuk ketumbar denga 2 cawan air.
2. Panaskan ,minyak tumis bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,daun pudina, kulit limau hingga naik bau.
3, Masaukan rempah dan kacau hingga pecah minyak, masukan air, ubi kentang dan itik dan biar renih selama 2 jam dengan api yang sederhana panas.
4. Masukana susu atau santan dan kacau hingga sebati dan biar renih hingga isi itik benar-benar lembut.
5. Masukan air limau nipis dan garam secukup rasa.

1 comment:

ninoZ said...

itik serati kot chef :)