Saya berasal daripada perak sudah tentu rendang tok menjadi pilihan untuk Hari Raya. Saya sekeluarga mengucap selamat hariraya, maaf zahir dan batin. Saya berdoa semoga di murahkan rezeki dan mendapat keberkatan daripada allah.
RESIPI: RENDANG TOK PERAK
Bahan:
1.5kg Daging lembu ( top side )- di potong dadu
1.5kg Daging lembu ( top side )- di potong dadu
100ml/1/2 cawan Minyak masak/ Cooking oil
200g Kerisik
700ml Santan / Coconut Milk
100g isi kelapa tua - di sagat dan di panggang hingga kering
20 g Bunga Kantan - di kisar
10g Daun kesom - di kisar
60ml Air Asam Jawa
100g Bawang besar/Yellow Onion- dikisar
30g Halia - di kisar/ ginger
30g Bawang putih - di kisar/garlic
100g Lengkuas - di kisar/gelangar
20 g Kunyit segar - di kisar/ tumeric
200g Cili Boh ( Chili Paste ) /cili kering
50g Serai - di kisar/lemongrass
30 g Belacan/Shrimps paste
20g Daun Kunyit/ Tumeric leaf di hiris ( Thin Sliced )
15g Daun Limau Purut/ Kafer leaf
10g Daun Salam/Salam leaf
200g Gula Melaka/Plam Sugar
100g Gula Pasir/ White Sugar
40 g Garam secukup rasa/ To taste
REMPAH DI KISAR/ BLENDER:
10g Bunga Lawang/Star Anise
20g Kulit Kayu Manis/ Cinnamon
20g Buah pelaga/Cardamon
15g Bunga Cengkih/ Clove
30g Jintan Manis/Cumin Seed
20g Jintan Putih/ Finel Seed
10g Ketumbar/ Coriander seed
30g Serbuk buah pala/ Nutmeg
Cara:
1. Panaskan minyak tumis bahan yang di kisar hingga naik bau. Masukan rempah,cili boh dan kacau lagi hingga pecah minyak.
2. Masukan separuh santan dan kacau hingga pekat. Kemudian masuk daging dan kacau hingga kering dan pekat.
3. Kemudian masukan lebihan santan dan kemudian isi kelapa tua, air asam jawa,daun kesum,daun salam dan serbuk buah pala.
4. Biar renih selama 30 minit dan kacau hingga pekat kemudian baru masukan kerisik.
5. Masak hingga kering dan masukan garam ,gula secukup rasa.
5. Masak hingga kering dan masukan garam ,gula secukup rasa.