Tuesday, May 27, 2008

BASIC MAYONNAISE

TIP: Sos mayonnaise adal ibu untuk membuat sos-sos pilihan yang lain seperti sos cocktail,sos Pulau seribu ( 1000 Island ) sos tatar, sos herbal dan terpulang pada kreativiti anda untuk mencipta resipi sediri.

Penyediaan: 2 lits

Bahan:
6 biji Telur kuning
1 liter Minyak Jagung
1 sudu Makan Air perahan lemon
1 Sudu Makan Sos L&P
Sedikit air suam jika sos telalu pekat

Cara:
1. Bersih dan kering mankuk untuk membuat mayonnaise.
2. Masukan telur dan pes biji sawi , kacau hingga kembang dengan wire whisk.
3. Sedikit- demi sedikit tuangkan minyak jagung sambil kacau hingga menjadi pekat.
4. Masukan sos L&P, air lemon dan kacau hingga sebati.
5. Sekiranya sos terlalu pekat bolehlah masuk sedikit air suam.

Rujuk: Sekiranya anda kurang pasti dengan resipi... boleh hubungi saya.

1 comment:

masak said...

chef, pes biji sawi tu berapa kuantitinya?