Thursday, April 18, 2013

CULINARY CONSULTANT SIGNATURE RESTAURANT

Pada sesiapa yang berhajat untuk memcemburi diri dalam penyediaan makanan Halal lagi berkat yang perlukan kidmat nasihat saya ( Consultant) boleh menghubungi Pa Saya 019-3974978. Alhamdulilah baru-baru ini saya telah berjaya membantu orang perseorangan membuat Restoran yang berkonsepkan moden dan trendy di Putra Height. Maidah Cuisine yang menghidangkan masakan yang berkonsep menu sihat lagi berkat.

Chef akan memberi latihan seperti:
1. Personal hygiene and Sanitation.
2. Kitchen safety.
3. Basic cutting and cooking method.
4. Menu Planning and recipes costing.
5. Purchasing and Marketing.
6. Sop and operation manual.






TEMPAHAN ICE CARVING UNTUK SEBARANG MAJLIS

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menempahan Ice carving atau untuk belajar sila hunbungi : Pn Ema 019-3974978.





LATIHAN KE PERTANDINGAN DUNIA DI AUSTRALIA DAN GERMAN

Alhamdulilah baru -baru ini di pertandingan Asean Skill Competition di Jakarta, Peserta saya iaitu Kim Leum, dari Taylors University berjaya mendapat Pingat Emas untuk Negara. Selepas saya bersama Chef Farouk memberi tunjuk ajar kepada perserta yang berjaya untuk wakil negara ke Pertandingan Masak Dunia di Australia yang akan di adakan pada bulan Mei 2013, kemudian kami akan terus ke German pada bulan Jun 2013. Mohon jasa baik rakyat Malaysia untuk berdoa supaya kami dapat mengharum nama Negara dalam bidang Kulinari ini.

PERTANDINGAN KEMAHIRAN PRA KELAYAKAN 2013

Pada 6- 10 April, Saya di jemput menjadi Juri Pertandingan kemahiran Malaysia bagi bidang Kulinari. Pertandingan ini di anjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Seramai 150 yang bertanding, mereka terdiri daripada para pelajar daripada pusat pengajian tinggi Malaysia. Pihak juri cuma akan memlili 8 peserta yang terbaik yang akan bertandingan ke peringkat Akhir yang akan di adakan pada bulan Sept 2013. Kemudian 3 yang terbaik akan di pilih dan di latih oleh saya untuk wakil Negara ke pertandingan memasak Asean dan Dunia pada tahun depan .


SEMINAR & DEMO MASAKAN HALAL DI KELANTAN

Pada bulan Mach 2013, Chef mendapat jemputan dari Jabatan Agama Islam Kelantan untuk berkongsi pengalaman dalam seminar penyediaan makanan Halal lagi berkat dan menunjukkan demo masakan sihat mengikut amalan Sunnah Rasullullah saw. Antara resipi yang chef kongsikan bersama 250 para yang hadir ialah :
1. Nasi Mandy
2. Kambing Kebab.
3. Tomato Salsa
4. Potato salad
5. Oat susu dan madu
6. Ice blended Mango and banana.

Pada sesiapa yang memjemput Chef untuk sebarang seminar dan demo masakan boleh contact : Pn Ema 019-3974978